Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Berjaya dengan Bisnes Tudung. Klik Sini
Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita! Klik Sini
Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita. Klik Sini[/box]
Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“, punyalah sabar tuan punya kereta yang aku langgar ini. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.
Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.
Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di facebook dan berbagai maklumbalas di kongsikan di sosial media oleh rakyat Malaysia. emuga tiada lagi pemandu yang mengulangi kesilapan gadis Peugeot CDM25 ini. Cik adik kereta Peugeot kalau di Perancis hanya kereta biasa je macam kereta Proton di Malaysia jadi jangan nak lebih ya!!
[box]Berita terkini Gadis Peugeot CDM25
Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini [/box]
Pengajarannya sebab tu banyak ayat Al Quran dan hadis yg minta kita banyak bersabar terutama bila ada masalah. Bila tak sabar macam-macam akan berlaku yg menyebabkan macam-macam perkara lain akan berlaku. Gadis ini terpaksa menanggung akibat dari akhlak yg tidak baik dan dia juga bakal diambil tindakan oleh polis. Apa sahaja yg berlaku pasti ada hikmah kebaikan bukan sahaja pada beliau malah pada kita juga.
666 Comments
kiki dah minta maaf katanya secara terbuka tapi entahlah saya rasa isu ni macam memalukan negara sendiri bila ramai yang troll dekat media sosial
Curahan rasa Lizz @ ..Pelaburan Unit Trust Rahsia Usahawan Kumpul Modal Pusingan
hmm harini bnyk masuk radio.. tak tau nak cakap kesian ke apa. impact social media
Curahan rasa Zuan @ ..Haruman Kasturi Dapat Menguatkan Jasmani Badan
Entahlah, orang sekarang suka mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu dengan membuat parodi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
trend konon nya.. entah la diorang ni, macam macam idea tuk tarik perhatian umum
Curahan rasa Zuan @ ..Haruman Kasturi Dapat Menguatkan Jasmani Badan
Semua benda nak troll tanpa disedari kita mengaibkan orang lain
Tu la pasal.. Dah jadi trend dah kat Malaysia nie apabila sahaja berlaku perkara macam ni makan akan keluarlah troll2 serta parody… hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
itulah kesan kalau aib orang dibuka tanpa rasa bersalah.
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Kena banyak bersabar, benda bukan banyak pun. Anyway, sampai stalker maklumat peribadi dia tu tak patutlah. Kita ambil pengajaran sahaja, bukan nak aibkan dia. Wallahualam
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Shaklee: Isu Zionis, Yahudi dan Palestin
ramai yang kurang peka tentang isu aibkan orang lain. harap ramai mula alert isu sedemikian. dosa besar woooo
Curahan rasa Zuan @ ..Haruman Kasturi Dapat Menguatkan Jasmani Badan
Lebih-lebih lagi dengan berkembangnya media sosial yang sungguh berleluasa, cepat sahaja perbuatan membuka aib orang menjadi-jadi.
Tugas kita ialah mengambil iktibar dan mendoakan. Bukan membuka aib si pelaku.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Membuka aib tu memang tak patutlah. kena ingat sesiapa yang buka aib saudara seislamya, Allah akan buka aibnya…. Kena ambil perhatian… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Tu lah pasal..sedikit sebanyak dah mengganggu privacy dan keselamatan dia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan atau Baazar Mana jadi Pilihan?
rajin btol orang cari details psl dia kan..dah tu disebarnya lak..betul ke tindakan camtu?
Curahan rasa JMR @ ..Selepas 3 minggu..
Allah maha pengampun. Biarpun siapa yang salah dalam satu masalah. kalau kita mulakan memohon maaf, kita adalah yang terbaik dan mendapat pahala
Benar. Tidak selamanya manusia itu buruk, dengan izin Allah bila-bila masa sahaja manusia itu bisa berubah. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Betul tu.. Hati manusia Allah yang pegang.. Hari ini dia buat hal x mustahil satu hari nanti dia jadi yang lebih baik daripda kita…. 🙂
Apa yang penting ialah mendoakan, bukannya terus menghukum, kerana tugas menghukum itu milik Allah. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
betul tu..hanya Dia sahaja yang boleh menghukum seadilnya..kita manusia ni perlu tau batas dan had..
