Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Aziah Yunus seorang kakak yang banyak memberi motivasi ketika aku mula menjejaki kaki di UKM. Beliau kawin awal selepas mendapat ijazah sarjana muda dietitian dan terus hilang daripada radar kehidupan. Di takdirkan ALLAH kami bertemu semula di dunia siber tetapi belum ada rezeki bertemu secara fizikal walaupun duduk selang tiga baris dalam pesawat sekembali dari Saudi. Rupanya sekarang beliau sudah jadi Kaunselor berdaftar dan paling menarik jadi Human Inspirator. Aku pun nak menjadi human inspirator … kalau boleh.
Ini kisah Kakak Aziah semasa mengerjakan haji baru-baru ini …
Waktu mula sampai ke Mekah dan selepas melakukan Tawaf quddum, dalam solat sunat saya memohon banyak doa dari Allah. Antaranya memohon agar diri diberi kesempatan membantu orang semasa menunaikan haji ini.
Alhamdulillah banyak peluang yang Allah beri untuk membantu orang. Tetapi ada satu peristiwa yang sangat menyentuh hati ini.
Setelah berbincang dengan suami di Mekah, suami mengambil keputusan untuk membuat Nafar awal. Nafar awal bermakna kami akan beredar awal meninggalkan Mina. Bermalam hanya 2 malam dan melontar dua hari iaitu 11 dan 12 Zulhijjah. Kemudian kami akan terus pulang ke Mekah untuk melengkapkan rukun haji.
Beberapa hari sebelumnya telah diberitahu ketua rombongan bahawa jemaah yang ingin melakukan Nafar awal akan pergi melontar pagi selepas subuh kerana bas akan sampai untuk membawa kami pulang ke Mekah jam 8 pagi nanti. Jemaah yang lain akan melontar pada jam 10 malam sebagaimana yang telah diaturkan oleh pihak Tabung Haji bagi kumpulan kami.
Hampir 120 orang daripada lebih 400 orang Jemaah kumpulan kami mengambil keputusan untuk membuat Nafar awal. Pada pagi tanggal 12 Zulhijjah, sebaik selepas subuh, saya terus bersedia menunggu di luar pagar maktab untuk melakukan lontaran di ketiga jamrah. Pagi itu lama saya menunggu tapi suami tidak kelihatan.
Apabila saya bertanya di khemah suami, dia juga tiada. Saya mengagak yang suami sedang bertapa di bilik air sebagaimana kebiasaannya.
Saya menunggu semula di pagar Maktab. Tetapi kali ini, semasa menunggu, saya melihat seorang kakak keluar ke pagar dengan wajah yang kelihatan sedikit gusar. Saya terus bertanya kepada kakak itu,
“Akak dengan siapa?” Jawab kakak, “Sorang, suami tidak sihat.”
Saya dengan spontan tanpa berfikir panjang terus mencapai tangan kak Bi (nama panggilan yang kakak beri) dan berkata kepada beliau. “Akak pergi melontar dengan saya. Kita pergi sama-sama.”
Dalam hati terdetik, alamak tak minta kebenaran suami lagi. Tapi suami yang saya kenali memang tidak akan membantah keputusan yang saya buat ini.
Rombongan Jemaah kami mula bergerak ke Jamrah tanpa diiringi oleh petugas kumpulan haji kami. Memang travel agency ini punya jumlah petugas yang sedikit berbanding dengan jumlah Jemaah yang mereka jaga.
Semasa berjalan, kak Bi meminta saya dapat menunggunya sebentar ketika melontar kerana dia perlu melontar untuk suaminya yang sakit. Permintaan itu bukan satu masalah buat saya.
Satu setengah jam kami ambil untuk melaksanakan lontaran di ketiga-tiga jamrah. Saat hampir tiba di maktab, Kak Bi bercerita yang suaminya kaki melepuh kerana banyak berjalan. Apabila suami Kak Bi berjalan kaki kembali ke Mekah selepas lontaran yang pertama kerana beliau ingin cepat melakukan tawaf dan saie haji, kakinya menjadi teruk. Suami kak Bi pula menghidap kencing manis, luka yang sedikit cepat menjadi teruk dan beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.
