Facebook username untuk Fan Page

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama guna username untuk Facebook setelah dapat ilmu daripada salah seorang blogger tapi maaf tak dapat nak bagi kredit sebab dah lupa. Ada buat tutorial ringkas di entri Pilih Username Facebook. Untuk blog denaihati juga dah lama buat Fan page dan sehingga hari ini dah ada lebih 2900 teman network. Hasrat dan gunakan username untuk Fan page blog denaihati dah lama tetapi asyik lupa je ala fahamlah bila dan mengadap laptop Sony VAIO ni macam-macam kerja perlu dibuat sehingga terlupa juga banyak perkara.

Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!

Akhirnya aku berkesempatan juga memilih username untuk Fan page blog denaihati iaitu DENAIHATInetwork. Kepada yang belum join lansung sahaja ke http://facebook.com/DENAIHATInetwork. Taklah sesusah mana nak buat username untuk Fan page ini. Berikut cara ringkas memilih username Fan page blog anda.

1. Login akaun facebook peribadi anda.

2. Klik http://facebook.com/username

3. Kepada yang sudah memilih username untuk akaun peribadi automatik akan keluar kotak “Each Page can have a username“.

4. Ikut sahaja arahan dan pilih username yang paling sesuai untuk Fan Page blog anda dan ingat username tetap tidak boleh ditukar-tukar.

Username untuk Fan Page Facebook

Sehingga hari ini aku konsisten dengan matlamat menggunakan Facebook iaitu untuk promosi blog, produk dan komunikasi antara teman blogger, keluarga dan teman rapat. Aku tidak terlalu obses dengan Facebook sehingga boleh mengacaubilaukan rumahtangga dan kehidupan di dunia nyata. Aku juga tidak terikat dengan berbagai games di facebook yang memerlukan di monitor setiap masa. Alhamdulillah facebook antara penyumbang trafik yang besar untuk blog denaihati.

Gandakan Trafik Fcaebook & Prospek 300%

Terima kasih kepada semua teman Facebook yang sering singgah ke denaihati.com semuga ada sedikit ilmu yang diperolehi dari sini.


Spread the love

76 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!