Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Terima kasih Tuan Denaihati kerana telah merealisasikan Hajat Dr Fatin Liyana yang comel tu.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Promosi Hebat Emas 916 Harga Murah : Serendah RM100/Gram
harap beliau berpuas hati lah. tak susah sangat pun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jenazah Hasni Hardi masih sempurna
Terima kasih Tn. Amir. Slh 1 hajat saya dah tercapai. Sejak itu… hari2 ada entri. Tak kisah org komen atau tidak. Janji teruskan menulis.
In shaa Allah blog saya juga bakal bertukar ^__^
Dr. Fatin Liyana wajar dicontohi.
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Tak siap lagi…
hijrah untuk kebaikkan, semestinya baik, tahniah dan semuga terus sukses
Curahan rasa Denaihati @ ..Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health Bangi
Bro, ada tak dia mention bila gua boleh jumpa dia? Once gua dapat jumpa dia, next day gua terus tutup blog sebab matlamat sebenar gua berblog telah tercapai.
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Seminar Hartanah Sabah (Part 2)
hahahah… ini hajat yang paling awesome sekali..
Curahan rasa KiD @ ..Juara Bowling Lelaki
hajat AE boleh kita forwardkan laju-laju nanti ni…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kembalinya arwah Hasni Hardi mangsa tragedi MH17
ohh…. blogger fatin liyana rupanya…. ingatkan siapa lah… hehe… satu langkah yang bijak dari beliau… good luck untuk Dr. Fatin Liyana… !
Curahan rasa cheq eem @ ..Kemenangan Gaza Wordless Wednessday #32
Ya, Dr. Fatin Liyana yang juga blogger femes sorang je…
Curahan rasa Denaihati @ ..Hajat Blogger yang belum tercapai
Nampak sdah kematangan FL disitu. Aish bila la agaknya dapat jumpa beliau walaupun eden satu nogori. Perasan lebih jap. haha
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Tuah Menghilangkan Diri
ini kena PM beliau, kira satu kampung la…harap tertunai hajat ni
Curahan rasa Denaihati @ ..Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel
hajat yang di tunaikan..mendelete gambar blogger fatin liyana…lepas ni sapa-sapa harus berjaga2..
Curahan rasa nornazliana @ ..fakta tentang ubat-ubatan..
secara peribadi gambar beliau yang lepas-lepas takdelah kategori teruk mana pun… lebih baik delete kalau beliau tak suka.
Curahan rasa Denaihati @ ..4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
semoga urusan beliau dipermudahkan walaupun agak sukar nak memadamkan semua yang telah dimuatnaik oleh orang lain
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
betul cikgu naman, sekurang-kurangnya kita tak share gambar yang beliau tak suka
Curahan rasa Denaihati @ ..Haji bukan keutamaan hidup
murni tu bro…dah hajat dia gitu kan..lepas ni kita kena lebih hati-hati la nak tampal gambar orang dalam blog
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an
mesti berhati-hati, kalau tuan badan tegur, mesti ambil kisah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health Bangi
harap blogger Fatin Liyana semakin sukses selalu
Curahan rasa carasepatrick @ ..Segmen BlogWalking bersama RedBellas
semuga beliau terus sukses dalam bidangnya nanti dan masih bergelar blogger…
Curahan rasa Denaihati @ ..Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah
semua alami perkara yang sama..bila makin dewasa, makin tebal rasa segan dan malu dalam diri.. tambahan lagi dah bergelar Dr. Fatin Liyana.
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Kuat Seorang Isteri Kerana Suami
Betul sangat, zaman tu remaja sangat lagi. kurang matanglah….
Curahan rasa Denaihati @ ..Jenazah Hasni Hardi masih sempurna
Ohhh… alkisahnya macam tu. Dah kena selari dengan kehidupan semasa kan.. baguslah tu, hajat dah tercapai..
Curahan rasa KiD @ ..Jemaah Haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci
Tindakkan yang tepat. dapat juga elakkan dari yang tak bertanggung jawab salah guna gambar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health Bangi
Alhamdulillah. Semoga kehidupan beliau lebih diberkati dan dirahmati Ilahi… 🙂
Curahan rasa Kakcik @ ..Senarai blog akan dikemaskini…
Aminnn. Alam pekerja memang terlalu jauh berbeza dengan belajar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hajat Blogger yang belum tercapai
Semoga Allah permudahkan niat Dr Fatin Liyana untuk memulakan kehidupan baru sebagai doktor.
Curahan rasa Eizil @ ..3 Sebab kenapa disable right-click hanya merugikan blogger
Semoga Allah permudahkan Dr Fatin Liyana nanti dan kekal sebagai blogger…
Curahan rasa Denaihati @ ..Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel
Adakah FL sudah berpunya? hehe
Curahan rasa Tarmizi Shukri @ ..Panduan dan Tips Beli Flash DSLR
ini kena tanya tuan badan lah…heee. boleh PM kat dia kot…
Curahan rasa Denaihati @ ..4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
Comments are closed.