Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Spread the love

Salam 1Malaysia, pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

[ad#Adsense234x60]

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.

Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

@Info dari Hanisah : Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh cuba semak dengan telefon bimbit anda: Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888. Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.

[ad#Adsense234x60]

Singgah juga ke entri paling POPULAR di Denaihati.com :

[ad#Yieldads]


Spread the love

418 Comments

    1. @bluecrystaldude, nope, yg kat oldtown tu bkn dari JAKIM. but, oldtown is very strict at cleanliness & all that which is required in halal. come on la, kdai makan melayu pun tak bersih la, klu btul2 JAKIM check pun fail jugak. aku pelik la kan ape yg JAKIM nak buat skang ni… nak sibuk2 sgt ngan kopitiam. yg ade2 yg lain tu, yg mlayu jage tu pun kdg2 melecet gak. 🙄

      1. Jgn salah sangka, bukan semua yang bersih itu halal dan bukan semua yang halal itu toyyib (baik). Contohnya walaupun sebersih mana pun premis tersebut tidak semestinya ayam yang yang disediakan disembelih dengan sah (oleh orang Islam, membaca Bismillah, putus urat marih, dan mati sebab sembelihan itu). Halal bukan sahaja kerana tidak menghidangkan anjing, babi, bangkai atau arak. Ia lebih dari itu – perlu penjelasan yang lebih dari yang lebih arif. kebersihan premis tidak menjadikan yang haram itu halal dan yang bangkai itu suci (walaupun tukang masak ala-ala Melayu) Lagipun JAKIM cuma terlibat dari segi penggredan dan logo halal. Kebersihan premis dipantau oleh Jabatan Kesihatan dan PBT.
        – cuma bagi pandangan 😎

        1. @xhajibx, ok…aku terime. cume terlalu tak jelas cara pemantauan diorang. buatkan kite confius… & macam terlalu fokus kat kopitiam walhal kedai makan or cafe/bistro byk lg yang diragui statusnye. kenapa hghlite kopitiam jek yang pada aku agak terlebih. ade ape disebaliknye? aku rase byk lg tempat makan ( yg ant halal/takhalal tu) cam tak dihiraukan pun. membuatkan lebih rsmsi yg konfius kan & consumer pun cam konfiden je makan kat tempat yg tak di highlite kan itu…mybe trend skrg kopitiam,,sbb tu kopitiam kene dulu. tp penguatkuasaan, tindakan yg sgt tak jelas, tak mantap. yg kene dulu oldtown sbb itu yg plg famos.. macam tak kene lah…

      2. @yienyinying, halal bukan dari segi kebersihan tapi.. sumber makanan tu daripada yang haram contohnya : lemak haiwan, xsemestinya babi mungkin dari kura-kura, katak, atau yang xdisembelih cara islam.

        Ada cafe yg halal spt Secret Recipe walaupun mahal la dari kopitiam yg xder sijil halal jakim.. ala kfc,mc d, pizza hut pun ada apply halal jakim why not? apply je la…

    2. @bluecrystaldude, kalau ada sijil halal ok la 2..mmg terbukti halal la kot..jgn plak diorg beli je sijil 2

  1. nampaknyer.isu tanda halal ni orng buat main2 jerr…samalah2 kita saling memperingati 😛

        1. @sueella, 2 la yg bahaya skrg..kadang2 kta sbg pengguna jd ragu2 ttg tnda halal yg dipamerkan..skrg teknologi smkin canggih, apa2 pun boleh dibuat asalkan ada duit

  2. tq for sharing…alhamdulillah..seb baik terbaca blog ni..ngat kan nak gi kopitiam dah lunch ni…huhu..

  3. pelik ngan org yang xamik kesah.still buat bodo p makan kat old town n other kopitiam yg sewaktu dgnnye.bukan nye sedap sgt pon.bile bab kalimah Allah punye la bising.tp bile bab nak melantak buat bodo je.

    1. @linda, erm 2 la org kta..time mkn x plak bising pasal halal ke haram..yg diorg thu makan sdap..x penah plak msuk kopitiam

      1. teringat sifu dulu ada kata masa kursus NDO di Putrajaya;
        “org kita memang payah nak berubah fikiran sebab fikiran dan minda (keupayaan otak utk berfikir & menaakul) sudah terlalu lama dijajah dari zaman british dulu hingga kini… sudah berapa generasi tu…. memang payah utk mengubah tabiat & mind set dalam apa juga perkara/ hal. di satu sudut, secara purata org melayu yg dia tau haram hanya 2 perkara : b@b! & arak. itu je. betul x?”.
        astagfirullah…

  4. adoi… mcm2.. nasib baik la akiu ni jenis makan masakan umah kalo x… abes badan aku sbb mkn bende x halal… 😡

    1. @Wonderwiess, yup lebih baik mcm 2..jalan selamat dr sume ni blik mkn kt umah je..hbs cter

  5. aku ade terbaca kt blog mana ntah dulu, die ckp old town ade jual makanan berunsurkan babi.. tp kat sesetengah branch je.. ntah, aku pon tak pasti.. tak penah lepak tempat2 camtu.. kedai mamak je salu lepak..
    .-= Anarm´s last blog ..Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex =-.