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
ya betul tu. siapa la kita nak ego sangat sampai tak nak ampun kan orang lain
Curahan rasa Zuan @ ..Pengalaman Buat Popcorn Dengan Periuk Tekanan
kalau orang sedar macam bro, memang takkan jadi isu viral benda2 gini..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Benar Tuan. Kita sebagai umat junjungan mulia Muhammad salallahu alaihi wasallam seharusnya mencontohi akhlak baginda terhadap orang yang bersalah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
mungkin ramai yang terlepas pandang sikap dan sifat Rasulullah utk isu kiki ni.
maaf bermaafan amalan mulia.
Uncle tu pun dah maafkan, dia pun dah minta maaf.
Curahan rasa zul @ ..#CDM25 hormati orang tua, hormati ibubapa dan guru
tidak kira siapa kita, bangsa apa, agama apa, bermaafan adalah amalan murni dan mulia
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
hehe terlebih prihatin rasanya. lepasni mungkin ada yang selfie dengan cdm25
Curahan rasa Zuan @ ..Boleh Ke Brasil Jadi Juara?
jangan tunggu raya je baru nak bermaafan. bila bila masa pun kena ready untuk minta maaf dan memaafkan
Curahan rasa Zuan @ ..Pit-Stop Sebelum Pergi Meeting, Ramly Halal Kiosk LRT Kelana Jaya
Manusia yang pemasf ialah manusia yang berjaya meruntuhkan ego dalam dirinya. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
bila bab ego ni yang susah. manusia harini ego mengalahkkan raja
Curahan rasa Zuan @ ..Boleh Ke Brasil Jadi Juara?
Benar, kerana harga sebuah kemaafan itu tidak ternilai.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
dalam isu ni, uncle gak yang paling best..sabar dan pemaaf..
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
rakyat malaysia memang peritahin dalam bab bab sebegini. pengajaran untuk semua. kemafaan adalah langkah terbaik
Prihatin sampai p tangkap gambar kereta dia kat rumah.. Hee…
Oh Malaysiaku! 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
ada yang prihatin, ada yang saja nak amik kesempatan..perasan tak?:-p
Curahan rasa JMR @ ..Selfie yang keterlaluan.
Ramadhan masih ada lagi…peluang untuk kita bertaubat kepada Allah masih terbuka laus.mana tahu Kalau kita bersangka buruk atau terlebih kutuk kepada beliau
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Benar Tuan. Teruskan husnudzon yakni bersangka baik.
kejadian sebegini memberi ikitbar kepada beliau dan kita juga.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
kena hati2 kalau nak marah pun kan..ada mata yg memerhati..hehe
Dia dah menyesal ni… jom kita maafkan dia… dia juga insan biasa yg tidak lari dari membuat kesilapan..
jom kita melihat dengan mata hati… yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
jemput datang ke blog kak yatiadam
http://www.yatiadam.com
Curahan rasa kak yatiadam @ ..MAAFKAN DIA
sekadar tengok dan tak perlu nak ulas apa apa melainkan nak ulas secara memberi nasihat..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
ulasan membina dan positif yang sepatutnya kita utarakan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
yups, nasihat dan teguran baik tu perlu. harap ia memberi impak positif kepada semua. dah2 jom pi terawih
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Ulasan yang baik ialah ulasan yang membina tanpa ada mesej menghukum.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
betul tu kak..pengajaran yang perlu diambil iktibar oleh sumer orang
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Saya turut rasa tindakan dia biadab dan juga tidak boleh di maafkan. Tapi kita sebagai rakyat untuk cereboh privasi dia pun tidak bagus juga.
