Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Sayang rasanya nak padam entri lama-lama, takut nanti banyak pula broken link yg timbul.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger
Ada cara nak hapuskan broken link tu .. Nak tahu menuntutlah dari yg pakar.
Nasib baik zaman kawe jiwa kacau dulu tak de smart phone ni. Kalau tak entah selfie apa yg kawe buat.. adehhh..
Curahan rasa Ismail N @ ..How to Set Up WiFi Hotspot in Windows 8
Saya dah baca blog Fatin Liyana sebentsr tadi, memang byk entri dia padam dan penampilan blog baru yg lebih neutral. Bagudlah dah buat perubahan agar nampak lebih mantang.
Yup..kita semua pernah melalui zaman jiwa kacau dan pencarian identiti ni..tahniah utk dr fatin liyana kerana sudah melangkah masuk ke dimensi lain yang lebih matang dalam hidup beliau..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam Gred W41 6 September 2014
Perubahan umur mematangkan seseorang. Tahniah buat Fatin Liyana, blogger bijak pandai. Hebat. 🙂
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
masa untuk berubah , semoga Allah mempermudahkan setiap urusan yang menuju kejalanNya
Curahan rasa kizmyself @ ..Jadual Penuh UEFA Champions League 2014/2015 Peringkat Kumpulan
Header FL pun makin COMEL 😀
Content pun makin matang.
Setiap orang ada kisah silam. Takpe, understood 🙂
biasalah tu.. masa muda memang tak ingat apa .. bila nak berusia terasa malu tengok gambar sendiri
Curahan rasa zool @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Berjaya Pelajar Praktikal
Niat yang baik …. Perlu disokong. Amin
Alhamdulillah..niat yang murni..semoga dipermudahkan..
Curahan rasa Mummy Dina @ ..Kontraksi Palsu – Braxton Hicks
FL ni mmg beri inspirasi positif sangat..
Curahan rasa dayah @ ..bowling kat alamanda
Baru ni saya dah pun delete yang tak berguna contohnya entri hiburan dan gosip ni. Tak mendatangkan manfaat
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Element Case Ronin G10 Stealth iPhone 5/5s
Alhamdulilillah. Hajat yang baik pasti dipermudahkan…
Curahan rasa Raudzah @ ..GAZA : Cerita Di Sebalik Genjatan Senjata
alhamdulillah…perubahan ke arah yang lbh baik tu bagus….:)
tahniah Dr Fatin kerana perubahan itu. Semoga ramai lagi boleh ikuti beliau.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Kecutkan Cyst Dengan ESP Dan GLA Complex
Comments are closed.