Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rentetan dari artikel Usahawan Melayu Jahil Trademark dan Paten, ramai sahabat yang bertanya bagaimana cara blog Denaihati memohon trademark. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sendiri proses untuk mendaftarkan Trademark atau Cop Dagangan ini.
Cara mendaftar trademark
Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan cop dagangan ini adalah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Proses untuk memohon cop dagangan ini adalah seperti berikut:
- 5 salinan borang TM5 dengan nama cop dagangan dalam setiap salinan.
- 1 original copy of the statutory declaration with the trade mark affixed to it.
- saiz cop dagangan hendaklah tidak melebihi saiz 10 cm x 10 cm.
- 1 salinan Form 49/ Form D/butiran syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya pendaftaran dibuat menggunakan nama syarikat.
- 1 salinan dokumen priority date claim (sekiranya perlu)
- 1 salinan yang telah disahkan sekiranya cap dagangan mempunyai karakter bukan roman atau terjemahan (sekiranya perlu)
- bayaran pendaftaran. semua bayaran boleh dibuat menggunanakan tunai/cheque/money order/bank draf kepada “Perbadanan Harta Intelek Malaysia“
Cara mudah mendaftar trademark
Kos untuk memohon satu trademark adalah RM1200, namun begitu, sekiranya cap dagangan yang kita ingin mohon itu telah mempunyai empunya, terdapat proses tambahan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya untuk memudahkan proses ini, kita boleh melantik agen atau wakil pihak kita untuk menguruskannya.
Pihak Denaihati Network juga mempunyai agen yang boleh menguruskan proses pendaftaran cap dagangan untuk anda. Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan bayaran yang diperlukan, selebihnya akan diuruskan oleh agen tersebut. Walaupun pada dasarnya proses ini nampak mudah, namun sekiranya kita tidak faham selok belok sekiranya ada masalah lain yang berbangkit, ianya akan menyebabkan kita membuang banyak masa dalam proses pendaftaran cap dagangan ini.
Mendaftar trademark memang nampak remeh dah tidak penting tetapi bila sudah terkena jangan pulak menyesal terutama yang mempunyai cita-cita besar dalam bisnis. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi pihak kami untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan untuk perniagaan ataupun jenama yang anda guna. Semoga penerangan serba ringkas ini membolehkan rakan-rakan semua untuk memastikan cap dagangan anda terpelihara.
98 Comments
Assalam..
Sekarang ni berbusiness sekadar hobi. InsyaAllah, ada rezeki nanti boleh la atur strategi yg lebih kukuh.
bagus sekali artikelnya
Kesedaran yang bagus untuk yang dah register..Pada yang belum boleh lah ambil first step untuk mendaftar..
Curahan rasa Raudzah @ ..Detik "Terakhir" Di Tali Gantung
mudahnya bila ada sedia membantu macam team denaihati dalam bab permohonan trademark. moga usaha ini menggalakkan ornag luar sayang dengan apa yang mereka ada sebelum ini
Curahan rasa suri @ ..Quilling Paper Sale Cahayacinta.com
Selalu sy kena p event MyIPO ni…. tpi dlm proses nak menambah info berniaga plak.. 😀
Curahan rasa Lal @ ..Sahabat Syria yang syahid.
info yg beri kebahagiaan untk mreka yang betol2 serius dalam berbisnes..
Curahan rasa farzli @ ..Tingkatkan sekuriti blog wordpress !
dulu macam tak nak amik tahu pun pasal benda ni semua tapi rasanya sekarang zaman dah berubah. memang peniaga wajib amik tahu.
Curahan rasa Lizz @ ..5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya Sampai Ke Sudah
Tanniah kepada Denaihati bakal mempunyai logo dagangan. Setakat ini saya tidak bercadang untuk mempunyai logo kekal sekadar cukup mengunakan font default WordPress sahaja.
Website bole ker kalo nak apply?
Curahan rasa muhammad hizwan @ ..5 Perkara Anda Perlu Tahu tentang Teknologi Kamera ASUS PixelMaster
Setakat ini tak ada keperluan untuk memohon lagi. hehe.
Curahan rasa Bahrain @ ..Bahagia Itu Sederhana Dalam Kehidupan
Hurmmm…. InsyaALLAH…. dah boleh buat peruntukan sejumlah wang untuk buat pembayaran trademark tu nanti….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..THE SOUNDS & FLAVOURS OF VENEZUELA FOOD FESTIVAL
Segeralah hubungi Denaihati Network untuk kemudahan menguruskan pendaftaran cap dagangan untuk perniagaan ataupun jenama yang anda guna.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Wiraswasta vs Karyawan, Pilih Mana?
Bro, Denaihati Network tak daftar ke trademark. If I not mistaken, kalau sudah submit application pending approval, perkataan TM akan diletakkan di tepi logo. Kalau sudah approved, logo “R” diletakkan sebelah logo. Belum nampak apa-apa lagi dilogo Denaihati tu 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Nasi Lemak Klasik Sugar Bun Metro Town
Bagi yang serius untuk melindungi cop dagang, cepat2lah daftar. Info yg bagus.
Curahan rasa Azman Ismail @ ..Hidup pun susah, mati pun susah
Comments are closed.