Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai blogger berminat nak buat duit dengan blog mungkin entri ini boleh membantu :
Sebagai blogger personal, biasanya kita tulis blog ikut mood dan topik yang kita suka. Takde orang suruh, takde orang paksa. Semua buat atas kesukaan sendiri. Bebas. Itu yang semua blogger personal mahukan. Bila ada kebebasan, kreativiti dapat berkembang.
Kadang-kadang kebebasan dan ikut suka hati sendiri ni terbawa-bawa bila kita nak cari duit dengan blog. Join ads network dan tunggu je kempen buffered earning (BE) atau CPM masuk. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takpelah. Kebebasan tadi memupuk sikap malas dalam diri kita.
Apa yang lebih merugikan, bila kita mempunyai potensi besar dalam bidang blogging ni. Contohnya, ada nama atau trafik yang banyak. Trafik banyak tapi tak dapat income atau kelebihan daripadanya pun takde gunanya.
Banyak syarikat korporat di luar tu sudah sedia maklum dengan kuasa blogger. Namun untuk menjimatkan kos, mereka tak berani nak approach ads network untuk beriklan pada platform blog. Ada yang masih lagi mengekalkan kaedah pengiklanan tradisional dengan beriklan di surat khabar dan tv kerana ada juga yang tidak sedar market melalui pengiklanan bersama blogger ni kadang-kadang lebih luas dan efektif. Ada juga yang takut dengan potensi ini kerana mereka tidak mengetahui hal sebenar.
Jadi sebenarnya agak rugi kalau anda berpotensi tapi tak pandai untuk engage pengiklan secara terus. Kalau dah dapat status anak emas syarikat pengiklanan takpelah, memang akan ada bahagian anda. Kalau tak, memang berputih mata tengok orang lain dapat.
Baru-baru ini saya telah berhubung dengan sebuah syarikat kesihatan dan mencadangkan dengan mereka untuk bekerjasama. Tak susah pun sebenarnya, satu emel yang dihantar telah cukup untuk membuka mata mereka. Sebulan selepas emel tersebut dihantar, sebuah syarikat Public Relation (PR) telah menghubungi saya dengan menawarkan apa yang saya mahukan.
Pada pendapat saya, pengiklanan dengan blogger adalah jauh lebih murah berbanding surat khabar. Orang beli surat khabar untuk baca berita, bukan iklan. Jadi biasanya iklan akan dipandang lalu je. Membaca blog pula adalah percuma. Jadi mereka tak kisah dengan iklan, asalkan ianya tidak menjengkelkan atau terlalu banyak.
Jadi bertindaklah. Mungkin anda boleh berhubung dengan syarikat yang mempunyai produk yang anda suka dan gunakan selalu. Lebih efektif macam tu. Saya lihat kerjasama seperti ini lebih kepada win-win situation berbanding satu hala sahaja.
Jangan syok sendiri dengan income yang kita dapat atau tak dapat. Kalau rasa ada potensi lain, gunakanlah ia sebaik-baiknya.
240 Comments
masih merangkak lagi lah bro
Curahan rasa onlajer @ ..KITA POLITIK,ISRAEL BERDAGANG
nak try.. tp kalo dah uv pon ciput terkedek-kedek.. payah juge tu..
Curahan rasa fathiah jasni @ ..Tips : Perkara-perkara kecil yg diremehkan oleh para peniaga
kalau trafik beribu-ribu, memang bagus idea ni.. 🙂
Curahan rasa tips @ ..Idea Asal ‘Rolling In The Deep’ Adele Rebate Cukai
Betu; tu,Top blogger lah traffic beribu-ribu ni. Lagi senang lah dorang
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Lelaki Kacak Sentiasa Kacak
ada contoh syarikat yg kita bleh hubungi?
Curahan rasa zhazmi @ ..Beli Domain Hanya RM3.99 Sahaja
Iya nih… siapa tahu bisa dapat job juga…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Perempat Final Liga Champion 2012
Ayo semangat bang..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mengatasi Duplicate Meta Description, Short Description dan Long Description
aaaaaaaaa,,,ar ar..eh napa xdpt google ads ni..sesapa leh watkan
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Sanggup Berjalan Kaki Ke Mekah Walaupun Diberi Tiket Kapal Terbang
Win-win situation.. betul tu..
Kedua-dua pihak mendapat faedah..
Mungkin syarikat ni takut nak iklan sebab takut tak capai target..
Bagi blog yang lama mungkin tiada masalah pengunjung..
Curahan rasa Jomtonton @ ..Watermark Jawi AnakUluCheka.com
rasa-rasanya kan, blog zida ni ada potensi tak untuk buat iklan-mengiklan ni? hehe
Curahan rasa Zida @ ..Siapa Dia Lelaki Kacak
tips yg sgt membantu…cuma kdg2 rasa rendah diri tu sgt tebal dlm diri…:(
Curahan rasa yas @ ..SEKALI LAGI KERAJAAN MALAYSIA AKUI ADA HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL
merendah diri tak apa jangan berterusan nnti orang senang nak pijak kita…..huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Rahsia Disebalik Hari
Assalam, owh ya kah… hehehe… Biasalah saya nie newbie lagi tak tau semua tu…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Pantun Pecah Dara (18SX)
saya newbie nicch..
ada yang bersedia ngajarin cara ngeblog yg efektif ??
Curahan rasa Ferisha Putri Niken @ ..Cara Pasang Metatag Otomatis
jgn letak iklan ah long sudah..hehe
Curahan rasa LangkawiHomestay @ ..Padang Matsirat
hehe.. tunggu masa je ahlong nak menceburi pengiklanan kat blog
Curahan rasa ariff @ ..Interview Kerja
Hahaha… mana taulah ah long dah tertarik dngan iklan kat blog tu.. mereka tukan nak dapat untung jer… huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Pantun Pecah Dara (18SX)
yes…kalau berblog dengan strategi yang betul, dan usaha..kita akan dapat sesuatu insyaAllah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Gambar² Sekitar Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012
Aminnn….Kalau betula begitu kan bagus…huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Pantun Pecah Dara (18SX)
ini semua juga memerlukan ilmu marketing yang baik tidak hanya sekedar blogging
Curahan rasa An Nahal @ ..Daftar Blog Dofollow
Mereka sendiri ada laman sesawang,
Hanya mencari yg terkenal saja,
Dengan begini begitu sukar dapat wang,
Lebih baik buka gerai sendiri berniaga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 Sebab Pelajar Ponteng Sekolah
Comments are closed.