Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.
Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.
Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.
Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.
Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.
Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.
Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.
Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.
212 Comments
berhijrah kepada kebaikan harus disegrakan semoga banyak artis Disini yang berhijarah juga
Curahan rasa munir ardi @ ..ways to making soup
Penghijrahan bagus. Tapi masa membuat kenyataan pastikan hanya dalam skop tertentu yg kita tahu, skop2 tentang hukum hakam fekah biar diserah kepada pakar. Komen saya merujuk kepada komen Abby baru2 ni yg byk menyentuh hal2 di luar bidang pengetahuan beliau, walaupun ada benarnya kenyataan beliau sebaiknya jgn sampai terlibat dalam perdebatan hukum hakam. Ambillah skop2 lain tentang dakwah dan penghijrahan. Ia lebih sesuai dengan tempoh penghijrahan beliau yg dianggap terlalu baru.
Inti hijrah kepada Alloh ialah dengan meninggalkan apa yang dibenci Alloh menuju apa yang dicintai-Nya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
Hijrah ini meliputi ‘dari’ dan ‘menuju’: Dari kecintaan kepada selain Alloh menuju kecintaan kepada-Nya,
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
dari peribadahan kepada selain-Nya menuju peribadahan kepada-Nya,
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
dari takut kepada selain Alloh menuju takut kepada-Nya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
Dari berharap kepada selain Alloh menuju berharap kepada-Nya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
Dari tawakal kepada selain Alloh menuju tawakal kepada-Nya. Dari berdo’a kepada selain Alloh menuju berdo’a kepada-Nya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
Moga kita semua diberi kesadaran untuk berhijrah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari Ini
semoga mereka teguh dalam Iman
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Fencing/ Anggar di Olimpiade London Logo Google Hari ini
steady klate. zaman gemilang b.sepak klate
Curahan rasa drsuri @ ..rawatan alternatif di shah alam
Comments are closed.