    1. @Anarm, oo yeke..oldtown ni kn org cina punya kalau x silap..kalau nk g sana kena pastikan btl2 la

  6. salam semua..
    terpanggil lak rase nk bagi komen..
    saya setuju dgn pendapat mr kiss..
    sepatutnya jakim kena bertindak dulu.. tarik semua logo halal yg x sepatutnya ada tu.. dgr kate ade byk syarikat yg boleh keluarkan sijil halal.. ape semua ni.. ini baru isu kopitiam..
    belum lagi isu ingridient makanan yg sentiasa diragui seperti pengawet dan pewarna makanan.. dalam blog jakim sendiri ade percanggahan.. contohnya E110.. ade yang mengatakan halal dan ada yg sebaliknya.. isu halal dan haram sepatutnya x jd sampai teruk camni… ade gak produk melayu yang tiada tanda halal dr jakim.. cmne crite lak tu???
    patutkah pengguna dipersalahkan.. sape yang nk tanggung dosa org2 yg dh bertahun minum kt kopitiam cmtu.. so.. kita sendiri jgnlah plak nk duk tggu jakim wat keje.. senang crite, masak n wat kopi sendiri … habis crite.. anyway,, thanks 4 d info..

    1. @lalas, setiap manusia ada tanggungjawab ke atas dirinya sendiri bayangkan di kemboja atau kebanyakan negara bukan Islam mereka juga tiada badan yang bernama JAKIM dan itu bukan tiket untuk mereka makan benda yg tak perlu mereka makan. di akhirat kelak penguasa akan ditanya dan kita senagai diri sendiri juga pasti akan ditanya juga.

  7. salam…yer…mmg benar apa yg diperkatakan…

    saudara saudari sekalian…pengesahan halal ini telah di subkan kepada beberapa syarikat…
    yang peliknya, setahu saya Status halal hanya di keluarkan jakim… dan saya pasti jakim tahu…dah keluar kenyataan bhawa 2 kopitiam shaja dpat sijil Halal Jakim sah… tetapi apa tindakan jakim…
    “jangan keliru”… pelik x badan Kerajaan Jakim nie?

    mungkin ada saudara atau saudari telah nampak benda nie…saya sebagai pengguna x fahamlah…

    saya rasa bubarkan jakim nie… senaang..

    isu x cukup staf, x cukup pemantauan x boleh diterima..

    jika nak betul2 nak di segani, buat betul2…

    saya bukan ustaz, tapi inilah…
    bab agama yang dipolitikkan oleh orang beragama..

    common bro..jgn nak nasihat org, tapi anak sendiri makan minum kat kopitiam..

    co cina ker, melayu ker..mmg depa nak untung…

    la nie gov sibuk2 pasal halal…

    apa yg jakim buat.. keluar kenyataan “jgn terkeliru” hanya dua kopitiam dapat status halal?

    saya boleh katakan benda ini isu bodoh!!

    kita di bodohkan oleh badan berwajib jakim..

    Halal tu wajib untuk org islam…

    saya menyokong mana2 pihak yg memperjuangkan agama tanpa campur adukkan dgn politik atau sebagainya…

    sellangor telah bertindak, itu yg terbaru saya dengar….

    SO JAKIM….BUAT KERJA…

    CARANYA MUDAH..
    BATALKAN SEMUA SIJIL SEDIA ADA, ARAHKAN SEMUA PIHAK/ PENIAGA APPLY SIJIL HALAL BARU BERKUAT KUASA SERTA MERTA…BAGI TEMPOH 2 BULAN, X PAYAH NAK TUNGGU SETAHUN..

    KUAT KUASAKAN UNDANG2…DI MANA MANA2 SYARIKAT 100% BUMIPUTRA ISLAM LAIN SYARATNYA..
    JIKA ADA SYKT SDN.BHD. BERCAMPUR BUMIPUTRA ISLAM&NON MUSLIM-PENGUATKUASAAN 100%, MINTA DEPOSIT CAGARAN SIJIL RM20K KE ATAS SETIAP BRANCH CAWANGAN YG MEREKA BUKA…

    SO DAPATLAH KITA BENDUNG MASALAH INI..

    KERJASAMA SEMUA JABATAN…

    PRODUK2 LUAR MESTI DAPATKAN DULU STATUS HALAL, DAN PRODUK MEREKA DI WALLKAN DALAM LAMAN WEB SAH JAKIM…

    SUSAHKER NAK BUAT?

