MDeC Ihya Ramadhan 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat jemputan daripada penaja utama SBB2016, Malaysia Digital Economy Corporation untuk majlis berbuka puasa. MDeC Ihya Ramadhan bersama anak-anak yatim diadakan di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya. Tetamu kehormat majlis ini adalah anak-anak yatim daripada berbagai rumah anak yatim di Lembah Klang.




Majlis dimulakan sebelum berbuka puasa dengan ucapan Pengerusi MDeC dan bacaan doa. Selepas berbuka ringkas dan solat maghrib berjemaah majlis disambung dengan makan malam, dendangan lagu rohani oleh kumpulan Muaz & Frens dan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.




Team Denaihati sedang bekerjasama dengan MDeC mempromosi program eRezeki dan eUsahawan untuk membantu warga Malaysia menjadi usahawan online yang berjaya. Ramai pembaca yang mencari keyword YouCanDuit di Google pasti akan terjumpa  blog Denaihati.

Semuga ALLAH memberi keredhaan kepada penganjuran majlis yang baik ini.


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.