Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Berjaya dengan Bisnes Tudung. Klik Sini

Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita! Klik Sini

Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita. Klik Sini[/box]

Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“, punyalah sabar tuan punya kereta yang aku langgar ini. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.

Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.

detail cdm25 peugeot

Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di facebook dan berbagai maklumbalas di kongsikan di sosial media oleh rakyat Malaysia. emuga tiada lagi pemandu yang mengulangi kesilapan gadis Peugeot CDM25 ini. Cik adik kereta Peugeot kalau di Perancis hanya kereta biasa je macam kereta Proton di Malaysia jadi jangan nak lebih ya!!

Berani Buat Berani Tanggung atau paling baik Mohon Maaf Kepada Malaysia sebelum PM Najib Razak bagi komen sebab KJ pun dah komen kat twitter tu.

[box]Berita terkini Gadis Peugeot CDM25

Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini [/box]

Pengajarannya sebab tu banyak ayat Al Quran dan hadis yg minta kita banyak bersabar terutama bila ada masalah. Bila tak sabar macam-macam akan berlaku yg menyebabkan macam-macam perkara lain akan berlaku. Gadis ini terpaksa menanggung akibat dari akhlak yg tidak baik dan dia juga bakal diambil tindakan oleh polis. Apa sahaja yg berlaku pasti ada hikmah kebaikan bukan sahaja pada beliau malah pada kita juga.


Spread the love

666 Comments

    1. amat tepat sekali. kepada ‘bekas’ road bully, berhati-hati lah lepas ni.
      alhamdulillah lah kepada yang dah insaf!

  1. Ini memang melampau.Harta dunia allah beri untuk pinjaman sementaralah.bukan dibawa mati.sanggup berakhlak buruk didepan halayak ramai.awak tu bertudung bersopanlah.Itu hari dia hari awak kalau terjadii pd awak cam mana.apa perasaan awak ketika tu.settle sudahlah.nama nya driving can happens to anyone.kalau itu jadi masaalah besar jgn bawa kereta.naik basikal oun boleh accident.Tolonglahjgn biadap pd org .respect others and others will respect u.

  2. Memang patut kena denda orang ini, samsing jalan dan belagak macam dia sorang aje kerta baru. Harap pihak berkuasa bertindak segera.

  3. Dia dah banyak buat jahat. Masa ini, masa betina memalukan masyarakat ini menerima hukuman.

  4. Remember all. What we gave we l get back. Mana ada org menjatuhkan maruah org lain akan terlepas?

  5. Menurut saya, kemaafan tidak mencegah hukuman bila ianya terlalu melampaui batasan. Memalukan agama, bangsa dan negara, itu patut d maafkan? Pura2 nangis, dah maaf dan tak dihukum? Oooo adalah sangat tidak adil.
    Duhai uncle sim kesayangan rakyat malaysia, wanita tidak berhati perut begitu memang patut dihukum. Uncle jngan la sedih. Harap mr Robin will take serious action towards this crazy woman.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!