FOREX bakal digempur

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya aku kenapa tak terlibat dengan jual beli matawang atau FOREX. Aku tahu FOREX ini adalah salah satu cabang pelaburan yang boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda. Trader yang pandai bermain FOREX boleh membuat keuntungan diluar budaya keuntungan pelaburan yang biasa orang biasa fikirkan. Kita biasa dengan keuntungan 10% setahun jika lebih maka dikatakan skim cepat kaya seperti kisah lebai 200juta Ustaz Harun yang bawa duit melalui syarikat Dina Group Sdn Bhd. FOREX juga seperti Bursa Saham jika pandai bermain pasti boleh membawa keuntungan beratus kali ganda.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Aku memang tahu FOREX boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda tetapi tidak pernah ada minat nak buat atas banyak sebab. Aku memang tidak mahir bermain dengan jual beli FOREX yang sangat sensitif turun naiknya yang telah mengakibat ramai teman-teman kehilangan ratusan ribu ringgit. Mengikut hukum syarak perniagaan FOREX adalah HARUS tapi yang jadi masalah pemain dan broker FOREX lebih suka menaja investor baru yang kurang faham dengan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa menerangkan risiko tinggi yang menunggu mereka. Terdapat juga broker FOREX yang mencipta platform internet sendiri daripada menggunakan platform online yang diiktiraf di peringkat antrabangsa dan akhirnya tidak dapat diuruskan dan menanggung kerugian atau dengan segaja melarikan wang pelabur.

Pak cik kayo pak cik kayo

Tak apa lah kalau ada yang kata bodoh aku kerana tak ikut serta dalam jual beli FOREX kerana aku lebih suka dengan pelaburan ekuiti, harta tanah, venture capital dan pelaburan pertanian serta sedikit pelaburan gold yang risikonya lebih terurus. Semua pelaburan pasti ada risikonya samada kecil atau besar tak menentu. Rasanya selepas ini pasti akan ada masalah dengan urus niaga FOREX yang sememangnya dilarang di Malaysia.

Petikan dari Harian Metro : “Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet. Penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex. Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa. “Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan. “Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” . Melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak. Namun  ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik. “Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,”


Spread the love