Ibadah Haji itu Kusut Masai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada beberapa Rakan Blogger yang tak gembira dengan tajuk entri ini yang dikatakan mencemarkan Islam. Mungkin mereka belum ada pengalaman menerjakan haji jadi tak bolehlah nak salahkan mereka yang memandang negatif dengan entri ini.

Berikut sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

“Kerja haji maksudnya Kusut Masai dan Penuh Debu. Jemaah haji akan bersaing berlumba-lumba mengejar keampunan dah rahmat Allah.”

Untuk makluman tajuk Kusut Masai bukan ilham HATI aku tetapi petikan ayat daripada guru-guru agama yang diambil dari sabda Rasulullah SAW. Semuga pencerahan ini dapat menenangkan hati sebahagian daripada Rakan Blogger.

Alhamdulillah hari mulia yang ditunggu hari wukuf semakin hampir. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan Hari Wukuf 2012 pada hari Khamis 25 Oktober 2012 bermakna tahun 2012 insyaAllah Haji Akbar. Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia lebih kurang 3 juta akan mula bergerak menuju padang Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Khamis, 25 Oktober 2012.

Ada jemaah yang bermalam di Padang Arafah dan ada jemaah yang bermalam di Mina dan awal pagi 25 Oktober 2012 akan berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke Padang Arafah.

Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 25/10/2012. Ini adalah saat yang ditunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan dibuka sebesar-besarnya. Waktu ini waktu paling mustajab doa yang lebih baik dari doa di Multazam. Ada yang yang sudah menunggu 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun dan mungkin lebih 80 tahun menunggu saat wukuf yang merupakan tamsilan kepada padang mahsyar. Jangan dipersiakan waktu ini mesti ada perancangan dan terbaik tulis semua doa supaya tiada yang tertinggal. Insya Allah dengan izin Allah kalau sempurna ibadah haji maka semua doa semasa wukuf akan diterima Allah samada cepat atau lambat sahaja.

Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.

Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakam kemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.

Masing-masing akan berusaha melepaskan diri masing-masing sama tamsilan di Padang Mashyar kelak. Ada yang marah-marah bas lewat sampai, ada yang baling makanan kerana tak sedap, ada yang bergaduh berebut tandas dan macam-macam lagi kejadian. Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita. 8 – 13 Zulhijjah benar- benar menguji ketahanan jiwa dan fizikal jemaah haji sehingga semuanya kelihatan kusut masai. Kerana itu persiapan perlu dibuat bertahun sebelum pergi.

Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai. Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur. Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.

20111103-073200.jpg
Di Padang Arafah
20111103-073429.jpg
Mabit di Mudzalifah
20111103-073638.jpg
Di Kompleks melontar jamrah.

Ibadah haji itu kusut masai kerana selama lima hari bermujahada dari bilik hotel ke Padang Arafah, Muzalifah dan Mina tanpa memikirkan pakain cantik tetapi bersih dimana setiap jemaah akan ada bahagian masing-masing. Ada tersenyum, berduka, marah, serba salah kerana semuanya dapat TUNAI hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Semuga semua jemaah haji 2012 mendapat haji mabrur.

Berita Haji Terkini



Spread the love

233 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!