Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog keempat yang terpilih adalah blog status PR2 Hans telah mengumpul 1157 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. iPad 2 menjadi impian dan harapan Hans semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Hans kenapa iPad 2 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Assalamualaikum kepada team Denaihati sekalian. Apa–apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan contest hebat ini. Alhamdulillah saya layak ke pusingan seterusnya selepas jumlah keseluruhan saya melebihi 1000 mata iaitu sebanyak 1181 mata. Walaupun pihak Denaihati memberi keizinan untuk menukar gadget pilihan jika mahu, namun saya tetap memilih iPad 2 sebagai gadget impian saya sehingga kini.
Sebab saya inginkan gadget ini juga sama seperti entri awal penyertaan saya sebelum ini di mana saya memang perlukan sebuah gadget baru bagi menggantikan laptop saya sekarang yang menunggu hari saja untuk rosak. Saya sudah menggunakan laptop jenama Acer lebih 5 tahun lamanya sejak awal pengajian saya di dalam diploma sehingga tamat pengajian saya di dalam ijazah penyiaran di UiTM.
Saya mengaku sememangnya saya tidak mempunyai wang untuk membeli gadget baru. Antara sebab-sebab lain saya mahukan iPad 2 ini ialah:
- Senang untuk dibawa kemana–mana kerana saiznya yang kecil dan tidak seberat laptop dan ia memudahkan saya untuk mengemaskini blog saya.
- Laptop usang saya kini berbunyi sangat kuat seperti mesin rumput dan untuk menghidupkannya memerlukan saya menggunakan pen untuk menekan suis di dalamnya kerana butang ON pada laptop ini sudah rosak. Memang laptop saya ini cuma boleh digunakan di rumah sahaja kerana agak sukar dan memalukan untuk membawa laptop ini keluar. Untuk menghidupkan laptop ini menggunakan pen juga mengambil masa lebih 5 minit dan saya hanya membiarkan laptop saya sekarang dalam keadaan SLEEP sahaja untuk memudahkan saya menghidupkannya.
- Sememangnya bila usia laptop melebihi 3 tahun, maka pelbagai kelengkapannya rosak dan laptop saya yang lebih 5 tahun penggunaan ini pasti juga tidak terkecuali untuk mengalami nasib yang sama. Bateri, Sound, Bluetooth dan USB sudah tidak boleh digunakan lagi manakala skrin laptop dan papan keyboard sedikit rosak.
- Saya juga akan mula bekerja selepas tamat pengajian dan mahu tidak mahu saya terpaksalah menggunakan laptop yang ada. Semoga rezeki saya ada pada contest gadget impian ini.
Jadi, itulah sahaja sebab–sebab saya mahukan gadget impian saya iaitu iPad 2 ini. Bagi saya 99% kehendak saya untuk memiliki gadget ini adalah kerana saya ingin menggunakannya untuk pekerjaan saya bermula Februari ini. Jika saya ditakdirkan terpilih sebagai pemenang, maka Alhamdulillah saya berpeluang untuk menggunakan gadget terkini ini. Secara tidak langsung juga dapat mendekati dan mempelajari teknologi baru dan terkini tanpa tertinggal di belakang.
Semoga saya adalah orang yang bertuah memenangi contest hebat yang dianjurkan oleh team Denaihati dan penaja–penaja contest ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Nota :
- Hans diberi masa sehingga 11.59pm, 18/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,067 Comments
semoga kamu jaya dengan suces ya untuk gapai gajet idaman kamo… ngak usah runsing2 ya… gud luck!
gud luck n start your new life with your gadget i hope so…chaiyokkkkkk!
dah menang dah ko ni..hehehe
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Cabaran MacBook Air Dari Denaihati.Com Sudah Berakhir
Good Luck n berusah sampai keakhirnya, dah like apa yang patut caiyok2..
Curahan rasa azie @ ..Bunga Ros Cantik berguguran
Terus memberi dukungan untuk para sahabat terutama Hans…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PLN Seleksi UI Wilayah Jakarta – 29 Februari 2012
Semoga bro Hans dapat meraih gadget impiannya iPad 2
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PLN Seleksi UI Wilayah Jakarta – 29 Februari 2012
kalau hans mng ipad 2 ni, bleh la blanja kami smua ya.. 😀
mudah-mudah berjaya dapat apa yang anda inginkan.. InsyaAllah..
walaupun komen kamu dah terlewat tapi saya tetap ucapkan terima kasih kerana kamu berusaha membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
all the best!
semoga berjaya and dapat apa yang anda inginkan….all da best 🙂
Curahan rasa pengemis @ ..A.W.A.S.S.S
walaupun komen kamu dah terlewat sehari tapi saya tetap ucapkan terima kasih kerana kamu berusaha membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Terima kasih kepada semua membantu Hans dalam contest kali ini cuma sayangnya hari – hari terakhir tak dapat nak perform sebab satu hari line internet rosak…ingat modem yang rosak..apa – apapun terharu dengan bantuan dan sokongan kamu semua…jadi sekarang cuma berdoa dan bertawakal je moga kali ini ada tuah…doakan saya yer..terima kasih sekali lagi atas pertolongan kalian semua 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Saya doakan hans berjaya menang untuk kali ini. Insya allah jika ada rezeki pasti ipad 2 akan menjadi milik hans. Kegunaan ipad 2 amat meluas dan semoga ia membantu memudahkan awk jika menang nanti .
Curahan rasa Via Juwita @ ..Bila Rindu Terucap: Bab 5
terima kasih walaupun komen kamu dah terlewat tapi saya tetap ucapkan terima kasih kerana kamu berusaha membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
semoga berjaya hans… kalau dapat tu rezeki..kalau tidak pun takpe… semoga hans dapat menang ipad2 yang menjadi idaman ramai ni yer…. tumpang happy jugak 🙂
Curahan rasa BiQa @ ..Aku dan MASA
terima kasih BiQa walaupun komen kamu dah terlewat tapi saya tetap ucapkan terima kasih kerana kamu berusaha membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
selamat berjaya. ipad mmg menjadi impian ramai. dan tak kurang jugak yg dh memilikinya. suami akak beli satu utk dia, tp ipad ni sgt sesuai utk semua golongan sampaikan anak akak yg berumur 2 tahun pun pandai guna ipad utk main education app. so utk han lagilah sesuai…. gud luck yea…
Curahan rasa idasm @ ..JALAN-JALAN MEDAN – HARI KETIGA
Terima kasih Kak Ida walaupun komen kak dah terlewat tapi saya tetap ucapkan terima kasih kerana kak kerana berusaha membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
gud luck hans…beshnya kalau dapat ipad 2 kan…semestinya dia memudahkan kita nk buat keja kan…dah tu, nmpk bergaya lagi muahehehe…
Curahan rasa Lanabusybee @ ..Cameron Highland 2
Thanks Lana walaupun komen kamu dah terlewat tapi saya tetap ucapkan terima kasih kerana kamu berusaha membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Memberi sokongan di saat akhir.. Good luck ye 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
thanks Myra Jay..saya baru sempat balas hari nih…rugi betul 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Comments are closed.