Benar setuju Jugak..sampai ke mlm org ikut ..biarlah berpada pada
Curahan rasa weschairs @ ..Mari belajar bahasa thai (2)
huh, ada ke? macam melampau je klu sampai tahap gitu
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Tu la plak silap orang kita… Hak peribadi orang pun nak ceroboh…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Tindakan dia memang salah tapi kita kena tahu apa puncanya terlebih dahulu..salahnya si Kiki tuh sebab tak dapat kawal emosi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
sebab itu dianjurkan berpuasa emosi kita dapat dikawal sebaik mungkin
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Puasa juga melatih diri kita untuk mengawal marah.
lain orang lain perangai… tapi tu lah, kalau kita yang kena atau tengok, mesti geram tu lebih sikit… hehehe
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
pendek kata, orang buat salah, kita kenalah tegur secara berhemah kan
Alhamdullilah dah setel, kalu tidak rasenya berpanjangan lagi tu. Adab kena jaga dimana2 jua kita berada kan.
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Kereta Sewa Shah Alam – Promosi Bulan Ramadhan
Sepatutnya boleh setel awal lagi jika kita boleh bertolak ansur..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
sikap toleransi memang penting bila jadi hal gini kan
betol tu.. kalau tengok, memang biadab.. kalau dah mintak maaf, bagus laa tapi sebaiknya, tak perlu kot biadab..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Sesapa yang tengok 1st time, memang rasa marah yg amat kat kiki..siap maki hamun tu
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
semoga ianya tidak berlaku lagi..semua orang susah dan orang Islam terkena tempiasnya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia
Kita hidup bermasyarakat nih perlulah saling bertolak ansur..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
ya benar sekali..rakyat malaysia terkenal dengan kesantunan dan kesopanan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
sebab tu perangai kena selalu elok depan orang ramai walaupun kita tau perangai kita ni kurang elok..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Betul tu. Tapi personally, tak maaf kot….
Bab nie yang paling menyedihkan dan sangat2 memalukan melayu dan islam itu sendiri… Apa pandangan agama lain kalau dah perangai macam nie?
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
tu la..terasa gak Islam/hijab dipermainkan oleh komen2 yg tak fikir panjang
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Begitulah kehidupan zaman sekarang, harus bisa jaga diri dari marabahaya!
Curahan rasa Obat Nyeri Perut Bagian Kanan @ ..Obat Nyeri Perut Bagian Kanan
Mungkin kita rasa cara kita tidak salah tapi banyak keburukan dari baiknya bila tak dapat mengawal kemarahan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
cubaan dan dugaan dalam hidup, kena pandai jaga diri dan perangai..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Tindakan gadis itu memang tidak wajar dan keterlaluan.Kita semua patut mengambil iktibar dari kejadian tersebut.Itulah akibatnya kalau emosi mengatasi fikiran.Saya percaya gadis tersebut amat tertekan sekarang dan meyesal atas tindakannya itu.Sebagai rakyat Malaysia yang penyayang dan pemaaf, saya rasa kita patut hentikan menyebar kisah tersebut. Di harap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi di masa hadapan.
ya..memang patut dihentikan cuma perlukan pendekatan positif supaya menjadi pengajaran kepada orang lain pula
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia
sedih… tiada seorang pun yang sedang melihat semasa kekecohan…cuba tenangkan keadaan
Mungkin silap dia sebab bertindak keterlaluan. Semoga menjadi pengajaran buat kita juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
pasti ada hikmah disebalik kejadian kenapa Allah jadikan isu ini begitu meluas diperkatakan
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
bab sebar dah satu hal, bab mengutuk tu yang ramai minat.. hmm. keybod warrior je diorang nih..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
kutuk-mengutuk tu mmg aku tak setuju..ramai kot yg perangai mcm kiki ni. tapi diorg bnasib baik sbb tak tersebar video tu
Itu salah satu peranan kita… Hentikan daripada melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilaman sosial kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
peranan ni la yang susah diorang nak buat..tahu nak share je hehe
Curahan rasa JMR @ ..Pernah baca buku “Dayyan’s Adventure on Sesame Street” tak?
harap isu ini jumpa kata pututs..kesian gk kat kiki, kena tanggung sampai anak cucu kalau vid tu tak didelete.
Curahan rasa JMR @ ..Jom Shopping raya di Lazada
Comments are closed.