Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, pernah tak melalui pengalaman kesusahan hidup kemudian Allah hantar seseorang untuk membantu kemudian beliau pergi begitu sahaja tanpa sempat kita mengucap terima kasih. Aku masih teringat-ingat seorang lelaki yang membantu aku menukar tayar kereta Nazaria yang pancet ketika aku dalam perjalanan untuk pergi interview tander kafeteria di IJN. Beliau datang secara tiba-tiba dan pergi meninggalkan aku tergesa-gesa tanpa sempat aku mengambil no telefon atau alamat pejabat untuk dihubungi.
Memang benar kata Ulama bila kita membantu jangan harap balasan manusia tetapi haraplah balasan Allah pasti kita tidak akan kecewa. Mungkin juga suatu masa dahulu aku pernah membantu seseorang jadi Allah hantarkan seseorang yang lain apabila aku ditimpa kesusahan. Pasti lelaki yang membantu aku itu akan dibantu Allah apabila beliau menghadapi sebarang kesusahan.
Tetapi ….
Bukan semua melalui pengalaman yang indah seperti aku.
Hati aku terdetik sedih apabila membaca kisah seorang sahabat di entri sahabat ensem ini yang sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian yang lain. Kesusahan bukanlah bermakna Allah SWT itu zalim kepada hambanya setelah berkorban HATI tetapi sebagai ujian untuk meningkatkan makam iman kepada tahap yang lebih terbaik dari baik. Kalau dulu ramai yang kenal beliau tapi sekarang kalau sebut nama pun belum tentu ada yang kenal, benarlah kalau ada isthilah “From Hero to Zero“.
Alhamdulillah asbab dari entri Abang Ensem tersebut bermula suatu perkenalan dengan beliau yang kebetulan beliau adalah sahabat baik kepada sahabat aku yang juga Toke Restoran Nasi Kukus TTDI, Shah Alam, terasa kecik dunia ni.
Setelah berbincang tuan badan bersetuju menjadi Penulis Jemputan di blog Denaihati berkongsi pengalaman beliau menjadi Penderma HATI. Semuga pengalaman beliau menjadi pengajaran yang berharga kepada kita yang masih sibuk dengan hal diri sendiri yang tiada kesudahan. Jangan lah cerita nak derma HATI ……… derma tenaga, derma harta pun kita fikir 1000 kali. Tabik sungguh dengan manusia yang ada kesungguhan membantu sesama manusia sehingga sanggup berkorban nyawa menderma HATi, membantu rakyat Palestine di medan bergolak , keluar berdakwah di negara jauh berbulan-bulan dan sebagainya. Terasa kecik sangat diri ini berbanding mereka-mereka ini.
Semuga blog denaiHATI akan menjadi ruang kepada Penderma HATI, Ahmad Khariri menconteng rasa HATI dan menjadi jambatan antara pembaca setia denaiHATI dengan beliau.
Memang benar Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik tapi pasti Allah SWT akan balas kebaikan dengan jutaan ganjaran yang diluar dugaan.
Tunggukan tulisan ikhlas dari Ahmad Khariri …
Terima kasih juga kepada Abang Ensem ….
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) : Al Baqarah ayat 214.
304 Comments
sungguh kuat ujian beliau,, tidak ramai mempunyai kekuatan dalam seperti ini untuk mengahrungi onak duri kehidupan,semoga beliau diberkati hidupnya…
#gua begitu kagum dengan ayat 214, surah al-Baqarah tu
Curahan rasa azriff @ ..Mat Bond Full Movie (mat sentul) watch online
jarang ada yang bnar2 baik tanpa mengharapkan balsan…
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
DH saya sendiri mengenali penderma hati tuh secara dekat …
terasa kecil dunia ini .. sesudah terputus khabar beberapa tahun ini
bertemu juga juga pada awal sekitar januari kalau tak salah ….
Curahan rasa namia @ ..Dari Personal Ke Informasi ?
bertuahnya namia kerana mengenali seseorang spertinya…
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
Tak sabar rasanya nak baca pengalaman beliau.
