Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rentetan dari artikel Usahawan Melayu Jahil Trademark dan Paten, ramai sahabat yang bertanya bagaimana cara blog Denaihati memohon trademark. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sendiri proses untuk mendaftarkan Trademark atau Cop Dagangan ini.
Cara mendaftar trademark
Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan cop dagangan ini adalah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Proses untuk memohon cop dagangan ini adalah seperti berikut:
- 5 salinan borang TM5 dengan nama cop dagangan dalam setiap salinan.
- 1 original copy of the statutory declaration with the trade mark affixed to it.
- saiz cop dagangan hendaklah tidak melebihi saiz 10 cm x 10 cm.
- 1 salinan Form 49/ Form D/butiran syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya pendaftaran dibuat menggunakan nama syarikat.
- 1 salinan dokumen priority date claim (sekiranya perlu)
- 1 salinan yang telah disahkan sekiranya cap dagangan mempunyai karakter bukan roman atau terjemahan (sekiranya perlu)
- bayaran pendaftaran. semua bayaran boleh dibuat menggunanakan tunai/cheque/money order/bank draf kepada “Perbadanan Harta Intelek Malaysia“
Cara mudah mendaftar trademark
Kos untuk memohon satu trademark adalah RM1200, namun begitu, sekiranya cap dagangan yang kita ingin mohon itu telah mempunyai empunya, terdapat proses tambahan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya untuk memudahkan proses ini, kita boleh melantik agen atau wakil pihak kita untuk menguruskannya.
Pihak Denaihati Network juga mempunyai agen yang boleh menguruskan proses pendaftaran cap dagangan untuk anda. Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan bayaran yang diperlukan, selebihnya akan diuruskan oleh agen tersebut. Walaupun pada dasarnya proses ini nampak mudah, namun sekiranya kita tidak faham selok belok sekiranya ada masalah lain yang berbangkit, ianya akan menyebabkan kita membuang banyak masa dalam proses pendaftaran cap dagangan ini.
Mendaftar trademark memang nampak remeh dah tidak penting tetapi bila sudah terkena jangan pulak menyesal terutama yang mempunyai cita-cita besar dalam bisnis. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi pihak kami untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan untuk perniagaan ataupun jenama yang anda guna. Semoga penerangan serba ringkas ini membolehkan rakan-rakan semua untuk memastikan cap dagangan anda terpelihara.
98 Comments
Setakat ni belum ada niat lagi terniat unruk membuat permohonan trademark sebab perniagaan pun belum ada blog pun tak terkenal. At least, panduan ni sangat berguna bagi saya pada masa akan datang siapa tahu kan.
Perlu juga ya memohon trademark. Ingat syarikat yang besar-besar je perlu memohon. Sama ke cara permohonan di semenanjung dan sarawak. Sebab pendaftaran syariket di semenanjung dan di Sarawak pun rasanya ada perbezaan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Nampak benda simple tapi kesannya begitu besar…trade mark ini penting untuk sesebuah perniagaan…bagi menjaga hak cipta dan sebagainya…kita sudah boleh ambil contoh beberapa kejadian yang berlaku di dalam negara di sebabkan kurang kefahaman dan pengetahuan pasal hak intelek..malas nak cerita panjang clue dia komik lawak,.huhuhu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Betul tu, aku baru tahu perkara ini. Jika kita bercita-cita besar dlm perniagaan perkara ini mesti di ambil serius.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Baru wawa tahu macam mana nak memohon trademark. Ingatkan boleh buat sesuka hati je. Nampaknya, wawa kena belajar lebih lagi dengan tuan denaihati.com untuk buat trademark sendiri.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Ha..ha..ha..aku pun sama, ingat boleh letak je sebarang je trademark. Mula-mula ingat komponi besar je perlu daftar. Masih banyak yang perlu di belajar dlm dunia perniagaan ni.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
owh yer… dia bawah kpdnkk juga benda ni? Terima kaseh, Info yang terbaik.
Bismillahirrahmanirrahim! Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Dengan Sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Engkau Murahkan lah Rezeki admin ini… Amin.
Terima kasih untuk perkongsian ini. Dah bookmark untuk buat Trademark dalam masa terdekat
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Ooo. Baru saya tahu.. Biasanya trademark ini untuk company besar-besar sahaja.. Yang kecik-kecik mungkin tidak beberapa penting sangat..
Mungkin prosedur yang leceh dan kos yang mahal membuatkan usahawan melayu agak malas-malas untuk mendaftar?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Setuju! Permohonan logo halal pun masih ramai peniaga Melayu yang ambil mudah..
ya buat mereka yang mempunyai produk sendiri and serius dalam bisnes, patut mendaftar trademark!
pepatah berkata “sebelum nasi menjadi bubur” “sediakan payung sebelum hujan”
Pembetulan, kos pendaftaran RM 1020 bukan RM 1200, tp kebiasaannya kalu guna khidmat agen harga lebih kurang RM2500 (minimum), saya bleh bantu untuk pendaftaran, juga bleh bantu memastikan Cap Dagangan tu boleh didaftarkan atau tidak ikut akta TM1976.
kalu nk tanya pa pe boleh email saya, yang mana boleh bantu saya bantu
salam, baiti sy mahu bantuan melalui awk. Jika tidak keberatan email : [email protected]
Salam Cik Puan Baiti, saya juga berminat untuk tahu lanjut khidmat dengan cik puan. Berikut emel saya ==> [email protected]
informasi bagus ini sangat bermnanfat , terimakasih .. yang banyak yah artikelnya 😀
Mahal jugak nak register trademark nih… Tapi kalau lambat register, memang rugi dari segi branding jika ada yang cuba tiru.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…
Terima kasih atas perkongsian. Saya baru je selesai buat pendaftaran syarikat. Sekarang ni dalam proses nak buat logo dan sebagainya. Info yang sangat membantu. Terima kasih DN.
Curahan rasa Viral Anchor @ ..Huge Aquarium Theme Park in China. The View is Absolutely Stunning.
Macem tu to trademark tu,, baru tahu aku,, pasang buat landak mini je lah hehehe
Curahan rasa Rafly @ ..Manfaat Bersyukur
Oalah, trademark sperti itu ya,, baru tahu aku,,
Curahan rasa Rafly @ ..Kebijakan Privasi
Comments are closed.