Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai blogger berminat nak buat duit dengan blog mungkin entri ini boleh membantu :
Sebagai blogger personal, biasanya kita tulis blog ikut mood dan topik yang kita suka. Takde orang suruh, takde orang paksa. Semua buat atas kesukaan sendiri. Bebas. Itu yang semua blogger personal mahukan. Bila ada kebebasan, kreativiti dapat berkembang.
Kadang-kadang kebebasan dan ikut suka hati sendiri ni terbawa-bawa bila kita nak cari duit dengan blog. Join ads network dan tunggu je kempen buffered earning (BE) atau CPM masuk. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takpelah. Kebebasan tadi memupuk sikap malas dalam diri kita.
Apa yang lebih merugikan, bila kita mempunyai potensi besar dalam bidang blogging ni. Contohnya, ada nama atau trafik yang banyak. Trafik banyak tapi tak dapat income atau kelebihan daripadanya pun takde gunanya.
Banyak syarikat korporat di luar tu sudah sedia maklum dengan kuasa blogger. Namun untuk menjimatkan kos, mereka tak berani nak approach ads network untuk beriklan pada platform blog. Ada yang masih lagi mengekalkan kaedah pengiklanan tradisional dengan beriklan di surat khabar dan tv kerana ada juga yang tidak sedar market melalui pengiklanan bersama blogger ni kadang-kadang lebih luas dan efektif. Ada juga yang takut dengan potensi ini kerana mereka tidak mengetahui hal sebenar.
Jadi sebenarnya agak rugi kalau anda berpotensi tapi tak pandai untuk engage pengiklan secara terus. Kalau dah dapat status anak emas syarikat pengiklanan takpelah, memang akan ada bahagian anda. Kalau tak, memang berputih mata tengok orang lain dapat.
Baru-baru ini saya telah berhubung dengan sebuah syarikat kesihatan dan mencadangkan dengan mereka untuk bekerjasama. Tak susah pun sebenarnya, satu emel yang dihantar telah cukup untuk membuka mata mereka. Sebulan selepas emel tersebut dihantar, sebuah syarikat Public Relation (PR) telah menghubungi saya dengan menawarkan apa yang saya mahukan.
Pada pendapat saya, pengiklanan dengan blogger adalah jauh lebih murah berbanding surat khabar. Orang beli surat khabar untuk baca berita, bukan iklan. Jadi biasanya iklan akan dipandang lalu je. Membaca blog pula adalah percuma. Jadi mereka tak kisah dengan iklan, asalkan ianya tidak menjengkelkan atau terlalu banyak.
Jadi bertindaklah. Mungkin anda boleh berhubung dengan syarikat yang mempunyai produk yang anda suka dan gunakan selalu. Lebih efektif macam tu. Saya lihat kerjasama seperti ini lebih kepada win-win situation berbanding satu hala sahaja.
Jangan syok sendiri dengan income yang kita dapat atau tak dapat. Kalau rasa ada potensi lain, gunakanlah ia sebaik-baiknya.
240 Comments
Kena usaha…dan usaha
jadi blogger emang menyenangkan …..
Banyak hal baru saya dapatkan yang tidak pernah saya dapat di tempat lain..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nenek Gayung
wih bila dapat hal seperti ini ya dapat income besar dari blog
Curahan rasa munir ardi @ ..Pengumuman Hasil UKA Sertifikasi Guru 2012
makasih mas atas infonya
Curahan rasa ace maxs @ ..Hello world!
kadang jadi blogger emang suka gitu. semangat ….
iya memang betul, kita kan cuma saling berbagi, jd gak boleh ada sikap sok dan sombong
Curahan rasa Rudy Hartono @ ..Membuat Recent Comments Valid XHTML di W3C
Betul banget tuh Mas Rudy.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Strollers For Twins
lainla kalau iklan paper macam dr rozmey punye iklan..hehe
Curahan rasa woot @ ..Permohonan Biasiswa Petronas 2012
tu bajet unlimited. entah dari mana datang..
Curahan rasa Ariff @ ..Interview Kerja
Kadang-2 ada sesetengah blogger yang sanggup menimbulkan artikel fitnah hanya berdasarkan persepsi dan khabar angin… semata-mata untuk mendapat populariti…
Curahan rasa eXception @ ..Hebat Sangatkah Papa Gomo!?
banyak berlaku di persada blog politik. .
Curahan rasa Ariff @ ..Interview Kerja
Boleh juga terjadi di Blog yang kontennya isyu…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nenek Gayung
memang ada beberapa sahabat blogger yang justru sering menulis konten kontroversi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nenek Gayung
saya rasa bersyukur kerana blog saya menjadi perhatian akhbar tempatan dan.saya diberi peluang menulis artikel di akhbar tersebut. satu kepuasan dan pengalaman baru dalam bidang penulisan dan fotografi saya..
wow. itu satu pencapaian yang membanggakan. tahniah!
Curahan rasa Ariff @ ..Interview Kerja
Betul bro… pencapaian seperti itu sebagai wujud apresiasi yang tidak sembarang bisa memilikinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nenek Gayung
Kita kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu, jangan hanya mengharapkan sesuatu tu mendapatkan kita.
Curahan rasa Imddin @ ..Wanita yang tidak patut bertudung
yang pasti semangatt .. tetap semangatlah untuk terus berkarya didunia blog 🙂
memberikan semangat kepada kami
Curahan rasa obat herbal darah tinggi @ ..obat herbal gagal ginjal
yup,definitely ariff ! 😉 so… ambik jelah ye?
Dalam masa yang sama nak kena tahu jugak cara yang terbaik untuk approach potencial customer….sebab diorang nei fokus jenis2x blogger tertentu jee…
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Nasi Kukus Belut JEPUN @ ICEROOM KAJANG
susah jugak walaupun traffic tinggi kekadang mencecah 5000 UV pun kalau tak de income,,,,asyik kena top-up bandwidth jer,,sampai beratus-ratus sebulan..hahaha
Curahan rasa hatiputera @ ..Pengambilan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Jun 2012
potensi ada. kena usaha sikit untuk cari peluang lain
Curahan rasa Ariff @ ..Interview Kerja
Comments are closed.