Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Berjaya dengan Bisnes Tudung. Klik Sini

Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita! Klik Sini

Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita. Klik Sini[/box]

Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“, punyalah sabar tuan punya kereta yang aku langgar ini. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.

Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.

detail cdm25 peugeot

Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di facebook dan berbagai maklumbalas di kongsikan di sosial media oleh rakyat Malaysia. emuga tiada lagi pemandu yang mengulangi kesilapan gadis Peugeot CDM25 ini. Cik adik kereta Peugeot kalau di Perancis hanya kereta biasa je macam kereta Proton di Malaysia jadi jangan nak lebih ya!!

Berani Buat Berani Tanggung atau paling baik Mohon Maaf Kepada Malaysia sebelum PM Najib Razak bagi komen sebab KJ pun dah komen kat twitter tu.

[box]Berita terkini Gadis Peugeot CDM25

Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini [/box]

Pengajarannya sebab tu banyak ayat Al Quran dan hadis yg minta kita banyak bersabar terutama bila ada masalah. Bila tak sabar macam-macam akan berlaku yg menyebabkan macam-macam perkara lain akan berlaku. Gadis ini terpaksa menanggung akibat dari akhlak yg tidak baik dan dia juga bakal diambil tindakan oleh polis. Apa sahaja yg berlaku pasti ada hikmah kebaikan bukan sahaja pada beliau malah pada kita juga.


Spread the love

666 Comments

  1. Siapalah yang mahu kemalangan belaku? Sebab tu, bila tengok video ni, pak cik Sim Siak Hong dapat bertenang sahaja.

  2. Alhamdulillah…beliau sudah memohon maaf. Yalah kan, siapa yang tidak pernah buat salah, tetapi Allah paling suka orang yang buat salah dan segera bertaubat.

  3. cepat betul video gadis peugeot dcm25 ini menjadi viral di internet. Ramadhan yang menguji. ujian kesabaran adalah ujian yang tinggi

    1. pulak tu ramai sungguh researcher yang dapat mencari serta memaparkan maklumat lengkap tentang gadis peugeot dcm25

  4. Sy skong penuh..tul tu..kena sabaq ..ms bkn posa nie.dugaan allah kt kita..tp tk patut pompuan tu buek mn hilang skal .malu kt org…malu la ckit…pompuan p..got.

    1. Dalam bulan puasa, iblis dirantai tetapi masih ada yang terikut-ikut hasutan iblis. Mungkin sudah 11 bulan ilblis train kita. Saya tidak komen pada gadis itu sahaja, saya komen secara umum.

  5. Kamu telah memalukan,,menghina,,menjatuhkan maruah umat Islam seluruh Msia malah diserata dunia terutamanya dibulan Ramadhan yg mulia ini,,Apa pandangan Non Muslim terhadap tindakan kamu???
    Apa hak kami utk memaafkan kamu??? Kamu tk buat salah dgn kami pun!!! Kamu hanya bersalah kerana menjatuhkan keagungan Agama Islam dimata Nonmuslim!!!
    Kamu dah kawin ke belum?? kalau belum,,,bersedialah utk mjadi andaratu sbb,,Hanya lelaki kerja kat W/shop je yg berani meminang kamu!!! hehehe……

    1. ini lah yang terbaik. Kenapa Allah perlihatkan kepada kita kejadian sebegini? pasti ada hikmahnya. memaafkan adalah jalan yang terbaik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!