Abuya Ashaari Pengasas Al-Arqam pergi tak kembali – Al-Fatihah

Spread the love

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang juga dipanggil Abuya oleh pengikutnya meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Arwah yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut. Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Yang hidup pasti akan mati. Giliran kita entahkan bila mungkin esok mungkin lusa hanya Allah swt yang tahu. Sekadar untuk peringatan untuk diri ku :

Ingat setiap hari 5 kali kubur menyeru kita

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

@Kepada yang belum menyumbang untuk Tabung Musim Kemboja sila klik Tabung Muslim Kemboja.

@Kepada yang nak dapat Acer Aspire One percuma sila klik Hidup Untuk Memberi.

[ad#advertlets336]


Spread the love

44 Comments

  1. semoga allah tempatkan abuya dikalangan orang yang soleh..bab sesat menyesat ni hanya Allah jer yang tahu….sama ader fitnah atau tidak..abuya pergi meninggalkan kita dengan banyak kebaikan..antaranya beliaulah antara yang mempopularkan nasyid sebagai hiburan…dan dakwah sebelumtu mana ader.selagi mana nasyid anak didik beliau seperti rabbani,,hijjaz dan raihan berkumandang,,dapatla pahala atas beliau ramai anak murid beliau yang masih mengamalkan ajaran kerohanian beliau,,semoga beliau mendapat pahala

  2. al-fatihah buat Abuya, pergimu tiada penganti, aku penah makan sebelah abuya masa abuya duk kt rawang dulu.Mmg seorng yang tinggi budi pekerti, xpernah melambatkan solat 5 waktu dan tiap2 malm bangun tahajjud.
    sungguh indah suasana islamic dan ketuhanan yg diperjuangkan abuya dan jemaah.
    Semoga rohnya disamping para solihin dan dirahmati Allah.amin

      1. btul,kump ni d sesatkan oleh Fatwa Majlis Agama tp’PELIK’nye org2 depa x pernah d tangkap /d bicarakan d kamar mahkamah,malah kump ni yg sekarang bkembang biak bisnessnye d luarnegara..yeah d mane2 saja ade.terbaru depa buka bisness d Jarash,Jordan..fuh mataam/restoran 3 tingkat.Qisra/Istana Lubnan namanye.katanye nak d tukar k nama k MATAAM TAMIM sempena guru mreka..aduhh siape yg biayai.angin2 tiup pulak,depa nak buka d Mekah pulak..

  3. Selamat kembali Abuya. Sepanjang hidupmu dan matimu diburu cemburu oleh musuhmu dek ilmu mereka yang cetek. Mereka tidak tahu ilmumu yang engkau tuntut dari seluruh pelusuk dunia tetapi mereka hanya menuntut sekadar sekalung ijazah namun engkau menuntut untuk mengamalkan islam secara syumul tanpa mengharap apa-apa ganjaran.jasamu akan dikenang setelah ketiadaanmu.Alfaatihah

  4. Pemergian mu meninggalkan legasi.
    Dengan semaraknya islam di bumi Malaysia tercinta.
    Membawa bersama cita nan murni.
    Agar bermula kebangkitan Islam kali ke 2.

    Ku toleh ke pelusuk dunia.
    Mencari-cari pengganti mu.
    Untuk menterjemahkan isyarat Nabi kita.
    Kapankah ketemu orang yang dirindu.

    AGAR ISLAM KEMBALI MULIA.

  5. al fatihah buat abuya.
    semoga allah merahmati dan menempatkan
    beliau di kalangan orang yang beriman.

    semoga taubatnya diterima allah.
    stiap yang hidup pasti akan mati.
    cuma kita bila lagi…
    .-= sinagarimba´s last blog ..Juara Bola Sepak Piala Dunia Sudah Dijangka! =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!