Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang pembentangan budget 2013 semakin ramai rakyat mengeloh dengan kenaikan harga barang yang menghimpit kehidupan. Ini pendapat peribadi walaupun siapa yang memerintah harga barang tidak akan dapat diturunkan seperti dahulu walaupun apa sahaja janji pilihanraya. Harga barang terutama harga komuditi ditentukan oleh pasaran dunia jadi kalau harga dipasaran dunia naik macam mana pulak harga di Malaysia nak diturunkan. Ada satu cara je boleh menurunkan harga iaitu SUBSIDI tetapi kalau dah semua subsidi pasti ekonomi negara akan runtuh melainkan kita menggunakan 100% sistem ekonomi Islam.
Apa kata kita tukar strategi daripada asyik memikirkan dan mengharapkan harga barang turun yang entahkan bila … mulai dari sekarang kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Sampai bila kita nak menadah tangan meminta simpati dengan janji-janji orang politik … kita mesti bangun membina ekonomi keluarga yang juga boleh dimanafaatkan kepada yang memerlukan seperti konsep Hidupkan Untuk Memberi.
Ramai yang sudah mencipta pendapatan secara online seperti Blogger ini dan Blogger ini. Apabila pendapatan sudah masuk pasti kelohan akan berkurangan kerana kebebasan kewangan dapat membantu ekonomi keluarga dan dapat menyumbang kepada insan lain untuk menambah keberkatan rezeki.
Selain mencari pendapatan tambahan secara online ramai juga yang menceburi bidang jual beli emas dan perak. Lihat sahaja harga emas terkini yang terus melonjak naik purata 20% setahun. Untuk menceburi bidang jual beli emas dan perak bukan perlu tunggu modal juta-juta, tak percaya tanya Blogger ini yang memang dah buat duit dengan pelaburan emas fizikal.
Ramai juga tanya macam mana nak melabur dalam emas dan perak ni. Ada bermacam-macam cara :
1. Buka akaun emas di bank-bank tempatan.
2. Simpan emas fizikal bila harga naik jual balik.
3. Trade saham emas beli ketika harga rendah dan jual bila harga naik. Kebanyakan syarikat luar negara yang sediakan perkhidmatan ini.
Aku lebih suka simpan emas fizikal. Tapi ada juga masalahnya. Kalau dulu ramai yang beli jongkong emas kemudian simpan di Ar Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tapi sekarang dah tak boleh. Ramai yang tersangkut tak tahu nak buat apa. Masa ini lah jerung-jerung emas ambil kesempatan dengan membeli gold bar pada harga yang rendah … kesian kepada yang terkena. Ada pulak yang membiarkan sehingga dilelong oleh Ar Rahnu. Kepada yang ada gold bar melebihi 100 gm bolehlah DM sebab ada kawan ni boleh ganti setiap gold bar kepada barang kemas dengan fee tertentu ikut berat.
Satu lagi masalah kalau nak simpan gold bar nak beli brand apa? Ini pandangan peribadi aku jangan pulak ada yang melompat marah heeee. Emas ini seperti matawang yang sepatutnya boleh digunakan dimana-mana di dunia apabila diperlukan. Ramai jemaah haji dari berbagai negara membawa emas dan perak untuk ditukarkan kepada Saudi Riyal di Money Changer di Mekah dan Madinah. Soalnya bolehkah jongkong emas dan perak tempatan ditukar di luar negara? Masalahnya di Malaysia jongkong emas dan perak keluaran syarikat XXX tidak diterima di syarikat YYY inikan pulak nak bawa keluar negara. Kalau kita beli jongkong emas dan perak di syarikat XXX makanya kita hanya boleh jual balik hanya ke syarikat XXX dan selalunya harga beli balik memanglah rendah. Sepertinya kita terperangkap dengan sistem syarikat tersebut.
Untuk itu aku lebih suka menyimpan gold bar dan silver bar brand antarabangsa yang diterima diseluruh dunia tanpa dipersoalkan ketulenan emas dan perak tersebut.
Kepada yang modal kecil boleh beli emas secara kecilan atau boleh juga simpan perak. Harga perak terkini pun boleh tahan terjangkau.
Sekarang aku tengah survey harga terkini platinum katanya akan jadi next trend juga.
Jadi ini semua sebahagian cara menambah pendapatan …. mulakan dari sekarang … sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semua Jutawan bermula dari seorang yang biasa. Entri Tips Menjadi Jutawan mungkin boleh memberi sedikit panduan pada kita semua. Selepas ini dah tak perlu mengeloh harga barang mahal dan tunggu pembentangan budget untuk dapat bonus sebaliknya kita sudah bebas dari belenggu himpitan kewangan dah tu pulak boleh membantu insan lain.
123 Comments
DH kena buat entri ttg bagaimana nak melabur dgn emas dan perak ini supaya dpt memberi keuntungan yg berlipat kali ganda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Emas dan perak adalah pelaburan yg menguntungkan, tidak spt lain2 pelaburan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
mantap sob, ditunggu artikel berikutnya sob.
Curahan rasa Trica Jus mengobati penyakit secara herbal @ ..Trica Jus
bagaimana nak melabur emas & perak ek…? bank mana yang sesuai..?
Curahan rasa zack @ ..Resepi sotong kembang (rendam)
hrus bnyak2 beli emas untuk investasi masa depan ni,,,
Curahan rasa sanskyheaven @ ..Kenapa Daging Anjing Diharamkan
Misi mencari cincin perkahwinan…..
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Bayar Tol – Budaya Perkahwinan Masyarakat Johor
Harga emas semakin membumbung, dan bila telah mempunyai simpanan emas maka bisa jadi sumber income bila suatu saat membutuhkannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Info Pengumuman Kelulusan CPNS 2012
Emas dan perak sepatutnya jadi matawang utama. Pasti tiada lagi keluhan harga barang naik.
belum pndai melabur emas lg… simpanan brg kemas sikit2 tu ade le 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Hanif Idrus Segmen Menerjah
blogwalkin gan, kunjungan balik ya
Curahan rasa testimoni penggunga obat penyakit ace maxs @ ..Obat Penyakit Keputihan
Baru nurul tahu pasal jongkong emas.. ade bermacam macam jenis rupanya.. Ingatkan ade satu jer.. tambah lagi ilmu pengetahuan Nurul.. Tq DH.. 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..Selamat Berhari Isnin
tu la saya pun dah mula ceburkan diri dalam pembelian emas.. emas tak ditelan inflasi.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)
Keuntungan dikira dari harga beli yang rendah dan ditolak dengan harga jualan. Semestinya hari belian mesti rendah (dengan banyak) dari harga jualan.
Curahan rasa Rem @ ..Budget 2013 – Penjimatan Cukai RM1,000
Sekarang ada banyak penjual emas yang menjual secara fisikal. Bank pun ada menjual secara fisikal dan buku. Berminat juga cuma akan masuk bila harga jatuh dengan banyak
Curahan rasa Rem @ ..Budget 2013 – Penjimatan Cukai RM1,000
Pantesan juga ya banyak banget yang cari emas untuk disimpan
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERP
Comments are closed.