Assalamualaikum dan salam sejahtera, memang sudah lama sangat tak menulis tajuk berkenaan blogging tips mungkin kerana dah ramai pakar yang lebih mahir bercerita tentang tajuk ini. Atau mungkin kerana blogger sudah tidak kisah sangat dengan tektikal mengurus blog kerana sudah ada sosial media yang boleh membantu memberi trafik. Jarang terbaca entri yang membincagan tentang tajuk blogging tips tetapi lebih kepada advetorial sana sini.
Kali ini kongsi cerita gembira blog Denaihati kisah Bounce rate. Dulu bounce rate blog ini tak pernah kurang daripada 65% kekadang mencapai sehingga 80%, naik pening memikirkan teknik untuk mengurangkan bounce rate. Pernah buat entri “Bounce rate 64.55%” kerana rasa happy turun bawah 65%. Dalam entri tersebut dicatatkan bouce rate yang terbaik untuk sesebuah blog yang berkualiti. Kepada yang tidak memikirkan kualiti berapa peratus bounce rate memang tidak penting.
Kepada rakan blogger baru yang mungkin tak berapa mahir dengan makna bounce rate sila baca artikel “Bounce rate tak sesuai untuk blog” ada sedikit kupasannya. Bounce rate yang rendah menunjukkan entri kita berkualiti sehingga pembaca yang datang pertama kali akan menyemak berbagai informasi lain yang kita tulis selain informasi yang mereka cari melalui google search. Top Blog Malaysia yang memang sangat terkenal dalam industrinya menjadi motivasi kepada aku kerana bounce rate sangat rendah hanya 1.89% sahaja.
Alhamdulillah terkini 2016, bounce rate blog Denaihati adalah 5.51% dan semua ini tidak berlaku tanpa sengaja pasti ada usaha-usaha dilakukan. Antara nasihat paling utama yang aku ikut adalah daripada sifu pendekar iaitu “bounce rate tinggi kerana salah link“. Sekarang lebih mudah dengan berbagai fasiliti yang disediakan oleh wordpress untuk menghasilkan penulisan dan blog yang berkualiti.
Kenapa agaknya perlu ada blog berkualiti adalah untuk penjenamaan untuk meningkatkan nilai harga blog kita dimata pengiklan. Bila blog kita ada kualiti baru boleh letak harga yang sesuai sebagai blogger profesional yang dipercayai oleh industri kerana sentiasa ada dalam senarai enjin carian. Memang ada blogger yang tidak kisah dengan tektikal begini kerana mereka menang pada faktor yang lain. Soalnya berapa lama boleh bertahan?
61 Comments
Lama tidak menjengah ke blog ini… syabas… bukan senang nak dapat bounce rate yang rendah
Curahan rasa Mazuki Blog @ ..Belajar SEO – Perkara-perkara Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berblog
Huhu.. yang ni agak susah saya nak jaga.. lastly… biarkan aje.. cuba berusaha untuk rajinkan diri menulis kembali..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Teknik Kiraan GST Microsoft Excel
Terima kasih atas tips yang berguna tu Denaihati terutama buat blogger yang masih baru dalam bidang ini.
Curahan rasa Jobdirumah101 @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Kena bagi konten yang berkualiti dulu baru boleh pelawat melekat di blog kita. Bukan begitu ke tuan Hj Amir?
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Terima kasih blog DH kerana selalu memberikan inspirasi kepada kami yang masih bertatih dalam dunia blogging nie.. 😀
Curahan rasa arnie @ ..20 Rawatan Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa
Memang terbaik, itu namanya usaha tangga kejayaan. Dengan usaha yang betul, In Sha Allah kita berjaya
Dari 60 % ke bawah 10% ?
Hebat tu. Sayangnya tuan x tau apa penyebabnya. Bkn apa, nak mengurangkan bounce rate susah — melainkan content kita jenis sensasi.
Kalau blog hanya niche yang sama mungkinlah orang akan melekat lebih lama. Tapi kalau yang jenis rojak ni agak susah juga tu..
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
new visitor ny banyak sangat , mungkin itu yang menyebabkan brounce rate denaihati bisa naik
Curahan rasa gaya modern @ ..Model Batik Cowok Terbaru Dan Modern Untuk Ke Undangan
Bounce rate dekat Alexa tu boleh percaya tak? Ke kena percaya dekat Google Analytic je?
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Tiada Duit Boleh Beli Rumah Dengan Modal Yang Minima
Semua boleh dijadikan rujukan sebab cara pengiraan berbeza. Saya lebih suka guna Google kerana banyak trafik organik blog ini datang daripada Google Search.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman naik pengangkutan awam Malaysia
Banyak nak kena belajar lagi ini untuk kurangkan bounce rate. Sebelum tu kena konsisten dulu menulis dalam blog agar tidak tenggelam timbul.
Curahan rasa emalin mohd @ ..Paras Kolestrol Jahat Turun, Migrain Pun Hilang
Terima kasih sbb sudi berkongsi ilmu tentang dunia blogging ne..baru tau sikit2
Curahan rasa Imah @ ..Cara Kuruskan Badan Lepas Bersalin
harap lepas ni DH lebih banyak buat entri tutorial dan info mengenai blogging
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Buffet Ramadan Murah di Kuala Lumpur 2016
Banyak lagi yang saya perlu pelajari mengenai blogging ni..harap boleh dapat tips2 di blog ni.
Curahan rasa coffeene @ ..Tragedi semasa di Phuket yang lalu
Banyak lagi ilmu nak kena belajar berkenaan blogging ni..tunjuk ajarku sifu
Curahan rasa coffeene @ ..Tragedi semasa di Phuket yang lalu
Hebatnya blog DH..
Saya masih belajar lagi cara-cra nak mengurangkan bounce rate yang tinggi ni
Terima kasih
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa
Comments are closed.