Masjidil Haram sebelum hari wukuf 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jika musim haji tahun 2014 jemaah menanti dengan debar kerana diumumkan sebagai Haji Akbar tidak kurangnya juga musim haji 2015 walaupun bukan Haji Akbar. Haji 2015 digemparkan dengan tragedi kren yang menimpa Masjidil Haram sehingga mengorbankan lebih 100 syuhada. Sebelum kejadian kren tumbang Mekah juga dilanda beberpa kali ribu pasir dan yang paling kuat telah menumbangkan kren.

kren di Masjidil Haram

bagunan baru Masjidil haram

lorong Hilton dan Zam-zam Mekah

Darul Tauhid Mekah

Sehari sebelum wukuf 2015 suasana di Masjid Haram sangat tenang walaupun suasana sekitar sudah tidak sama dengan 2014. Banyak perubahan fizikal telah berlaku di luar dan paling banyak di bahagian dalam. Pembinaan berterusan Masjidil Haram tidak akan tamat dalam tempoh 2 – 3 tahun akan datang. Pasti kepada rakan-rakan yang sudah lama tidak dijemput menjadi tetamu ALLAH akan melihat perbezaan yang sangat ketara apabila menjejaki bumi Masjidil Haram.

Kaabah dari Hijir Ismail

Kaabah Haji 2015

menara jam Mekah

Pancur Emas di Hijir Ismail

Pancur Emas Kaabah

Haji 2015 memang penuh dengan ujian selain ribut pasir dan kren tumbang berlaku juga kebakaran kecil di hotel jemaah Indonesia. Sedang sibuk jemaah haji mengerjakan rukun dan wajib haji tiba-tiba dapat berita sedih lebih 700 syuhadah terkorban dalam tragedi pijak di Mina pada awal pagi 10 Zulhijjah. Seorang jemaah Malaysia arwah Zulkilfly Samad telah terkorban sama dalam tragedi tersebut. Pada 11 Zulhijjah pula berlaku kebakaran kecil di kemah jemaah Mesir di Mina.

Makam Nabi Ibrahim as

Jemaah wanita di depan Kaabah

kubah baru Masjidil haram

tong air zam-zam

tawaf sementara dua tinggat

Semua ujian sepanjang haji 2015 pasti ada hikmahnya untuk kita semua muhasabah diri. Satu jari menunjuk kesalahan orang, 4 jari lagi menunjuk kepada kita sendiri. Sekecil mana ujian yang melanda umat Islam untuk jadikan kita lebih bertaqwa atau semakin sesat dalam logik fikir sendiri. Jangan ulang kesilapam yang telah dilakukan oleh retis FB Saiful Nang membuka aib Tanah Haram dengan logika fikir sendiri sehingga mendapat cemuhan dari netizen.

Multazam pintu Kaabah

bawah mataf sementara

solat sunat tawaf

ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita yang zalim kepada diri kita sendiri. Semuga semua jemaah Haji 2015 mendapat haji Mabrur dambaan semua umat Islam.


Spread the love

70 Comments

  1. Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda “Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu”
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  2. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita.Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat.
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!