Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, pernah tak melalui pengalaman kesusahan hidup kemudian Allah hantar seseorang untuk membantu kemudian beliau pergi begitu sahaja tanpa sempat kita mengucap terima kasih. Aku masih teringat-ingat seorang lelaki yang membantu aku menukar tayar kereta Nazaria yang pancet ketika aku dalam perjalanan untuk pergi interview tander kafeteria di IJN. Beliau datang secara tiba-tiba dan pergi meninggalkan aku tergesa-gesa tanpa sempat aku mengambil no telefon atau alamat pejabat untuk dihubungi.
Memang benar kata Ulama bila kita membantu jangan harap balasan manusia tetapi haraplah balasan Allah pasti kita tidak akan kecewa. Mungkin juga suatu masa dahulu aku pernah membantu seseorang jadi Allah hantarkan seseorang yang lain apabila aku ditimpa kesusahan. Pasti lelaki yang membantu aku itu akan dibantu Allah apabila beliau menghadapi sebarang kesusahan.
Tetapi ….
Bukan semua melalui pengalaman yang indah seperti aku.
Hati aku terdetik sedih apabila membaca kisah seorang sahabat di entri sahabat ensem ini yang sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian yang lain. Kesusahan bukanlah bermakna Allah SWT itu zalim kepada hambanya setelah berkorban HATI tetapi sebagai ujian untuk meningkatkan makam iman kepada tahap yang lebih terbaik dari baik. Kalau dulu ramai yang kenal beliau tapi sekarang kalau sebut nama pun belum tentu ada yang kenal, benarlah kalau ada isthilah “From Hero to Zero“.
Alhamdulillah asbab dari entri Abang Ensem tersebut bermula suatu perkenalan dengan beliau yang kebetulan beliau adalah sahabat baik kepada sahabat aku yang juga Toke Restoran Nasi Kukus TTDI, Shah Alam, terasa kecik dunia ni.
Setelah berbincang tuan badan bersetuju menjadi Penulis Jemputan di blog Denaihati berkongsi pengalaman beliau menjadi Penderma HATI. Semuga pengalaman beliau menjadi pengajaran yang berharga kepada kita yang masih sibuk dengan hal diri sendiri yang tiada kesudahan. Jangan lah cerita nak derma HATI ……… derma tenaga, derma harta pun kita fikir 1000 kali. Tabik sungguh dengan manusia yang ada kesungguhan membantu sesama manusia sehingga sanggup berkorban nyawa menderma HATi, membantu rakyat Palestine di medan bergolak , keluar berdakwah di negara jauh berbulan-bulan dan sebagainya. Terasa kecik sangat diri ini berbanding mereka-mereka ini.
Semuga blog denaiHATI akan menjadi ruang kepada Penderma HATI, Ahmad Khariri menconteng rasa HATI dan menjadi jambatan antara pembaca setia denaiHATI dengan beliau.
Memang benar Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik tapi pasti Allah SWT akan balas kebaikan dengan jutaan ganjaran yang diluar dugaan.
Tunggukan tulisan ikhlas dari Ahmad Khariri …
Terima kasih juga kepada Abang Ensem ….
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) : Al Baqarah ayat 214.
304 Comments
Teramat sukar mencari penderma organ,
Hanya yang betul2 berhati mulia sanggup menderma,
Walau apapun alasannya diberikan,
Penderman adalah insan yang pemurah sebenarnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
betul tu…iya melibatkan nyawa dan kkehidupan lagi…
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
Pengorbanan yang besar untuk memberikan sinar harapan kepada seorang insan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Sudah masanya pulang ke sarang
pengorbanan yang tak mungkin dapat dibalas di dunia ni….
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
Hanya terserah pada Yang Esa,
Pasti pengorbanan ini amat mulia di sisiNYa,
Semoga adalagi insan sepertinya,
Sanggup menderma hati demi membantu yg memerlukannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Walaupun diri hidup merana,
Apakan daya kita hanya insan biasa,
Hanya terserah pada Yang Esa,
Pasti pengorbanan ini amat mulia di sisiNYa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Penderma hati seorang yang mulia,
Sanggup berkorban demi nyawa,
Walaupun diri hidup merana,
Apakan daya kita hanya insan biasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Mahu menunggu cerita Ahmad Khariri,
Untuk mengetahui kisah selanjutnya,
Boleh di siar di blog Denaihati,
Bolehlah sama-sama berkongsi derita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
harap2 nasibnya akan lebih terbela lepas pendedahan ini..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..#BoycottApple
menunggu kisah tersebut di blog denaihati.
Penderma organ teramat sedikit,
Apa nak jadi rakyat Malaysia,
Agama saja Islam tapi serba serbi mengungkit,
Kibarkan Jalur Gemilang pun cukup kecewa.
# Inikan pula menderma organ, amat kurang. Yang ada itulah patutu diberi anugerah, bukannya dibiarkan begitu saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Sekali air bah sekali pantai berubah,
Berkali-kali buat jahat akhirnya akan rebah.
Kebaikan yang dibuat amat terindah,
Tapi jangan harap sesuatu sebagai upah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali,
Moga Allah balas jasanya,
Kerana manusia susah mengingati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Masyaallah masih ada org yg pemurah mcm ni.. Sanggup berkorban nyawa untuk org lain.. Semoga saudara tersebut terus di beri kekuatan untuk meneruskn hidup.. Buat baik d balas baik.. Buat jahat sendiri tahu apa blsannya nanti
Bila kita berbuat baik dan ikhlas kepada seseorang maka hendaklah kerana Allah…oleh itu kita serahkan kepada Allah apa jua pun balasannya…janganlah meletakkan harapan kepada orang yang kita tolong itu…
Curahan rasa Syarih @ ..Hari Raya, Silaturahim dan Kejiranan.
yang penting Allah tahu….!!!!
Balasan dariNya lagi best…
penderma hati kt mlysia nie tak ramai. yg mula2 derma tak silap yg kwin dgn penungang kuda. tp tak taula ini ke orgnya
Comments are closed.