    PAKAR IT BERSEPAH KAT MALAYSIA…

    GUNALAH…

    “AKU X SUKA SEMAK, TAPI PALING AKU X SUKA ORG YG SAJA2 BUAT SEMAK, TAPI FAHAM, TAHU, AKUR!!

    KORANG BELAJARLAH SAMPAI INSTITUSI AGAMA TERBAIK ISLAM KAT DUNIA NIE TP X BOLEH NAK FIKIR…BAIK X PAYAH BERANGAN NAK JADI MENTERI KER, USTAZ KER APA KER…
    BAIK JADI MCM AKU…

    AKU BUKAN USTAZ ATAU ORG KUAT AGAMA..

    TAPI AKU WAJIB BAGI TAU KAT DIRI AKU ATAU GOLONGAN AGAMA NIE…

    “JGN CELIK TAPI BUTA”
    “BAIK BUTA TP CELIK”

    SO FIKIR2LAH…

    NAK KOMEN AKU..OPEN…

    KOMEN LAH…

    sebab jawapan yg keluar tu nanti mmg boleh aku sendiri duga..korang pun boleh duga…

    nak komen aku. haah email jer kat sini: kfmt.norkissty@gmail.com…kadang2 aku suka baca… kalau sempat aku balas..

    x payah nak ber blog2..sama jer…

    nanti bila aku lepak kat kopitiam mana2 aku snap kan pic kedai tu…

    best sikit…

    jakim nak keluar senarai kopitiam pun payah…

    bayangkanlah saudara dan saudari sekalian…

    nak suruh kita buat…mmg berjanggutlah… tok imam dan tok kadi pun malas…

    “lupikir lah sendiri”

    sedarlah aku dan kamu2 nie sedang di permain2kan oleh badan2 nie…

    buat semak jer

    1. @kiss, cadangan ni agak menarik cuma kita kena ingat kuasa agama ini adalah kuasa negeri jadi apa yang dibuat oleh negeri Selangor adalah betul berdasarkan kuasa yg mereka ada.

  8. salam.
    kenapa bila benda mcm ni arises, kena bezakan kaum? mkn saja di kedai orang islam. kalau was2, x pyh la pergi dah ke kedai tersebut. kopitiam bermaksud kedai kopi dlm satu dialek cina. jgn diskriminasi.

    1. @qtrun, x timbul soal diskriminasi di sini bg mieran..isu halal ke x ni bkn perkara remeh bg org islam

  9. em camne ngan pak ali kopitiam shah alam tu eh? rasanya mmg malay dah tu..org yg dtg pun majoriti malay..huhu
    .-= Roslan´s last blog ..Sebab Apa Aku Malas Menulis? =-.

    1. @Roslan, try la check ngan pak ali 2 sdri..huhuh..x sure gak org melayu tp x thu la ada sijil halal ke x

  10. dua aje yang ade sijil halal?
    ish.. ish..
    itu baru kopitiam.
    belom check kedai mamak yang berlambak-lambak tu.
    tengok je pakai songkok, letak kalimah Allah & Muhammad belom tentu owner dan pekerjanya Islam dan kedainya Halal.
    baik berhati-hati.
    .-= dr.aku.la´s last blog ..Login Facebook Dapat RM100 =-.

    1. @dr.aku.la, aah ckp pasal kedai mamak ni..mieran pn salu lepak kdai mamak..x penah terpk plak pasal sijil halal

  11. kelas ape jadahnye
    then skrg yg oldtown pkai logo halal tu , illegal la ?
    then JAKIM tak bole buat apa2 ke ?
    nak tunggu apa lagi ?
    da beratus kdai oldtown kat malaysia ni , kat jalan kuching je ade dua tiga .

            1. @sid, tp kan sume kopitiam ke x halal?ada irg ckp kopitiam kt bangi owner dia melayu

      1. @mieran,
        sedap tak ?
        klau sdap , halal la kot .
        hehe takla .
        kalau dah diyakini ownernya melayu , dan barang2 yg digunakan pun takde yg haram , insyaALLAH halal kan ?

        1. @sid, erm kalau tgok kn pengunjung yg pg ke kopitiam 2 mmg ramai..mmg owner dia melayu la..hope la halal

  12. Hairan, hairan…. kenapa la umat Islam masih makan kat Kopitiam yang tak ada sjil halal atau ada logo halal yang meragui.

    Kat tempat aku, ada Old Town punya la ramai orang Islam makan kat sana… depa tu tak ambik kisah langsung. Yang sedihnya pekerja melayu tu pun sama bersubahat. Tak ada tempat lain ke nak kerja.

    Tepuk dada tanya selera… tu yang masalahnya. Buat-buat tak tahu kat kopitiam tu boleh diragui halalnya. Dah tu bangga makan kat Kopitiam… ada kelas le katakan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!