Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Alhamdulillah… bagus kita berubah ke arah kebaikan. Sikit sikit, lama lama ok.
sewajarnya begitulah… untunglah hajatnya dah tercapai.
Curahan rasa yangbaik @ ..Hari, Minggu dan Bulan
Ada singgah blog cik fatin baru baru ni..memang dia nak perubahan sikit..
Berubah mengikut usia kerana kita menjadi semakin matang.
Curahan rasa rahimah @ ..Anak Tak Gemar Buah-Buahan? Tarik Perhatian Mereka Dengan Alat Ini !
hidup kita mesti ada perubahan, kalau dari kurang baik ke yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik.
Curahan rasa Denaihati @ ..4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
tue dia.. hajat FL sudah dituruti.. hajat saya nak iphone 5s.. he he..
Curahan rasa fazrol @ ..Jika belum dapat anak!
ini kena tunggu cabaran seterusnya nanti….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Hajat Blogger Dr. Fatin Liyana yang tidak boleh ditolak
Terbaik tindakan dua blogger berjiwa besar.
Tahniah dan moga2 menjadi ikutan kita semua.
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
semuga ramai lagi blogger yang mengcontohi beliau.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health Bangi
ikut sahaja permintaan beliau..terbaik gitu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Perodua Axia Impian Rakyat Malaysia
benda baik mesti ikut dan jangan ditangguh lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Haji bukan keutamaan hidup
Huhhh..dah lama sangat tak masuk blog Dr. fatin tu…emm betul tu tuan..kebanyakan orang dah bekerjaya memang akan malu bila mengenangkan perangai masa muda..tapi itu adalah rentetan sejarah yang mana akan diungkit sebagai penglipur lara dikala kesepian melanda..huhu…
Curahan rasa Hafizul @ ..Panduan Exam Penguasa Kastam W41
Mmg lgkah terbaik.
Bila kita tersedar..itu tandanya Allah sgt sayangkan kita.
Bagaimana kita?
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
kita pun mesti malu kalau tengok gambar lama-lama masa kecik….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah
ilmu dan cara pergaulan mematangkan dia untuk ke arah yang lebih profesional..nasib baik boleh padam..:D
Curahan rasa reezluv @ ..5 Jenis Stall Burger Paling Digemari
memang boleh padam, kita buat yang kita boleh kawal, kalau semua orang buat mesti besar kesannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan Champions League 2014/15
Pengajaran jugak utk kita betul3 pilih gambar yg elok2 dan tidak memudaratkan.
Terbaik dr fatin dan tuan dh
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Bagus juga permintaan dari Doktor Fatin Liyana ini , semoga semua urusan beliau dipermudahkan dan sukses di dalam kerjayanya …Amin
Curahan rasa wazy @ ..Demi Sesuap Nasi
sama-sama kita doakan semuga segala urusannya dipermudahkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kembalinya arwah Hasni Hardi mangsa tragedi MH17
tak sanggup plak nak menolak permintaan ye. hehe
Curahan rasa ohcikgu @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
tidak boleh tidak, memang rak sanggup tolak, benda baik jangan tangguh-tanguh…
Curahan rasa Denaihati @ ..Hajat Blogger yang belum tercapai
permintaan dari FL..memang tak boleh nak tolak tu… =)
sama sekali tak boleh tolak heeee…. kalau bro macam mana….
Curahan rasa Denaihati @ ..Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel
bagus kalau usaha untuk dapatkan DR..
Yup.Menyokong sepenuhnya tindakan Dr. Fatin Liyana itu
Menjaga tatsusila diri dan profesinalisma dalam kerjaya adalah satu amanah.
Curahan rasa Mohd Azrin bin Abu Bakar @ ..Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’.
tindakan terbaik, bagus sangat-sangat dan mesti dicontohi blogger lain….
Curahan rasa Denaihati @ ..4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
satu perubahan yg amat positif drp Doktor Fatin Liyana.. I like.. walaupun tak lagi dpt menatap wajah beliau yang happy go lucky.. heheheh
Curahan rasa sohoque @ ..Ayat Kena Power, Copy Writing Kena Belajar
berwajah baru semestinya lebih ramai suka lah.. jom like ramai-ramai…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan Champions League 2014/15
Comments are closed.