Awal pagi 12 Zulhijjah itu, kak Bi bangun melakukan solat tahajjud dan solat hajat agar urusan melontarnya pagi itu dipermudahkan Allah. Dan kak Bi berkata yang beliau merasa sangat bersyukur bahawa sebaik keluar pagar maktab, kami bertemu dan seterusnya bersama melaksanakan lontaran di jamrah.
MasyaAllah. Saya merasa sangat hiba waktu itu. Saya memohon agar diberi peluang untuk membantu manakala Kak Bi memohon untuk dibantu.
Menangis saya di khemah. . Doa kami bertemu di Mina.
Pengalaman haji tahun 2015
Aziah Yunus
Kaunselor berdaftar dan Human Inspirator
93 Comments
Terima kasih tuan berkongsi cerita ni.
niat amat penting dalam apa jua tindakan…Allahuakbar
Curahan rasa hafizmd @ ..Belajar Asas Al-Quran dengan Iqra’ Bina
Betul tu bro hafizmd: Banyak pengajaran dan tauladannya dari kisah yang ringkas macam ni…
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
doakan saya agar suatu hari nanti di permudah untuk ke sana juga
Curahan rasa Bisnes Online @ ..The Features That Make BlueHost VPS Hosting Efficient And Reliable
Moga di perkenankan hajat bisnes online ke sana nanti…Aminnn ya Rabbal Alaminnn
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
Bisnes Online : Moga diperkenankan hajat bro untuk ke sana nanti… Aminn ya Rabbal Alamin
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
nak gi haji. nak gi umarah.
nak gi mekah dan madinah.
nak gi lawat makan nabi.
nak gi sana.
Aminnn..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 357-382
Kalau dapat pergi sana, kalau boleh mesti lawati tempat tempat yang wajib ni, Barulah kita akan terasa dekat dengan Nabi dan Pencipta kita…
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
Allah makbulkan doa hambaNya lebih2 lagi di tanah haram… Masya Allah.. sungguh mulia hati beliau… Doakan saya juga dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti… aminnn
Curahan rasa Nursimatun @ ..Apa Itu Meroyan? Bagaimana Cara Mencegah Dan Mengatasinya?
Kena selalu datang minta orang yang pergi haji doakan untuk kita di sana. Maklumlah doa kat sana makbul….
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
SubhanaAllah. Sedih semasa sy membaca coretan ini. Banyak dosa2 sy. Byk lagi perkara yg kena saya buat demi pengampunan Allah. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke sana satu hari InsyaAllah
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Cermin Mata & Rabun
Insyallah Alin Marlini, Moga diperkenankan dan diterima amalan kita semua…
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
cerita yang amat menarik dan menyetuh perasaan..cuma saya masih nak tahu apa maksud human insirator atau ia sama seperti pakar motivasi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Internet Burung Hantu Memang Gempak
Subhanallah. Moga semuanya dikurniakan haji yang mabrur. Inilah kisah yang memberi inspirasi.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~
Sangat tersentuh hati membaca kisah ni..
Allah Maha Besar…Allah memang mendengar doa hambaNya..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
betapa allah sentiasa mendengar permintaan hambanya. nak2 kalau mintak yg baik2.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fungsi HTTPS Untuk Keselamatan Blogspot
Benar, Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya, apa lagi yang dalam kesusahan di sana.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~
Segala yang dimohon pastinya akan dipermudahkan..
