Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.
Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?
Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.
Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.
Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.
Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik
1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.
Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.
Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.
Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.
390 Comments
jaerul jarang dapat income dari blog,. sebab blog jaerul jarang update.. hehe,..
Curahan rasa jaerul @ ..Semak peratusan mesra SEO blog anda
kena slalu update bro
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
kalau nak kira income saya, rasanya nak bayar duit broadband pun tak lepas.haha
Curahan rasa khairil @ ..35 Gambar Kucing Comel Yang Lucu dan Menggelikan Hati
xpo.janji dpt.ramai lgi org xde potential nak dptkan income dlm dunia on9.hehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
stakat ni cukup utk bayar bil broadband saja, huh…
Curahan rasa caliph @ ..gumiho & gangster
cantekk dah tu.usaha lipat 3 dpt duit berlipat2.hehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
insyaAllah kalau ada rezki dari blog ni,memang nk buat template mcm denaihati..Aminnnn..
Curahan rasa Hafizul @ ..LIKE Entri Puanbee Pada 28.06.2012
amin3 bro.rancang strategi bro
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
Pernah dapat sekali, itu pun masa zaman-zaman rajin update blog (lepas baru tukar domain, memang best sangat!) alhamdulillah guna duit tu untuk belanja kat Mesir ni la. Hehe tapi sekarang ni dah jarang dapat, tengah kumpul gak sikit-sikit.
ps.bestnya kalau ada yang belanja premium template ni~hehe
Curahan rasa Zida @ ..The New Era of Misr, Allahu Yubarik!
wah kt mesir eah?hehe..bagus3
mmg time dpt domain sndri mmg semangat.hak3
sama la kita
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
cerita pasal template,,aku dah beberapa kali tukar template…teringin jugak kalau ada yang sudi medesign blog untuk aku,,,mahal ke bayarannyer…
Curahan rasa hatiputera @ ..Portugal vs Spain Euro 2012
hahaha..dulu aku selalu tukar2 template sbb free kan.so xcantik la xsesuai la boring laa..percuma kan senang la tukar ganti.hak3
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
klu pakai yg berbayar perghh mmg makan masa la nak tukar sbb sayang kan beli mahal2 template,hehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
saya setakat ni simpan untuk belanja kawen la.topup sket2.hehehe
Curahan rasa arelan @ ..aDa aPa DeNgaN eSoK????
Yea memang betul apa diterangkan. Kami pun baru mula full time menulis ber-blog, tapi banyak fokus diluar negara. Alhamdulillah boleh juga beli gajet, web direktori, cms dan berjaya buat template sendiri. Semuanya ada pernah diterangkan dalam artikel2 lepas sahabat2 blog-ger veteran kita dan asasnya kami jadi panduan.
Kunci utama plan, kedua fokus, ketiga passion. Insya-allah akan diberikan laluan jika niat kita betul. Thks DH perkongsian relevan sejak dulu lagi.
Curahan rasa irsah @ ..Pengumuman Pindahan Links ke DIrectory4E (Links Exchange Mudah)
blog juga ibarat berniaga ye DH… perlu berani invest 😉
boleh share brape modal utk pakai template premium ? terimakasih…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #47: Kelebihan Bulan SYaaban
klu dah ade 40 USD tu dah boleh dpt premium.ade yg 20usd.kalau design sendiri tu aku tak tahu laa.
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
So far buat sekarang sekarang ni.. income blog yg aku dapat bolehlah untuk cover bayar domain & sewa bulanan broadband.. insyaallah akan datang mungkin akan dilaburkan kepada hosting pulak
Curahan rasa myvitrd @ ..Bercuti Di Cameron Highlands | Green View Garden – Part 2
amin3.mintak2 ade hosting sndiri lebih selamat bro
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
insya Allah saya pun kan beli domain dari income blog
Curahan rasa Dadan @ ..Ulasan Tentang Eyriqazz vs Denaihati
Kena byk belajar dr rakan2 yg dah byk buat duit. Ada sesiapa yg sudi tolong info2 kat sini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Seingat i cuma dpt drp DH, iaiti RM10 itupun dlm Rakan paling Mesra Bulan ???, lps tu sedekah dkt anak yatim Kombodia….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Dah 1 tahun lebih, berblog tapi masih tiada income, apa salah i pun tak tau???? 🙁
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
hem blom ade jenama kot. 🙂
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
saya setuju sgt, lps dpt income dri blogging, kita labur lgi utk masa dpn yg lebih baikkk.. betul tak??
Curahan rasa muazfaris @ ..Eyriqazz vs Denaihati
betul tu bro
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
saya sangat setuju sekali tuh
Curahan rasa Dadan @ ..Ulasan Tentang Eyriqazz vs Denaihati
Semoga DH terus maju dan berjaya..
All d best..
Curahan rasa nurmisnan @ ..CTRL + ALT + DEL
Comments are closed.