Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang pembentangan budget 2013 semakin ramai rakyat mengeloh dengan kenaikan harga barang yang menghimpit kehidupan. Ini pendapat peribadi walaupun siapa yang memerintah harga barang tidak akan dapat diturunkan seperti dahulu walaupun apa sahaja janji pilihanraya. Harga barang terutama harga komuditi ditentukan oleh pasaran dunia jadi kalau harga dipasaran dunia naik macam mana pulak harga di Malaysia nak diturunkan. Ada satu cara je boleh menurunkan harga iaitu SUBSIDI tetapi kalau dah semua subsidi pasti ekonomi negara akan runtuh melainkan kita menggunakan 100% sistem ekonomi Islam.
Apa kata kita tukar strategi daripada asyik memikirkan dan mengharapkan harga barang turun yang entahkan bila … mulai dari sekarang kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Sampai bila kita nak menadah tangan meminta simpati dengan janji-janji orang politik … kita mesti bangun membina ekonomi keluarga yang juga boleh dimanafaatkan kepada yang memerlukan seperti konsep Hidupkan Untuk Memberi.
Ramai yang sudah mencipta pendapatan secara online seperti Blogger ini dan Blogger ini. Apabila pendapatan sudah masuk pasti kelohan akan berkurangan kerana kebebasan kewangan dapat membantu ekonomi keluarga dan dapat menyumbang kepada insan lain untuk menambah keberkatan rezeki.
Selain mencari pendapatan tambahan secara online ramai juga yang menceburi bidang jual beli emas dan perak. Lihat sahaja harga emas terkini yang terus melonjak naik purata 20% setahun. Untuk menceburi bidang jual beli emas dan perak bukan perlu tunggu modal juta-juta, tak percaya tanya Blogger ini yang memang dah buat duit dengan pelaburan emas fizikal.
Ramai juga tanya macam mana nak melabur dalam emas dan perak ni. Ada bermacam-macam cara :
1. Buka akaun emas di bank-bank tempatan.
2. Simpan emas fizikal bila harga naik jual balik.
3. Trade saham emas beli ketika harga rendah dan jual bila harga naik. Kebanyakan syarikat luar negara yang sediakan perkhidmatan ini.
Aku lebih suka simpan emas fizikal. Tapi ada juga masalahnya. Kalau dulu ramai yang beli jongkong emas kemudian simpan di Ar Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tapi sekarang dah tak boleh. Ramai yang tersangkut tak tahu nak buat apa. Masa ini lah jerung-jerung emas ambil kesempatan dengan membeli gold bar pada harga yang rendah … kesian kepada yang terkena. Ada pulak yang membiarkan sehingga dilelong oleh Ar Rahnu. Kepada yang ada gold bar melebihi 100 gm bolehlah DM sebab ada kawan ni boleh ganti setiap gold bar kepada barang kemas dengan fee tertentu ikut berat.
Satu lagi masalah kalau nak simpan gold bar nak beli brand apa? Ini pandangan peribadi aku jangan pulak ada yang melompat marah heeee. Emas ini seperti matawang yang sepatutnya boleh digunakan dimana-mana di dunia apabila diperlukan. Ramai jemaah haji dari berbagai negara membawa emas dan perak untuk ditukarkan kepada Saudi Riyal di Money Changer di Mekah dan Madinah. Soalnya bolehkah jongkong emas dan perak tempatan ditukar di luar negara? Masalahnya di Malaysia jongkong emas dan perak keluaran syarikat XXX tidak diterima di syarikat YYY inikan pulak nak bawa keluar negara. Kalau kita beli jongkong emas dan perak di syarikat XXX makanya kita hanya boleh jual balik hanya ke syarikat XXX dan selalunya harga beli balik memanglah rendah. Sepertinya kita terperangkap dengan sistem syarikat tersebut.
Untuk itu aku lebih suka menyimpan gold bar dan silver bar brand antarabangsa yang diterima diseluruh dunia tanpa dipersoalkan ketulenan emas dan perak tersebut.
Kepada yang modal kecil boleh beli emas secara kecilan atau boleh juga simpan perak. Harga perak terkini pun boleh tahan terjangkau.
Sekarang aku tengah survey harga terkini platinum katanya akan jadi next trend juga.