Cuma kita kena bersangka baik denganNya…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Kan Nik? Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya…
Kalau baik sangkaan kita maka itu lah yang akan diperolehi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Betul tu Noriza; Allah swt adalah sebagaimana sangkaan hambanya.. Sebab itu selalu ada harapan dan sangkaan yang baik kepada Nya…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
kalau kita mintak sungguh sungguh dan niat yg baik, allah akan tunaikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fungsi HTTPS Untuk Keselamatan Blogspot
Tambahan di bumi yang paling dimuliakan..pastinya Allah akan makbulkan permintaan hambaNya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
kisah2 sebegini sangat memberikan inspirasi. terserlah kekerdilan kita sebagai seorang hamba..dan kebesaran Yang Maha Kuasa.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Produk Mencerahkan Kulit yang Selamat | Vitamin C Atau Glutathione?
Bila melihat jutaan umat Islam mengerjakan haji di sana, memang terasa betapa kerdilnya kita ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~
Sangat kerdil kan?
InsyaAllah semoga kita juga menjadi tetamuNya nanti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Sebab itu ramai orang pesan kalai ke Mekah jangan terdetik benda yang tidak baik..pastinya Allah mendengar suara hati kita tu…kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Noriza: Maksudnya hati kita kena bersih dan biasakan mulut dengan perkataan yang baik-baik dan selalu bersangka baik dengan orang lain…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Subhanallah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
Jika niat kita baik, pasti ada jalan untuk melakukannya.
Tempat yang sangat mudah untuk berdoa dan dipermudahkan urusan oleh Allah…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Banyak pengajarannya disebalik amalan fardu yang ditunaikan.. Yang datang begitu ramai dengan bermacam-macam niat. Hanya niat yang betul sahaja akan sampai kepadaNya..
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
Betul sangat tue Tuan Sani..segala amal bermula dengan niat.. jadi selalulah kita betulkan niat kepada yang baik2 saja. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Buang Air Besar yang Salah dan Memudaratkan Kesihatan
Betul tu..segala niat yang terdetik di hati kena berhati-hati..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Allah Maha Mendengar segala apa yang tersirat di dalam hati kita..
Jika baik maka baiklah akibatnya….
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Benar. Hanya mereka yang di pilih Allah sahaja mampu sampai ke tanah suci mekah. Semoga saya juga bakal di pilih olehnya..InsyaAllah.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Kunci kereta punca enjin tidak dapat dihidupkan.
Moga diperkenankan hajat Haffizul Iskandar untuk ke sana. Insya Allah ada usaha dan doa, ia bisa terlaksan..
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Doakan juga supaya kita sampai di sana pada usia yang maish muda sebegini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~
InsyaAllah aaamin..
Semoga Allah memakbulkan permintaan mereka yang ingin menjadi tetamuNya…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
bukan calang2 hambaNya yang mampu terpilih mengerjakan haji…kipidap dalam beribadah
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Perubahan Spektrum Warna Alam dan Waktu Solat
Betul tu belang tarung, semua tu terpilih dan hasilnya bergantung kepada naiwatu kita yang kesan.
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
InsyaAllah semuanya pasti dapat ke sana. Andai kita berusaha, pasti ada jalannya, Amin.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~
Pastinya ujian itu didatangkan kepada hambaNya mengijut kemampuan diri masing-masing kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Alhamdulillah., doa termakbul.
Semoga satu hari kelak, YB dapat ke sana bersama keluarga tersayang. Allahhu Akbar.
Curahan rasa yangbaik @ ..Hasil kerja si cilik
Yang Baik semua kena ada niat untuk laksanakan rukun yang ke 5 itu. Saya pun harap dipilih oleh Nya dan dapat tunaikan perintahNya dengan sempurna..Aminn
Curahan rasa Sani @ ..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
Amin, semoga semua niat baik tuan terlaksana. Sentiasa mengharapkan yang terbaik.
Curahan rasa yangbaik @ ..Hasil kerja si cilik
MV pun berharap dijemput Allah ke sana di waktu usia muda…supaya mudah beribadah…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Aamin…
Semoga Allah mendengar niat kita yang nak mengerjakan ibadah haji di sana…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Semoga impian hendak melaksanakan ibadah haji dipermudahkan urusannya..
Niat kena seiring usaha untuk ke sana…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perlukan Makanan Tambahan Buat Minda Kanak-kanak ?
Comments are closed.