Curahan rasa Fadzmie @ ..Raya sudah berlalu
Susah nak jumpa insan yang semulia dia…betul tu DH kita pun akan berfikir 1000 kali kalau nak buat macam dia.
betul tu, memang sukar untuk mencari orang yang mempunyai sikap murni seperti ini
Curahan rasa lewis @ ..Google Nexus 7 Di Malaysia
betul tu…lebih2 lagi yang melibatkan nyawa dan kehidupan…
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
mengharapkan balasan dr mnusia nie dunia je.. yg pasti akhirat nanti.. bersabar laa saudara/i..
Curahan rasa shera @ ..BE raya
Memang sering terjadi air susu dibalas air tuba
manusia macam itu tak mgenang budi…
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
balasan dari manusia x penting
balasan dari Allah yang harapkan kekal selamanya…
Curahan rasa auc dot com @ ..Lemang Oh! Lemang
Betapapun beratnya ujian dan cobaan yang datang pada seorang Mukmin, Allah pasti akan mendatangkan pertolongan padanya, asalkan ia tetap istiqomah , memohon padaNya dengan sabar dan shalat
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Dalam kehidupan sehari-hari banyak fakta dan kejadian yang membuktikan kebenaran datangnya pertolongan Allah pada orang yang istiqomah dan selalu memohon pada-Nya
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Mereka selalu lolos dari berbagai problem dan masalah yang dihadapi dengan pertolongan yang menakjubkan dari Allah SWT
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Saya ingat pesan guru ngaji saya sewaktu masih bujang, “Janganlah kamu mengaku selalu berbuat baik, tapi akuilah selalu berbuat maksiat, meskipun kamu senantiasa berbuat baik”
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
belum baca kisah hati dia dah tersentuh hati ni…
Curahan rasa auc dot com @ ..Lemang Oh! Lemang
Jadilah matahari yang selalu memberi tanpa pamrih. Ia menerangi kita pada siang hari dan menerangi bulan pada malam hari. Ia juga bermanfaat bagi tumbuhan untuk berfotosintesis dan bermanfaat bagi bumi untuk menurunkan hujan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RAYYA, Cahaya Di Atas Cahaya
Seperti halnya kita sebagai manusia, berperilakulah seperti matahari. Kita berbuat kebaikan kepada sesama manusia tanpa mengharapkan balasan, biarlah Allah SWT yang akan membalasnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RAYYA, Cahaya Di Atas Cahaya
Jika kita berbuat kebaikan, segera lupakanlah kebaikan itu. Sementara jika orang lain berbuat kebaikan kepada kita, kenanglah selalu dan balas budilah sesuai dengan kemampuan kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RAYYA, Cahaya Di Atas Cahaya
Mengingat kebaikan kita terhadap sesama hanya membuat kita ingin dibalas oleh orang yang kita tolong atau membuat diri kesal jika orang tersebut malah membalas dengan keburukan, air susu dibalas dengan air tuba.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RAYYA, Cahaya Di Atas Cahaya
buat baik berpada-pada..InsyaAllah tiada balasan baik dari manusia, mungkin ada balasan baik dari Allah…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Beratur Panjang demi Keropok Lekor Terengganu
kita buat baik dekat dunia, kalau takdapat balasan dekat dunia, dekat akhirat pasti dapat jugak 😀
Memang sedih baca cerita berkenaan beliau di blog abgensem tu. Memang benar,pertolongan dari Allah pasti ada. Mari ramai-ramai doakan untuk beliau.
Curahan rasa aslam @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri
akak ada satu pengalaman, tentang hambaAllah datang membantu lepas tu hilang… masa akak mula2 pandai memandu kereta dulu, masa nak parking lah saat yang agak sukar, satu hari akak pergi ke jusco wangsa maju, kereta kat parking penuh, jenuh pusing dapat satu parking kosong tapi akak sempit, dalam masa akak dok undur dan maju, datang seorang hambaAllah bagi bantuan dengan jadi parking attendance, lepas akak masuk jer kat parking yg betul, toleh ke belakang nak ucap terimakasih, hambaAllah tu udah tidak kelihatan…. terimakasih Allah
Curahan rasa sweetkurma @ ..kisah ku di aidilfitri 2012
Comments are closed.