Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sendiri, bercinta, bertunang, berkahwin dan bermadu apa bezanya? Tajuk ni memang dah lama berlegar-legar dalam benak hati ini untuk dibincangkan. Mungkin apa yang aku fikirkan tidak sealiran dengan apa yang majoriti amal dan fikirkan. Mungkin disini menjadi ruang untuk kita memberi pandangan untuk kita fikirkan.
1. Bersendiri : Memanglah best tiada siapa yang nak control jadi kita boleh buat pilihan tanpa perlu merujuk pada orang lain kecuali Ibubapa. Tapi kekadang rasa sepi bila bersendirian terlalu lama sesekali bolehlah. Sangat digalakkan kepada suami dan isteri sesekali bersendirian muhasabah diri untuk menilai pencapaian hidup.
2. Bercinta : Alam penuh khayalan. Zaman percintaan aku mudah sahaja antara kami bebas untuk keluar dengan siapa bila masa yang perlu hanya maklumkan sahaja. Aku tidak percaya dengan budaya berkepit sana sini setiap masa ketika bercinta seperti tiada dunia lain dalam hidup ini sehingga kawan-kawan pun dilupakan.
3. Bertunang : Waktu yang paling mencabar kerana berbagai bisikan akan kita dengar di telinga hingga kita menjadi was was dengan keputusan yang kita buat. Adakah ini pasangan yang sesuai dengan kita? Sebab tu kalau nak bertunang jangan lama sangat paling paling pun 6 bulan sahaja.
4. Berkahwin : Mudah sangat nak kenal suami isteri kalau jawab call pun macam tak ada mood je terutama suami, bila pergi shopping sorang depan sorang belakang. Masa bercinta kalau berjalan tu ada batu kecil pun dialihkan. Masa bercinta dulu sms setiap saat sekarang satu sehari pun susah. Sepatutnya masa inilah nak berkepit siang malam bukan masa bercinta.
5. Bermadu : Belum ada pengalaman … ada yang nak tolong cerita ke???
Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu: “Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya.”
Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: “Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati lelaki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya.”
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
426 Comments
hehe.. yang dah kawin tu baru nak hargai kawan2. “Oh alangkah best nye masa single dulu. Takde tanggungan.. bebasnya..”
pesanan ikhlas dari saya: hargai masa semasa single. dah kawin susah nak keluar2 macam single dah! hehe
Curahan rasa Ismail @ ..Review Kad kahwin laminate
Tu la pasal.. sementara masih single ni.. enjoy dulu sepuas-puasnya.. heeh
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
semasa masih single,… isi dengan kegiatan yang bermanfaat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gaby dan Lagunya
Tu memang betul Bang Iwan.. takkan la nak buat benda yang tak baik pulak kan..
Comments are closed.