Emas Dan Perak sumber income menampung kenaikan harga barang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang pembentangan budget 2013 semakin ramai rakyat mengeloh dengan kenaikan harga barang yang menghimpit kehidupan. Ini pendapat peribadi walaupun siapa yang memerintah harga barang tidak akan dapat diturunkan seperti dahulu walaupun apa sahaja janji pilihanraya. Harga barang terutama harga komuditi ditentukan oleh pasaran dunia jadi kalau harga dipasaran dunia naik macam mana pulak harga di Malaysia nak diturunkan. Ada satu cara je boleh menurunkan harga iaitu SUBSIDI tetapi kalau dah semua subsidi pasti ekonomi negara akan runtuh melainkan kita menggunakan 100% sistem ekonomi Islam.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Apa kata kita tukar strategi daripada asyik memikirkan dan mengharapkan harga barang turun yang entahkan bila … mulai dari sekarang kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Sampai bila kita nak menadah tangan meminta simpati dengan janji-janji orang politik … kita mesti bangun membina ekonomi keluarga yang juga boleh dimanafaatkan kepada yang memerlukan seperti konsep Hidupkan Untuk Memberi.

Ramai yang sudah mencipta pendapatan secara online seperti Blogger ini dan Blogger ini. Apabila pendapatan sudah masuk pasti kelohan akan berkurangan kerana kebebasan kewangan dapat membantu ekonomi keluarga dan dapat menyumbang kepada insan lain untuk menambah keberkatan rezeki.

Selain mencari pendapatan tambahan secara online ramai juga yang menceburi bidang jual beli emas dan perak. Lihat sahaja harga emas terkini yang terus melonjak naik purata 20% setahun. Untuk menceburi bidang jual beli emas dan perak bukan perlu tunggu modal juta-juta, tak percaya tanya Blogger ini yang memang dah buat duit dengan pelaburan emas fizikal.

Ramai juga tanya macam mana nak melabur dalam emas dan perak ni. Ada bermacam-macam cara :

1. Buka akaun emas di bank-bank tempatan.

2. Simpan emas fizikal bila harga naik jual balik.

3. Trade saham emas beli ketika harga rendah dan jual bila harga naik. Kebanyakan syarikat luar negara yang sediakan perkhidmatan ini.

Aku lebih suka simpan emas fizikal. Tapi ada juga masalahnya. Kalau dulu ramai yang beli jongkong emas kemudian simpan di Ar Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tapi sekarang dah tak boleh. Ramai yang tersangkut tak tahu nak buat apa. Masa ini lah jerung-jerung emas ambil kesempatan dengan membeli gold bar pada harga yang rendah … kesian kepada yang terkena. Ada pulak yang membiarkan sehingga dilelong oleh Ar Rahnu. Kepada yang ada gold bar melebihi 100 gm bolehlah DM sebab ada kawan ni boleh ganti setiap gold bar kepada barang kemas dengan fee tertentu ikut berat.

Satu lagi masalah kalau nak simpan gold bar nak beli brand apa? Ini pandangan peribadi aku jangan pulak ada yang melompat marah heeee. Emas ini seperti matawang yang sepatutnya boleh digunakan dimana-mana di dunia apabila diperlukan. Ramai jemaah haji dari berbagai negara membawa emas dan perak untuk ditukarkan kepada Saudi Riyal di Money Changer di Mekah dan Madinah. Soalnya bolehkah jongkong emas dan perak tempatan ditukar di luar negara? Masalahnya di Malaysia jongkong emas dan perak keluaran syarikat XXX tidak diterima di syarikat YYY inikan pulak nak bawa keluar negara. Kalau kita beli jongkong emas dan perak di syarikat XXX makanya kita hanya boleh jual balik hanya ke syarikat XXX dan selalunya harga beli balik memanglah rendah. Sepertinya kita terperangkap dengan sistem syarikat tersebut.

