Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Aziah Yunus seorang kakak yang banyak memberi motivasi ketika aku mula menjejaki kaki di UKM. Beliau kawin awal selepas mendapat ijazah sarjana muda dietitian dan terus hilang daripada radar kehidupan. Di takdirkan ALLAH kami bertemu semula di dunia siber tetapi belum ada rezeki bertemu secara fizikal walaupun duduk selang tiga baris dalam pesawat sekembali dari Saudi. Rupanya sekarang beliau sudah jadi Kaunselor berdaftar dan paling menarik jadi Human Inspirator. Aku pun nak menjadi human inspirator … kalau boleh.
Ini kisah Kakak Aziah semasa mengerjakan haji baru-baru ini …
Waktu mula sampai ke Mekah dan selepas melakukan Tawaf quddum, dalam solat sunat saya memohon banyak doa dari Allah. Antaranya memohon agar diri diberi kesempatan membantu orang semasa menunaikan haji ini.
Alhamdulillah banyak peluang yang Allah beri untuk membantu orang. Tetapi ada satu peristiwa yang sangat menyentuh hati ini.
Setelah berbincang dengan suami di Mekah, suami mengambil keputusan untuk membuat Nafar awal. Nafar awal bermakna kami akan beredar awal meninggalkan Mina. Bermalam hanya 2 malam dan melontar dua hari iaitu 11 dan 12 Zulhijjah. Kemudian kami akan terus pulang ke Mekah untuk melengkapkan rukun haji.
Beberapa hari sebelumnya telah diberitahu ketua rombongan bahawa jemaah yang ingin melakukan Nafar awal akan pergi melontar pagi selepas subuh kerana bas akan sampai untuk membawa kami pulang ke Mekah jam 8 pagi nanti. Jemaah yang lain akan melontar pada jam 10 malam sebagaimana yang telah diaturkan oleh pihak Tabung Haji bagi kumpulan kami.
Hampir 120 orang daripada lebih 400 orang Jemaah kumpulan kami mengambil keputusan untuk membuat Nafar awal. Pada pagi tanggal 12 Zulhijjah, sebaik selepas subuh, saya terus bersedia menunggu di luar pagar maktab untuk melakukan lontaran di ketiga jamrah. Pagi itu lama saya menunggu tapi suami tidak kelihatan.
Apabila saya bertanya di khemah suami, dia juga tiada. Saya mengagak yang suami sedang bertapa di bilik air sebagaimana kebiasaannya.
Saya menunggu semula di pagar Maktab. Tetapi kali ini, semasa menunggu, saya melihat seorang kakak keluar ke pagar dengan wajah yang kelihatan sedikit gusar. Saya terus bertanya kepada kakak itu,
“Akak dengan siapa?” Jawab kakak, “Sorang, suami tidak sihat.”
Saya dengan spontan tanpa berfikir panjang terus mencapai tangan kak Bi (nama panggilan yang kakak beri) dan berkata kepada beliau. “Akak pergi melontar dengan saya. Kita pergi sama-sama.”
Dalam hati terdetik, alamak tak minta kebenaran suami lagi. Tapi suami yang saya kenali memang tidak akan membantah keputusan yang saya buat ini.
Rombongan Jemaah kami mula bergerak ke Jamrah tanpa diiringi oleh petugas kumpulan haji kami. Memang travel agency ini punya jumlah petugas yang sedikit berbanding dengan jumlah Jemaah yang mereka jaga.
Semasa berjalan, kak Bi meminta saya dapat menunggunya sebentar ketika melontar kerana dia perlu melontar untuk suaminya yang sakit. Permintaan itu bukan satu masalah buat saya.
Satu setengah jam kami ambil untuk melaksanakan lontaran di ketiga-tiga jamrah. Saat hampir tiba di maktab, Kak Bi bercerita yang suaminya kaki melepuh kerana banyak berjalan. Apabila suami Kak Bi berjalan kaki kembali ke Mekah selepas lontaran yang pertama kerana beliau ingin cepat melakukan tawaf dan saie haji, kakinya menjadi teruk. Suami kak Bi pula menghidap kencing manis, luka yang sedikit cepat menjadi teruk dan beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.
Awal pagi 12 Zulhijjah itu, kak Bi bangun melakukan solat tahajjud dan solat hajat agar urusan melontarnya pagi itu dipermudahkan Allah. Dan kak Bi berkata yang beliau merasa sangat bersyukur bahawa sebaik keluar pagar maktab, kami bertemu dan seterusnya bersama melaksanakan lontaran di jamrah.
MasyaAllah. Saya merasa sangat hiba waktu itu. Saya memohon agar diberi peluang untuk membantu manakala Kak Bi memohon untuk dibantu.
Menangis saya di khemah. . Doa kami bertemu di Mina.
