Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beza orang yang berjaya dengan yang tidak berjaya sangat jelas. Orang berjaya sentiasa berfikiran positif dan melihat budget 2013 sebagai peluang manakala orang tidak berjaya akan terus mencari kesalahan. Orang politik pembangkang pastilah akan terus membangkang dan politik menyokong akan terus menyokong. Kita pula mesti pandai mencari peluang.
Banyak insentif budget 2013 yang menarik untuk kita ambil kesempatan. Paling baik kalau kita dapatkan laporan budget 2013 dan baca secara detail bahagian-bahagian yang boleh memberi faedah secara maksima mengikut aliran minat kita. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang akan mengambil laporan budget 2013 dan selebihnya akan komplen sana komplen sini melebihi pakar ekonomi hebat.
Ada yang tanya apa yang Blogger dapat daripada budget 2013 .. macam tak de sahaja.
Budget 2013 memang banyak yang menarik untuk Rakan Blogger samada secara direct atau indirect. Antaranya
1. Bonus untuk Penjawat Awam sebanyak satu bulan setengah yang dibayar 3 kali Aidilfitri 2012, Disember 2012 dan Januari 2013.
2. BR1M 2.0 RM500 untuk ketua isirumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000. Cara tuntutan BR1M 2.0 masih sama dengan BR1M.
3. Bantuan persekolahan RM100 seorang untuk anak-anak yang bersekolah.
4. Boucar buku RM250 untuk Pelajar Pengajian Tinggi dinaikan RM50 berbanding dengan budget 2012.
5. Rebet hutang PTPTN diskaun sebanyak 20% dan 10% untuk pembayar yang membayar secara konsisten.
6. Diskaun 50% tambang komuter untuk yang berpendapatan kurang RM3,000.
7. Kelayakan pembayar cukai dikurangkan 1 mata dan ini akan mengeluarkan ramai daripada kelayakan pembayar cukai pendapatan. Ini secara tak lansung akan meningkatkan jumlah pendapatan yang diperolehi.
8. Kelayakan Skim Rumah Pertama dinaikan kepada RM5,000 dan syarat simpanan 3 bulan dan bekerja enam bulan dihapuskan.
9. Pembinaan 123,000 rumah mampu milik kepada yang layak.
10. Insentif RM1000 untuk usahawan online wanita.
11. Geran khas untuk usahawan muda ICT dan Yayasan yang membantu melatih usahawan muda ICT.
12. Rebet RM200 smartphone 3G kepada belia berusia 21 – 30 tahun dengan gaji kurang RM3,000. Ini peluang yang baik kepada belia memaksimakan penggunaan smartphone untuk menghasilkan pendapatan sampingan seperti monitor saham BSKL, live blogging, monitor harga emas dan perak, monitor bisnis online dan sebagainya. Rugi sangat akau tak dapat insentif ini.
Banyak lagi insentif daripada budget 2013 cuma ingat semuanya tidak akan datang bergolek depan pintu mesti ada usaha untuk mendapatkannya. Kepada yang mengeloh barang mahal perlu rajin pergi membeli belah di Kedai 1 Malaysia. Kepada yang nak mendapat rawatan yang murah kenalah mendapat rawatan murah di Klinik 1 Malaysia.
Paling aku suka pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen. Aku yang dah bertahun-tahun lebih suka minum black tea dan black coffee memang tak terkesan dengan pengurangan subsidi ini. Lagi pun kadar penyakit Diabetis di Malaysia semakin meningkat pasti Dr. Fatin Liyana menyokong pengurangan subsidi gula untuk kesihatan.
Aku sebagai seorang usahawan kecilan yang minat dalam bidang pelaburan, budget 2013 memang menarik kerana Kerajaan banyak fokus dalam industri sekuriti. Pasti semakin banyak peluang IPO yang berkualiti untuk tahun 2013 seperti penyenaraian IPO Felda, IHH dan Astro untuk tahun 2012. Cuma aku dan Blogger ini dan Blogger ini kena merancang semula bisnis property setelah tax 15% dan 10% dikekalkan untuk pelupusan property sebelum 5 tahun.
Secara keseluruhan sebagai Blogger apa yang diharapkan adalah Malaysia yang aman damai dan ekonomi yang terus meningkat hasilnya pasti Rakan Blogger akan semakin banyak menerima tempahan iklan daripada syarikat.
Seperti entri sebelum ini jangan sangat mengharap insentif yang lebih penting kita mencipta pendapatan sampingan untuk menampung kadar kehidupan yang semakin meningkat. Paling penting JANGAN hidup lebih daripada kemampuan.
144 Comments
Penghitungan budget memang perlu diperhatikan dengan baik pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kandungan Manfaat Kolostrum ASI
Ekonomi yang baik boleh boleh mengamankan negara.. semoga budget ni dpat membantu goleongan yang susuh
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Tips for Hassle Free Business Travel
setuju, memberi dan membantu yang lemah
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Semoga perekonomian semakin membaik dan keuangan negara juga membaik
Curahan rasa Metrolisa @ ..Berkunjung Ke Negara Bebas Visa
Datuk Najib mana pernah fikir tentang swasta. Memang sudah beberapa tahun sudah lalut, tetapi masih tidak ada satu undang- undang untuk gaji swasta, Bonus. Najih Sayang pekerja Kerajaan yang Goyang Kaki dan Gaji Buta,
Susah nak membuat semua orang berpuashati.
Bagi saya ada yang diterima dan ada yang masih samar2.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..BAJET 2013 | “MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI”
Penat bace komen banyak pihak kutuk2 bajet 2013 ni dalam fb… Ade je yg x kene… Yg banyak kutuk2 tu, tatau la diorang ade initiatif lain tak nak memajukan diri sndiri & tambah pendapatan… ke…komen je banyak tp takde ape… huuhu
Curahan rasa Nadot @ ..Sebab mengapa blog jarang diupdate
Comments are closed.