Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, pernah tak melalui pengalaman kesusahan hidup kemudian Allah hantar seseorang untuk membantu kemudian beliau pergi begitu sahaja tanpa sempat kita mengucap terima kasih. Aku masih teringat-ingat seorang lelaki yang membantu aku menukar tayar kereta Nazaria yang pancet ketika aku dalam perjalanan untuk pergi interview tander kafeteria di IJN. Beliau datang secara tiba-tiba dan pergi meninggalkan aku tergesa-gesa tanpa sempat aku mengambil no telefon atau alamat pejabat untuk dihubungi.
Memang benar kata Ulama bila kita membantu jangan harap balasan manusia tetapi haraplah balasan Allah pasti kita tidak akan kecewa. Mungkin juga suatu masa dahulu aku pernah membantu seseorang jadi Allah hantarkan seseorang yang lain apabila aku ditimpa kesusahan. Pasti lelaki yang membantu aku itu akan dibantu Allah apabila beliau menghadapi sebarang kesusahan.
Tetapi ….
Bukan semua melalui pengalaman yang indah seperti aku.
Hati aku terdetik sedih apabila membaca kisah seorang sahabat di entri sahabat ensem ini yang sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian yang lain. Kesusahan bukanlah bermakna Allah SWT itu zalim kepada hambanya setelah berkorban HATI tetapi sebagai ujian untuk meningkatkan makam iman kepada tahap yang lebih terbaik dari baik. Kalau dulu ramai yang kenal beliau tapi sekarang kalau sebut nama pun belum tentu ada yang kenal, benarlah kalau ada isthilah “From Hero to Zero“.
Alhamdulillah asbab dari entri Abang Ensem tersebut bermula suatu perkenalan dengan beliau yang kebetulan beliau adalah sahabat baik kepada sahabat aku yang juga Toke Restoran Nasi Kukus TTDI, Shah Alam, terasa kecik dunia ni.
Setelah berbincang tuan badan bersetuju menjadi Penulis Jemputan di blog Denaihati berkongsi pengalaman beliau menjadi Penderma HATI. Semuga pengalaman beliau menjadi pengajaran yang berharga kepada kita yang masih sibuk dengan hal diri sendiri yang tiada kesudahan. Jangan lah cerita nak derma HATI ……… derma tenaga, derma harta pun kita fikir 1000 kali. Tabik sungguh dengan manusia yang ada kesungguhan membantu sesama manusia sehingga sanggup berkorban nyawa menderma HATi, membantu rakyat Palestine di medan bergolak , keluar berdakwah di negara jauh berbulan-bulan dan sebagainya. Terasa kecik sangat diri ini berbanding mereka-mereka ini.
Semuga blog denaiHATI akan menjadi ruang kepada Penderma HATI, Ahmad Khariri menconteng rasa HATI dan menjadi jambatan antara pembaca setia denaiHATI dengan beliau.
Memang benar Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik tapi pasti Allah SWT akan balas kebaikan dengan jutaan ganjaran yang diluar dugaan.
Tunggukan tulisan ikhlas dari Ahmad Khariri …
Terima kasih juga kepada Abang Ensem ….
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) : Al Baqarah ayat 214.
304 Comments
Setiap waktu harus kita isi dnegan kebaikan dan bukan keburukan
thanks atas motivasinya 🙂
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Rating Bintang Rich Snippet Google di Blogger
betul sekali, karena waktu yang sudah kita lalui tak akan kembali lagi, juga kelak akan jadi saksi
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Semoga beliau tabah dengan cabaran yang mendatang.., mereka yang biasanya menerima banyak dugaan ni, Allah sayang kan?
Curahan rasa Malaysia Coin @ ..Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka
yang penting kita melakukan rasa dengan tulus ikhlas, tuhan juga bisa menilai mana yang buruk dan mana yang jelek.? artikel menarik, ini bisa menjadi inspirasi yang membacanya.
Curahan rasa obat herbal kanker hati @ ..Obat Herbal Demam Berdarah
Setuju, tanpa diikuti rasa ikhlas kebaikan yang kita lakukan tidka akan menjadi pahala yang suatu saat nanti bisa menolong kita diakhirat
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Daftar Isi / Sitemap Blog Otomatis
Semoga beliau dikurniakan kekuatan untuk mengharungi ujian ini..
Curahan rasa anif @ ..Aktiviti Berziarah Diteruskan
aamiin…kita do’akan sama-sama
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Terima kasih Tuan bagi pihaknya.
what you give you get back …
buat baik berpada pada.. buat jahat jangan sekali.. adakah ia ada kaitan?
Curahan rasa KiD @ ..Eyriqazz vs Denaihati
Buat baik dibalas kebaikan,
Buat Jahat dibalas kejahatan,
Buat kebajikan dibalas kemulian,
Buat keikhlasan dibalas kerahmatan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Insyaallah jika hati kita ikhlas berbuat baik sesama insan, nescaya allah akan membalasnya.
Curahan rasa hatiputera @ ..Apple menang saman paten ke atas samsung
Kembalikan kepada landasan betul,
Supaya tidak lari pada jalan yang benar,
Apa yang dilakukan biarlah tiada masalah yang timbul,
Takut nanti kekecewaan pada diri jika tidak sabar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Hala tuju mesti selari,
Jangan ada ada tergelincir destinasi,
Terserah pada Ilahi segala yang dicari,
Apa yang diberi adalah rezeki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Hati mulia amat diperlukan kini,
Untuk memberi kesinambungan pada kebaikan diri,
Untuk menyerah segalanya pada Ilahi,
Bagi melengkapkan keimanan yang dimiliki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
baru je lepas ke blog langit ilahi dan dengar Hilal Asyraf cakap dia memang masuk dalam tong sampah kata2 ini “jika kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita”. sememangnya Allah yang akan berikan balasan baik kepada kita, bukan manusia. tak semua manusia yang akan berbuat baik kepada kita bila kita buat baik pada dia. Tak sabar nak baca cerita Ahmad Khariri.
Curahan rasa Sya Isya @ ..GENG SKODENG BLOG
Buak hanya penderman organ, yang pergi berjihat ke negara luar yang bergolak membantu rakyat yang ditimpa kesusahan akibat sekatan ekonomi, sekatan antarabangsa, boikot drp kuasa2 besar dunia, peperangan sesama seagama Islam di negara Arab dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Perlu diberi tabik spring kepada penderman organ, yang betul2 ikhlas saja sanggup lakukannya. Pengorbanan ini bukan main2, perlu berkorban nyawa sendiri utk menyelamatkan nyawa insan lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Comments are closed.