Cara permohonan trademark

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rentetan dari artikel Usahawan Melayu Jahil Trademark dan Paten, ramai sahabat yang bertanya bagaimana cara blog Denaihati memohon trademark. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sendiri proses untuk mendaftarkan Trademark atau Cop Dagangan ini.

Cara mendaftar trademark

Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan cop dagangan ini adalah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Proses untuk memohon cop dagangan ini adalah seperti berikut:

  • 5 salinan borang TM5 dengan nama cop dagangan dalam setiap salinan.
  • 1 original copy of the statutory declaration with the trade mark affixed to it.
  • saiz cop dagangan hendaklah tidak melebihi saiz 10 cm x 10 cm.
  • 1 salinan Form 49/ Form D/butiran syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya pendaftaran dibuat menggunakan nama syarikat.
  • 1 salinan dokumen priority date claim (sekiranya perlu)
  • 1 salinan yang telah disahkan sekiranya cap dagangan mempunyai karakter bukan roman atau terjemahan (sekiranya perlu)
  • bayaran pendaftaran. semua bayaran boleh dibuat menggunanakan tunai/cheque/money order/bank draf kepada “Perbadanan  Harta Intelek Malaysia
Pentingnya mendaftar cap dagangan
Mendaftarkaan cap dagangan adalah perkara yang penting untuk melindungi kepentingan perniagaan kita.

Cara mudah mendaftar trademark

Kos untuk memohon satu trademark adalah RM1200, namun begitu, sekiranya cap dagangan yang kita ingin mohon itu telah mempunyai empunya, terdapat proses tambahan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya untuk memudahkan proses ini, kita boleh melantik agen atau wakil pihak kita untuk menguruskannya.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Pihak Denaihati Network juga mempunyai agen yang boleh menguruskan proses pendaftaran cap dagangan untuk anda. Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan bayaran yang diperlukan, selebihnya akan diuruskan oleh agen tersebut. Walaupun pada dasarnya proses ini nampak mudah, namun sekiranya kita tidak faham selok belok sekiranya ada masalah lain yang berbangkit, ianya akan menyebabkan kita membuang banyak masa dalam proses pendaftaran cap dagangan ini.

Buku Denaihati

Mendaftar trademark memang nampak remeh dah tidak penting tetapi bila sudah terkena jangan pulak menyesal terutama yang mempunyai cita-cita besar dalam bisnis. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi pihak kami untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan untuk perniagaan ataupun jenama yang anda guna. Semoga penerangan serba ringkas ini membolehkan rakan-rakan semua untuk memastikan cap dagangan anda terpelihara.


Spread the love

98 Comments

  1. Pada mereka yang first time memang nampak remeh tetapi ianya akan menjadi mudah jika ikut semua kehendak seperti yang dinyatakan oleh tuan denaihati..

    Terima kasih atas perkongsian yang diberikan
    Curahan rasa Mohd yazed @ ..PERCUMA!!!!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!