Bounce Rate tak sesuai untuk blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri bounce rate tak sangka telah menjadi trend minggu ini dan banyak blog lain juga berkongsi ilmu yang sama …the more the merrier. Alhamdulillah ramai blogger yang semakin faham apa itu bounce rate dan ada juga yang baru pertama kali dengar. Aku nak berkongsi komen dari GreenLava (blog beliau Blogger Sentral memang hebat) tentang bounce rate dari sudut pemikiran yang lain :

Haa bounce rate…

Untuk memahami relevancy bounce rate dengan kualiti blog kita, kita hanya perlu (betul-betul) memahami definisi bounce rate itu sendiri – “Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page.” (yang “Use this metric to measure…” hanyalah cadangan GA (google analytics), bukannya definisi. Ianya lebih ditujukan kepada website, bukan blog).

Saya beri satu senario:

10 minit lepas saya datang direct ke post ini melalui link di Kujie.com. Selepas saya tinggalkan komen, kemungkinan besar saya tak akan ke page yang lain sebab kebanyakannya saya dah baca. Saya akan close tab Denaihati pada browser saya. Saya rasa Denaihati suka pelawat macam saya (perasan) sebab saya datang, baca dan tinggalkan komen (panjang pulak tu). Okay, berbalik kepada bounce rate.

Bila saya close tab nanti, apa kata Google Analytics? Malangnya by definition lawatan saya ini dikira BOUNCE! Itulah kelemahan GA, kalau pelawat stay pada satu-satu page/post ia dikira bounce. Sedangkan inilah yang dilakukan oleh pembaca setia kita, yang subscribe, follow. Mereka datang ke blog kita setiap kali kita publish post baru direct ke post terbaru tersebut. Bila habis baca (dan komen), mereka beredar begitu saja sebab post-post yang lain mereka dah baca semuanya. Dan lawatan mereka semuanya dikira BOUNCE.

Avinash Kaushik sendiri di dalam post yang sama dengan penerangan 30%-60% di atas, mengecualikan blog dari rule tersebut (dia mention asalkan kurang dari 98% kira okay). Kalau kita fikir betul-betul, memang bounce rate tak sesuai untuk mengukur kualiti blog. Setiap post adalah destinasi, bukan transit macam landing page pada website.

Walau bagaimanapun saya masih setuju bounce rate lebih rendah adalah lebih baik, cuma benchmarking rate tu kena ubah. Berdasarkan pemerhatian saya bounce rate untuk sesebuah blog adalah sekitar 70%.

Terdapat satu web analytics yang berbeza daripada yang lain dari segi pengiraan bounce rate – Getclicky. Cara pengiraannya saya rasa lebih sepadan dengan tanggapan kita, bahawa pelawat bounce kerana mereka tak suka blog kita. Getclicky mengkelaskan bounce berdasarkan masa lawatan. Kalau kita lawati hanya satu page dan stay kurang 10 saat, itu dikira bounce. Kalau stay lebih 10 saat ia dah dikira tak bounce. Jadi asalkan saja pelawat singgah di blog kita melebihi 10 saat, ia dah tak bounce, tak kesah berapa page yang pelawat masuk.

(Saya ada terbaca somewhere bahawa pelawat hanya mengambil masa lebih kurang 5 saat untuk memutuskan samada nak stay atau nak blah (bounce), jadi pelawat yang melepasi 10 saat tu sememangnya yang nak stay, nak baca post kita.) Saya cadangkan pasang kedua-dua analytics dan tengok perbezaannya.

Kepada yang belum daftar boleh cuba @ http://getclicky.com/181267. Wordpress juga mempunyai plugin clicky.


Spread the love

72 Comments

  1. dah register dgn clicky…interface dia pun nampak ok.cuma satu akaun untuk satu domain jer.kalau nak multiple kena beli yg bayar punya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!