Bounce Rate blog Denaihati 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, memang sudah lama sangat tak menulis  tajuk berkenaan  blogging tips mungkin kerana dah ramai pakar yang lebih mahir bercerita tentang tajuk ini. Atau mungkin kerana blogger sudah tidak  kisah sangat dengan tektikal mengurus blog kerana sudah ada sosial media yang boleh membantu memberi trafik. Jarang terbaca entri yang membincagan tentang tajuk blogging tips tetapi lebih kepada advetorial sana sini.

Kali ini kongsi cerita gembira blog Denaihati kisah Bounce rate. Dulu bounce rate blog ini tak pernah kurang daripada 65% kekadang mencapai sehingga 80%, naik pening memikirkan teknik untuk mengurangkan bounce rate. Pernah buat entri “Bounce rate 64.55%” kerana rasa happy turun bawah 65%. Dalam entri tersebut dicatatkan bouce rate yang terbaik untuk sesebuah blog yang berkualiti. Kepada yang tidak memikirkan kualiti berapa  peratus bounce rate memang tidak penting.

Kepada rakan blogger baru yang mungkin tak berapa  mahir dengan makna bounce rate sila baca artikel “Bounce rate tak sesuai untuk blog” ada sedikit kupasannya. Bounce rate yang rendah menunjukkan entri kita berkualiti sehingga pembaca yang datang pertama kali akan menyemak berbagai informasi lain yang kita tulis selain informasi yang mereka cari melalui google search. Top Blog Malaysia yang memang sangat terkenal dalam industrinya menjadi motivasi kepada aku kerana bounce rate sangat rendah hanya 1.89% sahaja.

bounce rate blog denaihati

Alhamdulillah terkini 2016, bounce rate blog Denaihati adalah 5.51% dan semua ini tidak berlaku tanpa sengaja pasti ada usaha-usaha dilakukan. Antara nasihat paling utama yang aku ikut adalah daripada sifu pendekar iaitu “bounce rate tinggi kerana salah link“. Sekarang lebih mudah dengan berbagai fasiliti yang disediakan oleh wordpress untuk menghasilkan penulisan dan blog yang berkualiti.

Kenapa agaknya perlu ada blog berkualiti adalah untuk penjenamaan untuk meningkatkan nilai harga blog kita dimata pengiklan. Bila blog kita ada kualiti baru boleh letak harga yang sesuai sebagai blogger profesional yang dipercayai oleh industri kerana sentiasa ada dalam senarai enjin carian. Memang ada blogger yang tidak kisah dengan tektikal begini kerana mereka menang pada faktor yang lain. Soalnya berapa lama boleh bertahan?


Spread the love

61 Comments

  1. Saya pun selalu menganalisa bounce rate saya menggunakan tool GA.

    Masih perlu diperbaiki. Dari pandangan saya, untuk mengurangkan bounce rate blog (tandanya blog berkualiti) kita letakkan link di dalam artikel di mana link tersebut berkaitan dengan artikel yg sedang dibaca.

    Ok tak kaedah ni?
    Curahan rasa Perawat Islam @ ..10 Penangkal SihirMy Profile

  2. apa beza bounce rate alexa/histats dgn google analytics? sebab kadang2 check di analytic google rendah di alexa/histats tinggi

  3. Menghasilkan content yg berkualiti akan mmbuatkan pelawat stay lebih di blog..insyallah sbg seorang blogger baru sy sentiasa pstikan content yg berkualiti & bermanfaat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!