Memperkenalkan Denaihati Reader untuk google chrome

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blog Denaihati terus melangkah kehadapan dengan aplikasi terbaru untuk pembaca setia. Bukan mudah menyandang gelaran Best of  The Best Blog of  Year 2012 melainkan terus merancang menambah baik blog Denaihati dari masa kesemasa.

Kali ini ingin memperkenalkan Denaihati Reader yang membolehkan rakan-rakan Denaihati.com untuk mendapatkan senarai artikel dan preview ringkas artikel dari blog ini terus dari taskbar google chrome anda. Chrome extension yang dibangunkan ini masih di peringkat awal, jika terdapat sebarang ralat atau cadangan fungsi untuk extension ini, bolehlah kongsikan di ruang komen atau hantar terus email kepada pihak Denaihati. Contoh paparan extension ini adalah seperti gambar di bawah.

Kepada pengguna setia Google Chrome boleh mencuba extension ini, anda hanya perlu klik ikon di bawah dan tambahkan ke Chrome anda.

Semoga dengan extension ini, pengalaman melayari Denaihati.com akan bertambah baik. Team Denaihati akan terus berusaha menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Selamat mencuba.

203 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!