Pengalaman haji tahun 2015
Aziah Yunus
Kaunselor berdaftar dan Human Inspirator
93 Comments
Perbuatan Tawaf diambil daripada peristiwa ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim AS memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Tawaf Haji mesti disertai dengan Wukuf di Arafah.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Tawaf Qudum ialah Tawaf selamat datang yang di sunatkan bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Tawaf – adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
alhamdulillah, tiada satu perkara pun yang berlaku secara kebetulan, semuanya diaturkan oleh Allah
Curahan rasa huda @ ..Daftar Ahli Shaklee Dan Jimat RM94
Semoga kita diridhohi Allah itu bisa menginjakkan di tanah suci. Ammin
Curahan rasa MEBEL AREA JEPARA @ ..Meja Klasik Coffe R22
semoga alloh mempermudah rizky kita agar bisa pergi ke rumah alloh dan menunaikan rukun islam yang ke 5
Curahan rasa jamkho @ ..agen biolo palembang
Insyallah,pasti ramai yang menyimpan impian tuk menjejekkan kai ke tahan suci.sesama kita berdoa semoga hasrat kita di permudahkanNYA.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
Amin, Ya Rabbal Alamin. Jemaah Malaysia pun dah ramai yang kembali pulang ke Malaysia.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
Alhamdullilah, selamat kembali ke tanah air bagi yang selamat kembali, yang tak berkesampaian untuk pulang, kita sedekahkan al-fatihah untuk mereka.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
Perancangan Allah memang hebat.. Alhamdulillah.. Semoga hati terus mengingati Allah walau apa jua keadaan apabila berada di tanah air nanti..
Curahan rasa Hafizul @ ..Buat Duit USD Dengan Nichify
Insyallah, semoga mendapat haji yang mabrur, kembali dengan 1 sinar baru.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
tempat yang indah lagi diidamkan oleh semua orang. kalau dapat pergi rasa mimpi telah tercapai
Curahan rasa suri @ ..Petua Meredakan Buah Dada Bengkak Dan Mengeras Semasa Selepas Berpantang
harap-harap cepat lah kerja-kerja baik pulih itu siap, semoga tiada lagi kemalangan yang tidak di ingini berlaku…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
semoga kita dapat hadir semua ke tempat suci mekah insyallah
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Alkaline Water Best Price No.1 di Malaysia : Alkaline Filtration!
Betul tu, tak dapat bayangkan betapa indahnya perasaan mereka bila berada di sana. Amin
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
Masyaallah, mesti bila dapat jer “jemputan” dah tak boleh lena tido malamnya kan.. allahuakbar…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
saya juga memasang impian untuk mengerjakan haji..dan kebetulan maal hijrah ini maka itulah azam terbaik sekarang ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Maal Hijrah Masa Untuk Berubah
Impian yang bagus tu bro Hanafi. Moga tercapai impian bro yang murni itu…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
mari lah sesama kita berdoa semuga kita juga akan dapat kesana suatu hari nanti. insyallah ameen…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
Paling penting kena daftar haji dulu. Alhamdulillah kami sekeluarga termasuk anak-anak dah daftar haji.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
subhanallah,,tergerak hati saya untuk melakukan ibadah haji hanya sayang belum mampu secara finansial. melihat postingan anda sungguh sudah terbayang betapa indahnya melaksanakan ibadah haji walau banyak tantangan dan halangan dalam menjalaninya. semoda kita semua bertemu disyorganya Allah SWT amiin
Curahan rasa gilang @ ..EA SUPER PROFITBLE DAN MAHAL RTP,,SAYA BAGI GRATIS AJA
Insya Allah moga kita berjumpa disana. Yang penting kita kena kena ada niat untuk pergi di sana dan ada usahanya.. Moga tercapai cita-cita itu…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Amin, kumpullah duit dari sekarang dan berdoa moga dipermudahkan urusan ini oleh Allah, Amin.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
Yup, itu yang penting, duit nak kena di kumpul dari masa kesemasa, semakin hari semakin bertambah tambang & perbelanjaannya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings
Sesungguhnya doa di tanah suci adalah doa yang mudah di permudahkan oleh NYA. Semoga diri ini berpeluang menjejakkan kaki ke sana.. ameen…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
Supernifz: Saya pun berharap supaya dapat menjejak kan kaki di sana.. Sama-samalah kita berusaha….
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
bila melakukan akitivi haji, pastinya di Mina adalah salah satunya rukun dalam haji. Semoga ia dipermudahkan buat semua jemaah haji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
Bro Kamil : Harap-harap tahun depan kurang sedikit cabaran kepada mereka yang pergi ke sana…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Menjadi tetami Allah di Mekah ketika musim haji menjadi idaman setiap insan bernama munisia di dunia ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
Betul tuh, sesungguhnya terasa kerdilnya diri ini si sisinya. Harap2 dapat lah menjadi tetamunya suatu hari nanti…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
Bro kamil : Menjadi harapan setiap insan muslimin dan muslimat, kan ia rukun islam yang ke 5.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Semoga kita semua umat Islam dijemput untuk menjadi tetamu Allah dan dipermudahkan urusan.
Curahan rasa emalin mohd @ ..18 Khasiat GLA Shaklee Untuk Wanita Termasuk Pemakai Implanon dan Lelaki
Emalin: Ia hanya dapat kepada mereka yang berhajat dan mencarinya. Kalau tidak ada niat langsung , memang tak bisa nak kesana…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Comments are closed.