Cara Nak Popularkan Blog

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika blogwalking aku singgah di blog MamaSyaidah yang membicarakan topik “Cara Nak Popularkan Blog” … emmm keywords POPULAR memang panaslah, sebelum ni ramai yang kata Blogger Popular tak layan Blogger newbie. 4 perkara yang ditulis oleh MamaSyaidah untuk popularkan blog iaitu blogwalking dan tinggalkan komen di shoutbox, tinggalkan komen positif di ruang komen, jadi follower dan buat entri dengan perkataan yang unik.

Tiada cacat celanya semua ke empat perkara yang ditulis oleh MamaSyaidah untuk popularkan Blog. Aku nak tambah beberapa perkara lagi untuk blogger go to next level untuk blogger yang ada visi jauh dalam dunia blogging.

1. Mempunyai lebih dari satu pada lokasi yang berbeza button atau kotak atau link untuk visitor subscribe RSS.

2. Mempunyai button TWITTER dan pujuklah seramai mungkin untuk follow anda.

3. Mempunyai Fan Page Facebook, jangan pandang rendah kemampuan Fan Page menarik trafik terutama setelah di integrate dengan TWITTER. (Cara pilih username untuk Fan Page @ Pilih Username Fan Page Facebook)

RSS, TWITTER dan Fan Page Facebook penting kerana ianya boleh membantu memaklumkan kepada semua follower setiap kali ada entri baru di blog anda. Bayangkan bila anda ada 10ribu follower dari ketiga-tiga service dan 10% akan melawat balik setiap kali anda entri baru … bayangkan lah! Yang belum subscribe dan follow blog denaihati jom lah.

Blog Denaihati berubah mengikut masa

[ad#Adsense234x60]
4. Follow network yang sudah mempunyai pengikut yang ramai contohnya Music Monday atau ada banyak lagi network diluar sana terutama di Facebook.

5. Follow Tag yang boleh beri faedah kepada blog anda seperti Tag Bahasa Jiwa Bangsa (bacalah banyak rasa peribadi aku ada di sini) yang pernah aku ikut.

Contest, Network dan Tag mempunyai kesan viral yang sangat berkesan seperti projek “5 Blog paling kerap dilawati“. Kesan viral akan nampak kesannya dalam jangka masa panjang.

Cukuplah 5 dahulu mengikut pengalaman sendiri, ada banyak lagi cara nak popularkan blog terutama teknik SEO, Blog Speed, Bounce Rate dan sebagainya. Insyallah next entri. Kepada teman blogger yang ada tips unik sila kongsikan supaya menjadi panduan kepada semua blogger baru dan lama. Ingat tiada jalan pendek untuk sukses begitu juga menguruskan blog.

Denaihati terus berubah mengikut masa :

[ad#nuffnang336]

145 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!