Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai blogger berminat nak buat duit dengan blog mungkin entri ini boleh membantu :
Sebagai blogger personal, biasanya kita tulis blog ikut mood dan topik yang kita suka. Takde orang suruh, takde orang paksa. Semua buat atas kesukaan sendiri. Bebas. Itu yang semua blogger personal mahukan. Bila ada kebebasan, kreativiti dapat berkembang.
Kadang-kadang kebebasan dan ikut suka hati sendiri ni terbawa-bawa bila kita nak cari duit dengan blog. Join ads network dan tunggu je kempen buffered earning (BE) atau CPM masuk. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takpelah. Kebebasan tadi memupuk sikap malas dalam diri kita.
Apa yang lebih merugikan, bila kita mempunyai potensi besar dalam bidang blogging ni. Contohnya, ada nama atau trafik yang banyak. Trafik banyak tapi tak dapat income atau kelebihan daripadanya pun takde gunanya.
Banyak syarikat korporat di luar tu sudah sedia maklum dengan kuasa blogger. Namun untuk menjimatkan kos, mereka tak berani nak approach ads network untuk beriklan pada platform blog. Ada yang masih lagi mengekalkan kaedah pengiklanan tradisional dengan beriklan di surat khabar dan tv kerana ada juga yang tidak sedar market melalui pengiklanan bersama blogger ni kadang-kadang lebih luas dan efektif. Ada juga yang takut dengan potensi ini kerana mereka tidak mengetahui hal sebenar.
Jadi sebenarnya agak rugi kalau anda berpotensi tapi tak pandai untuk engage pengiklan secara terus. Kalau dah dapat status anak emas syarikat pengiklanan takpelah, memang akan ada bahagian anda. Kalau tak, memang berputih mata tengok orang lain dapat.
Baru-baru ini saya telah berhubung dengan sebuah syarikat kesihatan dan mencadangkan dengan mereka untuk bekerjasama. Tak susah pun sebenarnya, satu emel yang dihantar telah cukup untuk membuka mata mereka. Sebulan selepas emel tersebut dihantar, sebuah syarikat Public Relation (PR) telah menghubungi saya dengan menawarkan apa yang saya mahukan.
Pada pendapat saya, pengiklanan dengan blogger adalah jauh lebih murah berbanding surat khabar. Orang beli surat khabar untuk baca berita, bukan iklan. Jadi biasanya iklan akan dipandang lalu je. Membaca blog pula adalah percuma. Jadi mereka tak kisah dengan iklan, asalkan ianya tidak menjengkelkan atau terlalu banyak.
Jadi bertindaklah. Mungkin anda boleh berhubung dengan syarikat yang mempunyai produk yang anda suka dan gunakan selalu. Lebih efektif macam tu. Saya lihat kerjasama seperti ini lebih kepada win-win situation berbanding satu hala sahaja.
Jangan syok sendiri dengan income yang kita dapat atau tak dapat. Kalau rasa ada potensi lain, gunakanlah ia sebaik-baiknya.
240 Comments
Apapun kegiatan sebenarnya kita pasti akan butuh orang lain
Curahan rasa PruProteksi @ ..Menggugah Kesadaran Pentingnya Asuransi
Jadi kesimpulannya, blogger jangan syok sendiri..hehe
Curahan rasa Naziman @ ..Tips naikkan Alexa Rank pengalaman saya
Syok sendiri buat entri iklan banyak sgt pon menjengkelkan… 😛
Curahan rasa lAl @ ..LETUPAN CINTA!
terbaik. terus rasa semangat
Curahan rasa Amirez @ ..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
sekarang bloger dijadikan sarana berpromosi,,diluar teorii tuh mbak
Curahan rasa darah tinggi @ ..Agen Xamthone plus martapura
huhu saya suka blog tentang apa yang saya rasa je..adakah itu syok sendiri? keh3
Curahan rasa razfira @ ..Saya Suka: Americas Next Top Model
blog personal yang slalu syok sendiri pun ada chance nak dapat takel syarikat untuk beriklan yea? biasanya blog arits,gadget memang confirm la. =D
Curahan rasa donha @ ..20 Senarai Nama Manusia Terhebat Di Dunia
boleh je. Produk yang ada orang guna dan promosi lebih efektif berbanding kalau setakat iklan macam tu je
Curahan rasa ariff @ ..Interview Kerja
Terima kasih Bro Ariff utk motivasi ni. Mmg benar2 buat aku berfikir tentang potensi diri dan peluang yg perlu dicipta.
Thanks bro =)
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Rahsia Sebenar LELAKI KACAK Untuk Isteri
haa betol tu , ss = syok sendiri . pun tk boleh tu smua . hahaha !
Curahan rasa hanafi bhari @ ..boleh saya tawu.. saper ni. n apa kaitan mamat nie dengan tbd
mungkin saya blogger syok sendiri…nak cuba potensi yg lain saya cuba usahakan….
info menarik gan , saya juga sering kunjungi blog blog diatas
Curahan rasa ibnpro @ ..Membuka Jalan Rejeki dengan Manakiban
Kalau saya lebih suka menjalankan program affiliasi, untuk menjaring pengiklan di blog belum pernah saya lakukan nie. Bolehlah bila diikuti saran dari Arrif Shah..
Curahan rasa Rina As @ ..Beberapa Situs Penyedia layanan Statistik dan Analisa Trafik Blog
wah bro dah jadi anak emas kat sebuah syarikat ekk, hehe taniah..keep it up bro, u the best
Curahan rasa Luqman Hakim @ ..Video Fabrice Muamba Kena Serangan Jantung
ish. takdelah. bukan anak emas mana-mana. cuma mereka rasa saya sesuai untuk produk mereka
Curahan rasa ariff @ ..Interview Kerja
seperti DH ini, ga usah cari iklan, tapi iklan akan cari DH… 😀
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
untuk sementara pikiran untuk sampai kesana disimpan dulu….
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
karena masih belajar dan berusaha meningkatkan pengunjung blog…
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
Comments are closed.