Untuk itu aku lebih suka menyimpan gold bar dan silver bar brand antarabangsa yang diterima diseluruh dunia tanpa dipersoalkan ketulenan emas dan perak tersebut.

Kepada yang modal kecil boleh beli emas secara kecilan atau boleh juga simpan perak. Harga perak terkini pun boleh tahan terjangkau.

Sekarang aku tengah survey harga terkini platinum katanya akan jadi next trend juga.

Jadi ini semua sebahagian cara menambah pendapatan …. mulakan dari sekarang … sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semua Jutawan bermula dari seorang yang biasa. Entri Tips Menjadi Jutawan mungkin boleh memberi sedikit panduan pada kita semua. Selepas ini dah tak perlu mengeloh harga barang mahal dan tunggu pembentangan budget untuk dapat bonus sebaliknya kita sudah bebas dari belenggu himpitan kewangan dah tu pulak boleh membantu insan lain.


Spread the love

123 Comments

  1. “Maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu pada hari dibakar emas perak dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya di dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka, Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab daripada apa yang kamu simpan diri kamu sendiri ” … untuk peringatan kita bersama… selamat maju jaya..
    Curahan rasa fandyzblog @ ..Berkongsi Isteri dengan adikMy Profile

  2. Kalau seorang penjawat awam yang dah ada kerja tetap mempunyai RM20,000. Nak pilih bisnes online atau beli emas fizikal (barang kemas atau bar).

    Bagi saya lebih baik beli emas. Sebab ia mempunyai risiko yang rendah. Kerana selepas 10 tahun. berniaga online belum pasti lagi.. kerana penjawat awam sibuk dgn kerja kerana tranformasi sedang berlaku dalam jabatan. Kalau emas lemas 10 tahun tak pasti nilainya berapa.. boleh jual dan buat pegi haji… ~ sekadar pendapat.
    Curahan rasa hisham @ ..Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan UmatMy Profile

    1. Uang kertas dan logam yang kita pegang saat ini sebatas uang-uangan yang tidak bernilai riil. Jika emas dan perak dipakai sebagai alat tukar maka barang-barang akan menyesuaikan harganya, bukan uang yang menyesuaikan nilainya. Tidak ada inflasi gila-gilaan lagi, tidak ada lagi perampok nilai uang kita lagi, tidak ada lagi uang sobek tidak laku dan tidak ada lagi uang kadaluwarsa tidak laku.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Pemilik Klub Sepakbola Terkaya di DuniaMy Profile

        1. Emas dan perak inilah yang sampai saat ini terus berupaya direbut dan ditimbun oleh Konspirasi Internasional dari tangan seluruh warga dunia, agar emas dan perak seluruh dunia berada di tangan mereka dan di tangan yang tidak tahu hanyalah selembar kertas tidak berharga yang dipakai sebagai alat transaksi.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Inbox Awards 2012My Profile

            1. Di sisi lain dari harga, perak jauh lebih terjangkau dibandingkan dengan emas yang mahal. Dengan mengkoleksi perak ini bisa jadi ajang yang menjanjikan karena Nico meyakini di suatu saat akan terjadi kepanikan di mana orang-oarang akan mencari perak karena pada suatu saat nanti stoknya akan terbatas bahkan cenderung habis.

              “Jadi kalau anda ingin kaya, jangan beli saham. Cukup beli emas dan perak saja, begitu yang tertulis.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Inbox Awards 2012My Profile

  3. Di Indonesia para pelabur emas banyak Membeli emas dengan sistem Gadai Syariah (Gadai Emas), yaitu membeli emas dan kemudian digadaikan kepada bank syariah

    1. Teknik ini juga bagus dan dapat digunakan untuk membeli emas dengan harga murah, karena menggunakan sistem syariah. Setiap bulannya anda hanya dikenakan biaya untuk penyimpanan emas yang besarnya sekitar 1% per bulan, tetapi mengingat harga emas yang terus naik maka biaya tersebut tidak terlalu berarti.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!