Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.
Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?
Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.
Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.
Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.
Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik
1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.
Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.
Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.
Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.
390 Comments
ni entri backlink utk DH..thanks bagi idea nak update blog.hehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..DenaiHati.com Tanya Income Blog Untuk Apa?
Income blog untuk apa,
Adakah melabur dlm saham amanah boleh berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Income blog untuk apa,
Adakah sekadar meluangkan masa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Pada siapa hendak mengadu,
Duit tak cukup sekadar cukup makan budu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Hendak berjaya bermula dari bawah,
Bila berjaya jgn lupa dan sentiasa ingat Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Di mana harus ku cari wang,
Jika hanya bekerja makan gaji,
Ada waktu tapi tiada peluang,
Menambah pendapatan melalui entri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
:p Betil kata DH, tapi belum mampu utk guna domain sendiri, lebih2 lagi membeli hosting. :'( :'(
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
😛 😛 :’P Harap2 ada peluang di masa depan, waktu yg menentukan. :p:p:’p
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Walaupun tak dpt income, tapi hati masih setia berblog, kerana hanya mengisi masa lapang belum serius lagi, maybe lain kali harus berusaha lebih gigih lagi. 😛 😛
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Aduh macam mana ni nak dpt income, tiada yg mahu terjah bolg sensasi2020. Kena cari isu sensasi mungkin>>he..he.. 🙁
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Tak pernah dapat walau sesen pun dari iklan maupun hadiah contest.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
amin3
semakin hari semakin maju.ikut sunnah nabi.jadikan hari esok lebih baik dari hari ini.jadikan hari ni lebih baik dri hari smlm.hak3
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
mcm terbalik jer.haha
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
Boleh dikongsi di sini cara-caranya nak dpt income dr berblogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Assalamualaikum bro… ada tak tip utk dpt income dari anda.?? 🙁
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
betul bosss!
betul bro.hehehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
hehe..betul tu.duit aku income aku dri bisnes wat labur kt blog.hehe
pastu income first dri blog aku wat beli brg untuk upgrade kan personaliti diri aku sendiri..
next income pula aku upgrade kan kepakaran aku dlm bab designner..hehehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
lagi income aku labur pada ilmu beli buku n ebook utk motivasi bisnes aku.
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
ade lgi income sponser blog org n contest blogger tujuan nak femeskan blog sndiri dgn guna jenama tersendiri..
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
lain2 income buat simpanan beli emas..
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
Comments are closed.