Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak dapat maklumbalas melalui twitter, FB dan email mengucapkan terima kasih dengan penjelasan DOMAIN dalam entri “Beli Domain dan Hosting” dan “Domain Blog mahal betul ke“. Alhamdulillah ramai juga Rakan Blogger yang menulis lebih lanjut tajuk DOMAIN dalam entri mereka antaranya “Cara Beli Domain di GoDaddy” dan ramai juga yang berbincang secara live di FB Group Denaihati Network.
Daripada perbincangan dan komen ada satu lagi tanggapan yang mungkin salah yang patut diperbetulkan. Ramai Rakan Blogger yang belum mempunyai Domain dan Hosting menganggap bukan sahaja harga Domain mahal tetapi harga Hosting juga mahal. Tanggapan yang salah menyebablan ada di antara Rakan Blogger yang bercadang untuk bertukar kepada Hosting sendiri menangguhkan niat mereka. Isu ini tidak timbul kepada Rakan Blogger yang memang tidak mahu berhijrah dari Hosting percuma kepada Hosting berbayar.
Di Malaysia ada banyak syarikat yang menyediakan khidmat Blog Hosting dengan harga dan package yang berbeza. Contohnya package blog hosting Serverfreak – Denaihati dengan harga RM80 setahun untuk 2GB Space, 10GB bandwith sebulan, 1 Domain percuma dan Support 24/7. Ultimate Hosting pula menyediakan package 5GB Space, 50GB bandwith sebulan dan 5 domain dengan harga RM99 setahun. Ada juga syarikat hosting yang menyediakan harga package serendah RM35 setahun. Purata harga blog Hosting untuk package asas/basic package kurang daripada RM100 setahun. Harga berbeza kerana package hosting yang disediakan juga berbeza. Adakah harga blog hosting mahal?
Kepada Rakan Blogger yang ada terlintas niat nak buat duit online dengan blog jangan beratkan fikiran beli je domain dan hosting yang termampu kemudian upgrade mengikut kemajuan blog. Apa juga bisnis dalam dunia ni mesti ada modal walaupun sekecil mana jadi untuk mendapat keuntungan melalui blog keluar sedikit modal insyallah barulah rezeki masuk. Kalau ada pemikiran nak buat duit dulu baru nak beli domain dan hosting pasti keputusannya gagal kecuali kalau kita ni memang Blogger Handsome atau Blogger cantik rupawan yang boleh menarik trafik masuk beratus ribu.
Apa yang aku tulis hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman menguruskan blog Denaihati sejak Julai 2008. Mula-mula ambik package basic je kemudian upgrade mengikut keperluan. Dulu tak ada syarikat nak iklan di blog kerdil ini tapi alhamdulillah sekarang dah banyak sehingga ada yang terpaksa ditolak sebab tak sesuai untuk pembaca. Semuanya bermula dari langkah pertama jadi bila anda hendak mulakan langkah pertama itu?
179 Comments
Jadi mempunyai impian pula 2013 nanti akan mempunyai domain sendiri…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Gejala Penyakit Asma
Pengen juga ni beli domain dan hosting sendiri seperti punyanya denaihati,,,
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Menu Navigasi Breadcrumbs di Blogspot
Masih menunggu dengan sabar untuk bisa membeli blog hosting Serverfreak – Denaihati dengan 1 Domain percuma dan Support 24/7
Curahan rasa Dadan @ ..Makanan dan Minuman Penyebab Rambut Beruban
sudah membayangkan bila mempunyai domain dan hosting sendiri
Curahan rasa Dadan @ ..Makanan dan Minuman Penyebab Rambut Beruban
Suatu saat pasti akan tiba masanya Kang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 35 Finalis Puteri Pariwisata Indonesia 2012
Hosting tu macam kedai kita punya dan domain tu macam barangan yg kit jual, betul tak Denaihati?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kenapa tiada yg seumur hidup utk domain ni. Sepatutnya ada yg macam ni, domain utk seumur hidup kita. Pasti ramai yg bersetuju.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Pandangan drp DH memang bagus, tapi perlukan masa utk berfikir sejenak, fikir yg terbaik utk diri senfiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kalau dah awal lagi tiada income masuk, semacam peluang nak dpt lebih income terasa sukar saja. Bagaiman mahu beli, harap pada gaji bulan memang tak cukup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Beli domain dan hosting kemudian cari income dari internet, itu lebih digalakkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
x la murah sangat dan x juga mahal sgt… cuma klu x memberi pulangan susah juga…
Setuju..keluarkan duit kecil untuk dapatkan yang lebih besar…
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..LOOKING FOR A PART TIME JOB?
tggu lah, satu saat nanti passti saya akn cuba…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Saya pun fikir benda yang sama. Terima kasih Tuan di atas pencerahan.
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Bab Ketiga Cerpen Cinta Syurga
Nanti kena beli ebook ariffshah lah mantapkan SEO di blog satu lagi..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Header Untuk Kamil Salleh Sensasi
Apa yg terbaik utk kita teruskan demi memantapkan segala kerja yg kita lakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
saya mengenali apa itu hosting di sinilah..dan memang betul, banyak yang boleh dibuat bila ada hosting sendiri.
Bila dah ada kedai macam2 boleh buat.
cari yg gratisan dulu,,, blom punya wang….
Curahan rasa Edyn Laskar @ ..Cara mengatasi Crash pada Flash Player
Comments are closed.