Jadi ini semua sebahagian cara menambah pendapatan …. mulakan dari sekarang … sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semua Jutawan bermula dari seorang yang biasa. Entri Tips Menjadi Jutawan mungkin boleh memberi sedikit panduan pada kita semua. Selepas ini dah tak perlu mengeloh harga barang mahal dan tunggu pembentangan budget untuk dapat bonus sebaliknya kita sudah bebas dari belenggu himpitan kewangan dah tu pulak boleh membantu insan lain.
123 Comments
Saya lebih memilih barangan kemas berbanding dengan jongkong…
Tak kira sikit atau banyak baik ada dari tak ada. Bukan begitu tuan?
Curahan rasa daddydee @ ..Belanjawan 2013 : Pandangan Saya
Sya setuju….skang pun tengah wat survey2 nak wat pelaburan emas kat bank mana….@denaihati
Curahan rasa zack @ ..Sambal Terung Bakar
Majoriti bank tempatan ada sediakan pelaburan emas pilih je mana nak.
Emas merupakan alat tukar resmi waktu jaman rosululloh, uang emas juga harganya lebih stabil. sebagai contoh: pada jaman rosululloh kambing yang jantan harganya satu dinar, sekarang di Indonesia kambing yang bagus juga masih satu dinar skitar 1.7 jt rupiah
Bener banget mas bro tapi sekarang susah juga cari emas yang bagus dan asli 24 karat
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Menu Navigasi Breadcrumbs di Blogspot
Mantap la bro.. ramai yang pergunakan peluang di ar rahnu dulu untuk untuk atas angin secara mudah. Agak merugikan Bank Rakyat sebenarnya
Curahan rasa halif @ ..Alhamdulillah..Rezeki lagi
belum pernah berurusan dengan emas ni, thanks dengan info
Curahan rasa donnyien @ ..Manchester United vs Tottenham EPL 2012/13 Week#6
Saya pun belum pernah tuh…
Curahan rasa Dadan @ ..Hujan Bintang Akan Melanda Indonesia
Memang betul tu tuan DH.sy pun simpan emas & perak fizikal malah dealer jual emas perak fizikal lagi
Emas merupakan investasi yag paling aman untuk sekarang ini.
Sukses selalu
Salam Wisata
Curahan rasa ejawantahwisata @ ..SEBUAH ATMOSFIR DI TAMAN FATAHILLAH JAKARTA
kalau punya uang berlebih rasanya ingin investasi emas juga
Curahan rasa smp3lembang @ ..Forum Gemscool
Betul betul… memang kene usehe lebeh sket utk saving, x boleh mengharap subsidi kerajaan je… dah le sy keje gomen, gaji x banyak mane, tu yg terpakse work hard sikit utk invest n saving… Buat mase ni, tak mampu buat banyak sangat..dapatla simpan beberape keping emas fizikal, dgn bbrp biji rumah… Alhamdulillah…
Curahan rasa Nadot @ ..Bonus Penjawat Awam Sebulan Setengah Gaji dalam Bajet 2013 .. Alhamdulillah
jangan cuma mengaharapkan bonus, bonus bonus..usaha tingkatkan pendapatan sendiri, ada kepuasan pada potensi diri sendiri..:)
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Antara Intipati Menarik Bajet 2013
Rasanya tak perlu emas atau perak, barangan peribadi pun boleh buat duit tau.. Tak caye!! Check link kat sebelah…
Curahan rasa eXception @ ..Barangan Peribadi Untuk Di Lelong!! Bidaan Dibuka!!
mm i like gold )
Curahan rasa Andrey @ ..Что нам делать ?
investasi emas adalah peluang bisnis yg menjanjikan
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Cara Mengetahui NUPTK Melalui Web Browser NUPTK
pingin sih pak tapi belum punya uang
Curahan rasa smp3lembang @ ..Forum Gemscool
ooo kak ct ceburkan diri dalam perniagaan emas niekk..menarik betul lah..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop
Alhamdulillah, baru nak berjinak2 dengan emas ini….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Rahsia SEO Forblogger – Pemenang Utama Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
setuju dgn DH ..kita sendiri kena berusaha menjadi lebih baik …itu ajaran Islam
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Svalaya
Comments are closed.