Assalamualaikum dan salam 1Dunia, iPad 2 adalah gadget terbaru yang bakal dilancarkan oleh Apple untuk mengantikan iPad yang merupakan hadiah contest anjuran Mysuperkids.net. iPad 2 sememangnya ditunggu oleh ramai pengila gadget keluaran Apple untuk menjadi teman kepada iPhone 4. Bulan lepas aku ada survey iPad di Lowyat Plaza pusat elektronik terbesar di Kuala Lumpur tetapi majoriti penjual minta tunggu iPad 2 yang bakal dilancarkan tak lama lagi.
Melalui intipan di google serta peserta contest iPad 2 Abang Iwan, Pendekar, Ariffshah, Ieyra dan OhDaus memang tak menyesal menunggu berbulan-bulan iPad 2 ni bak kata orang memang berbaloi-baloi. Memang banyak perubahan spesifikasi iPad 2 berbanding iPad.
Berikut ini adalah mungkin spesifikasi iPad 2:
- Dual-camera, depan dan belakang sesuai untuk Facetime iaitu video call.
- Port USB untuk mempermudah download film, dokumen, dan foto
- Slot kad SD untuk menyokong internal memori
- Menyokong dua jaringan sekaligus, GSM dan CDMA
- Lebih tipis dan ringan dari iPad.
- Layar sebesar 7 inci.
- Dengan processor yang lebih laju (khabar angin mengatakan Dual Core) lebih banyak apps yang canggih dapat dihasilkan.
iPad 2 bakal dilancarkan pada 2/3/2011 oleh Apple tetapi masih belum ada berita bila akan dilancarkan di Malaysia. Mengikut survey aku dibeberapa buah negara harga produk Apple termasuk iPad di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia (betulkan kalau aku salah).
Mempunyai iPad 2 pasti menjadi idaman ramai kerana seperti dunia dihujung jari. iPad 2 akan memudahkan kita bila-bila masa sahaja :
- Live blogging.
- Mengetahui waktu solat dan arah kiblat.
- Membaca Al-Quran
- Menunjuk arah jalan menggunakan Maps.
- Berkomunikasi menggunakan call, sms, facetime dan email.
- Bersosial dengan Facebook dan Twitter.
- Mengetahui berita dunia terkini tanpa perlu baca surat khabar.
- Menonton video HD dalam kereta dan flight.
- Main beribu-ribu game.
- Dan banyak lagi lah.
Memang bestlah iPad 2 ni dan paling best kalau dapat free. Itulah aku mahu iPad 2 dari blog Mysuperkids.net. Aku syorkan supaya hadiah contest yang dianjurkan oleh Mysuperkids digantikan dari iPad ke iPad 2 sebab harganya tak jauh bezanya. Ini yang istimewa contest di dalam contest dengan hadiah best iPad 2.
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
[ad#nuffnang336]
74 Comments
mintak maaf tuan, saya cube test comment luv saya disini
Curahan rasa juanita @ ..Buat Baru boleh Glamer &38 kaya -D
CommentLuv-nya sudah mantap.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-05-15 delicious
ingat nak join… tapi sejak kehilangan Apple tersayang.. terus tak dapat nak join dengan sesungguhnya.. huhuhu…
Curahan rasa Pendekar @ ..KOLEKSI GAMBAR KUDA PENDEKAR I
memang kenapa tak bisa pendekar?
wahhhhhhhhhhhh! ramainya komen!!! grrr..gerun!
Curahan rasa shah @ ..wajarkah kanak-kanak di berikan nset
Iya… rame komentar, tambah network blogger
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-05-15 delicious
Comments are closed.