Bounce Rate blog Beautifulnara memang gila

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih sangat kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi menjemput aku jadi speaker untuk latihan Sosial Media Network. Peserta dilatih menggunakan Facebook, Twitter dan blog yang sudah menjadi trend masakini. Bertuahlah diaorang ni dulu aku semua merangkak belajar sendiri.

Penganjur telah menjemput Amanz.my, Beautifulnara.com dan Denaihati.com untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta. Aku ambil perluang untuk berkongsi sejarah blog Denaihati dan susah payah membina jenama mengguna berbagai strategi. Bukan senang nak jadi terkenal perlu ada usaha, strategi dan sentiasa mesra dengan blogger lain.

Aku tak berkesempatan mendengar perkongsian kejayaan Amanz.my kerana beliau dijemput sehari lebih awal. Berkongsi pengalaman di hadapan Blogger #1 Malaysia, Abang Nara memang mendebarkan. Sesekali aku toleh kearah beliau ketika presentation beliau akan tersenyum.

Pengalaman awal Abang Nara menulis blog sama juga seperti blogger terkenal yang lain. Awal-awal dulu setiap 5 minit dia refresh blog untuk lihat jumlah trafik blog yang masuk dan bila tak ada trafik akan rasa kecewa. Semua tergelak besar bila dengar cerita benar Abang Nara. Pengalaman yang sama juga aku lalui dan mungkin juga perkara yang sama dibuat oleh blogger yang lain. Rupanya makna Beautifulnara tu negara yang cantik, Nara tu bahasa Korea almaklumlah dulu Abang Nara belajar di Korea.

Nak terkeluar biji mata bila tengok jumlah trafik blog Beautifulnara.com sekarang, sehari lebih kurang 200 ribu dan sebulan lebih kurang 5 juta. Abang Nara juga tunjukkan trafik dua tiga tahun lepas memanglah jauh berbeza dari sekarang. Yang paling menarik angka untuk Bounce Rate hanya 1.89%. Maknanya 92% pelawat blog Beutifulnara akan klik entri lain dan lain apabila datang melawat. Memang hebat gila lah blog ni sehingga Abang Nara berhenti kerja untuk fokus pada blog beliau. Memang tidak pelik kalau mengikut alexa ranking blog Beautifulnara adalah blog #1 Malaysia.

Berapa bounce rate blog anda? Bounce rate blog Denaihati 68% jauh sangat nak dibandingkan dengan blog Beautifulnara. Kepada Student Akademi Denaihati nak tahu bounce rate ni kena daftar dengan Google Anakytics.

Bounce Rate nampak mudah tapi susah nak praktikan

Pernah terbaca katanya bounce rate yang terbaik adalah kurang dari 30%. sekadar cadangan mulai hari ini apa kata setiap kali kita blogwalking blog kawan- kawan jangan hanya baca entri terbaru tapi ringan-ringankan tangan klik entri yang lain. Apabila kita rajin klik dua tiga entri lain pasti bounce rate blog tersebut akan menurun begitu juga apabila pelawat buat perkara sama kepada entri blog kita maka bounce rate blog kita juga akan berkurangan. Sebelum kita harap pembaca setia kita klik banyak entri setiap kali mereka singgah kita pun kena buat perkara yang sama pada blog kawan-kawan kita. Nak canggih lagi setiap kali kita baca entri rajin-rajin juga klik button FBlike dan retweet untuk berkongsi trafik, kan hidup ini untuk memberi.

Antara perkara yang boleh kita tambah dalam blog untuk membantu pembaca setia klik entri-entri yang lain antaranya memasang Related post, Popular post, Most comment post, Trending now dan tips Abang Nara letak gambar yang menarik dalam setiap entri sebab pembaca suka tengok gambar. Kalau belum pasang semua ini kena fikir-fikir untuk mula memasang segera bagi menurunkan Bounce Rate blog kita.


Spread the love

315 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!