Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rentetan dari artikel Usahawan Melayu Jahil Trademark dan Paten, ramai sahabat yang bertanya bagaimana cara blog Denaihati memohon trademark. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sendiri proses untuk mendaftarkan Trademark atau Cop Dagangan ini.
Cara mendaftar trademark
Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan cop dagangan ini adalah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Proses untuk memohon cop dagangan ini adalah seperti berikut:
- 5 salinan borang TM5 dengan nama cop dagangan dalam setiap salinan.
- 1 original copy of the statutory declaration with the trade mark affixed to it.
- saiz cop dagangan hendaklah tidak melebihi saiz 10 cm x 10 cm.
- 1 salinan Form 49/ Form D/butiran syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya pendaftaran dibuat menggunakan nama syarikat.
- 1 salinan dokumen priority date claim (sekiranya perlu)
- 1 salinan yang telah disahkan sekiranya cap dagangan mempunyai karakter bukan roman atau terjemahan (sekiranya perlu)
- bayaran pendaftaran. semua bayaran boleh dibuat menggunanakan tunai/cheque/money order/bank draf kepada “Perbadanan Harta Intelek Malaysia“
Cara mudah mendaftar trademark
Kos untuk memohon satu trademark adalah RM1200, namun begitu, sekiranya cap dagangan yang kita ingin mohon itu telah mempunyai empunya, terdapat proses tambahan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya untuk memudahkan proses ini, kita boleh melantik agen atau wakil pihak kita untuk menguruskannya.
Pihak Denaihati Network juga mempunyai agen yang boleh menguruskan proses pendaftaran cap dagangan untuk anda. Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan bayaran yang diperlukan, selebihnya akan diuruskan oleh agen tersebut. Walaupun pada dasarnya proses ini nampak mudah, namun sekiranya kita tidak faham selok belok sekiranya ada masalah lain yang berbangkit, ianya akan menyebabkan kita membuang banyak masa dalam proses pendaftaran cap dagangan ini.
Mendaftar trademark memang nampak remeh dah tidak penting tetapi bila sudah terkena jangan pulak menyesal terutama yang mempunyai cita-cita besar dalam bisnis. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi pihak kami untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan untuk perniagaan ataupun jenama yang anda guna. Semoga penerangan serba ringkas ini membolehkan rakan-rakan semua untuk memastikan cap dagangan anda terpelihara.
98 Comments
Tiada apa lagi cop dagang untuk didaftarkan, mungkin suatu hari nanti bila ada bisnes yang mampu memberi income lumayan, bolehlah lkukaan semua ini. Buat masa sekarang ni, baca dan tambah ilmu berkaitan cop dagang dan paten yang kita buatkan. Terima kasih DH di atas info ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Karpal Singh Maut Kemalangan Ngeri
Artikel yang ditunggu-tunggu akhirnya… Terima kasih atas informasi ni. Insyaallah sy pun nak buat..
Curahan rasa Ammar @ ..Gambar Kemalangan Maut Karpal Singh
belum mampu nak daftar trademark ni
Curahan rasa zool @ ..Tukar Theme WordPress : Hueman
Kalau kita betul2 serius, takda masalah rm1200 tuh. Terima kasih lanjutan entri ini dari paten nih..
Curahan rasa zik @ ..Takziah, yb karpal singh kemalangan di tapah, perak 17.04.2014
Dah boleh trademark kan blog masing-masing selepas ini ayuhhhhh
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..ALLAH Sedang Memakbulkan Doa Kita
saya baru tercari cari akan info ni selepas denaihati buat tajuk pasal trademark sebelum ni, x sangka buat artikel baru, alamak nampaknya susah buat saya yang berhajat ni sebab RM1200 tuhh
Curahan rasa myrujukan @ ..Bina Email List Autoresponder Dengan Emelmatik
ada yang bertanya dalam entri tu, dan kira jawab dalam entri ni, memang dah rancang awal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Cara permohonan trademark
terima kasih akhirnya saya dapat juga pencerahan baik. Kalau tak kecil sahajalah ilmu dalam minda ini.
Curahan rasa suri @ ..Sampanku Hanya Pelepah Betik
saya akan buat permohonan trademark jika sudah ada jenama sendiri..kini masih dalam proses mencari
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Pemikiran Kreatif Yang Hebat
Penting juga trademark ni….
Curahan rasa hafiz @ ..Perlawanan JDT vs T-Team Liga Super 2014
mungkin satu haru nantu bila ada perniagaan sendiri akan lakukan ini semua..
yang sangat bermanfaat
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Jangan Sakiti Orang Yang Kita Sayang
Mungkin suatu hari nanti akan ada juga trademarks sendiri..buat masa nih guna watermarks jer dulu..
Curahan rasa UpProfits @ ..This is Ipoh! Siapa Sebenarnya Hooligan?
Trademark ni kalau dalam bahasa Melayu maksudnya Tanda Dagang kan?
Benda ni berbeza dengan paten dengan hakcipta kan..
Curahan rasa azlanvai @ ..Facebook Ibarat Pisau
Dalam bahasa Melayu trademark tu cop dagang berbeza denganu paten. Cop dagang lebih kepada nama sesuatu jenama dan logo
Errr..saya ada soalan
“sekiranya cap dagangan yang kita ingin mohon itu telah mempunyai empunya, terdapat proses tambahan yang perlu dilakukan”
maksudnya disini, kita boleh ambil nama yang dah di trade mark kan? ambil secara paksa ke bro?
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Hobi Yang Mahal
Secara paksa tak boleh tetapi mesti dapat persetujuan daripada tuan yang awal mendaftar.
macam buat perakuanlah hitam putihlah agaknya. sebab nak elakkan salah laku kelak.hurm…
Curahan rasa suri @ ..Quilling Paper Sale Cahayacinta.com
boleh patenkan brand makanan gua ni… 🙂
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Yeo’s 80 Days Drink To Cash Contest
tengah pikir… sbb belum ada syarikat lagi..
Curahan rasa KelipKelip @ ..Kalau Tak Tahu Nak Tulis Apa….Ikut Cara Aku!
Comments are closed.