Kena Lempang Dengan Google

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seronok juga mencuba berbagai strategi dalam menguruskan blog ini. Aku selalu baca tips blogging terutama dari Blogger Profesional luar negara dan cuba praktis cara yang telah mereka lakukan. Antara perkara yang selalu menjadi keutamaan adalah Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time dan lain-lain yang boleh meningkatkan prestasi blog Denaihati. Tapi kalau terlalu kreatif mencuba pun kekadang ada risikonya. Percubaan terbaru menyebabkan blog Denaihati kena lempang dengan Google.

Pernah baca ke entri bertajuk “Bounce Rate 64.55%. Bloag Anda?” dan cara Pendekar mengurangkan Bounce Rate dalam entri “Bounce Rate Tinggi Kerana Salah Link“. Kalau belum, bagus baca untuk jadi tips blogging. Bounce Rate blog Denaihati bulan Julai dan Ogos meningkat terlampau sehingga melebihi 70% menyebabkan aku mencuba satu strategi yang mungkin belum pernah dicuba oleh mana-mana Blogger Malaysia dan Blogger 1Dunia. Hasilnya sangat terlampau apabila Bounce Rate blog Denaihati menurun dari 70% ++ ke 30% ++.

Bounce Rate blog Denaihati Ogos dan September 2011
Bounce Rate blog Denaihati

Suka sangat rasa dihati apabila Bounce Rate blog Denaihati turun sehingga 30%. Tapi kesannya sangatlah negatif antaranya kesemua entri blog Denaihati terkeluar daripada senarai  top 10 Google Search yang menyebabkan trafik organik menurun 80% antaranya entri terkena bahananya “Semak Saman Trafik Online“. Akibatnya jumlah trafik harian blog Denaihati menurun 40%. Bagi yang tak tahu kelebihan trafik organik boleh baca entri “Trafik Organik Dan Kelebihannya“.

Kesan paling dramatis sekali akibat strategi silap menurunkan Bounce Rate adalah status Page Rank blog Denaihati kena lempang dengan Google dari PR4 jadi PR0. Kalaulah masa itu Google update Page Rank memang pastilah blog Denaihati kena bahananya. Strategi sudah dibetulkan, trafik organik sudah kembali normal dan PR4 dah dapat semula. Untuk tahu jumlah trafik dan PR terkini blog Denaihati klik @ Aku.

Kesimpulan dari kejadian ini aku dah tahu macam mana nak turunkan Bounce Rate tapi tak bolehlah buat selalu mungkin 2-3 hari sebulan untuk mengelakkan kena lempang dengan Google. Paling bagus sekali sekarang aku dah tahu macam mana nak uruskan trafik yang masuk menggunakan kaedah iFrame. Itulah janji Allah SWT setiap kejadian pasti ada HIKMAHny yang penting kita sebagai Blogger mesti terus kreatif dan mencuba strategi baru.


Spread the love

191 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!