Biodata Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

PENSYARAH Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beberapa bulan lalu.

Biodata

Dr Luqman bin Haji Abdullah berusia 51 tahun yang dilahirkan pada 12 September 1969 di kampung pondok lubok tapah, pasir mas, Kelantan. 

Beliau merupakan anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.

Pendidikan

Pendidikan formal beliau ialah di Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas (1976-1980), Sekolah Menengah Ugama (Arabiah), Pasir Mas (1981-1986), Pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri (1987-1989) dan peringkat sarjana muda di Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya (1989-1993).

Pernah mengikuti pengajian undang undang perbandingan di UIA (1994-1995).

Dr Luqman juga mendapat bimbingan pendidikan agama menerusi Allahyarham bapanya dan aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum dan seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang persoalan wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional

Beliau pernah berada di united Kingdom selama 4 tahun untuk pengajian peringkat PhD dan telah memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang undang harta islam.

Penulisan

Beliau juga telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding prosiding di dalam dan luar negara. 

Kerjaya

Peringkat profesional, beliau adalah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Tahniah diucapkan kepada Dr. Luqman Abdullah di atas perlantikannya sebagai Mufti Wilayah yang baharu.


Spread the love

One Comment

  1. Diakui sebagai Tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Alhamdulillah, semoga keilmuannya dan sikap peribadi yang diwarisi dari ayahnya akan dapat membangunkan umat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!