Bounce Rate 64.55%. Blog anda?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernahkah teman-teman blogger kisah dengan bounce rate blog anda atau mungkin ini kali pertama mendengar keywords “bounce rate“.  Mengikut Google Analytics maksud bounce rate adalah : Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy. Sengaja aku tidak terjemahkan supaya tidak lari maksud apa itu bounce rate.

Kalau mengikut terjemahan Saudara Steward John melalui komen beliau maksud bounce rate ini adalah : Yang saya pernah terbaca bounce rate ni peratusan pembaca yang datang dekat page kita tanpa menyelak page lain.. stay dekat frontpage jer.. Contoh paling terbaik, aktiviti berblogwalking.. singgah dekat blog orang lain, tinggalkan jejak lepas tu larik pegi tempat lain.

Mengikut pakar Google Analytics, Avinash Kaushik jika bounce rate di bawah 30% adalah yang terbaik tetapi sekiranya melebihi 60% bermakna blog atau website tersebut bermasalah. Ada banyak cara untuk kira mengurangkan bounce rate yang akan dibincangkan dalam entri-entri yang lain. Aku sekarang sedang bereksperimentasi dengan berbagai cara untuk mengurangkan bounce rate blog denaihati.

Masihkah teman-teman ingat entri Plan 100 hari dimana aku berazam untuk mengurangkan bounce rate bawah 50%. Bounce rate yang tertingi pernah direkodkan oleh Google Analytics untuk blog ini adalah 79.31%. Setelah membuat berbagai study dan cuba mempraktikan secara berperingkat hari ini bounce rate blog ini telah menurun ke 64.55%. Banyak kesilapan telah dilakukan dalam usaha mengejar trafik sehingga terlupa untuk menguruskan setiap pelawat yang datang ke blog ini. Alhamdulillah dah nampak ada cahaya cerah tetapi masih jauh dari angka 50%. Mungkin juga contest iPad 2 untuk teman setia akan dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan bounce rate blog ini.

Sumber dari Google Analytic

Kenapa aku kisah dengan bounce rate kerana bounce rate ini akan memberi gambaran sejauh mana berkualitinya blog di sisi masyarakat online. Jika lebih 70% pelawat yang singgah sebentar dan terus berlalu ini bermakna apa yang aku tulis selama ini adalah SAMPAH bukan ILMU. Perubahan yang paling ketara apabila bounce rate blog ini menurun dari 79.31% ke 64.55% adalah bertambahnya pelawat organik daripada 27.44% ke 41.33%. Bayangkan lah kalau blog ini mempunyai 80% trafik organik mesti bestkan macam blog Kakjie. Semuanya perlukan strategi dan kerja kuat … insyallah akan terus berusaha kan bijak pandai ada berkata carilah ilmu hingga ke liang lahat. Maknanya kita tak boleh berpuashati dengan apa yang ada sekarang.

Ada macam-macam cara untuk kurangkan bounce rate .. ada yang nak berkongsi ilmu ke?


Spread the love

156 Comments

  1. Pingback: Bounce Rate 44.12%:Apakah ini bagus? | Izwannizam Ruslim
  2. Saya yakin Bouncerate bloh ini pasti semakin berkurang dengan semakin banyaknya fitur yang memanjakan pengunjung untuk berlama-lama disini.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..BOM CIREBONMy Profile

      1. salah satu sebab bounce rate blog Denaihati ini tinggi adalah kerana bila orang klik kat link yang ada dalam sesuatu entry, entry tersebut akan terus digantikan dengan page blog yang di klik tadi.

        Dengan kata lain, link yang diletakkan di sini adalah bersifat “OPEN IN SAME PAGE”. Oleh kerana itu, bounce rate nya akan menjadi lebih tinggi.

        Berlainan pula jika kita setkan link tersebut dengan meletakkan coding target=”blank” yang bermaksud ianya akan di open in new tab mahupun new windows bergantung kepada default setting yang kita setkan pada browser.

        Pendekar selalu praktikkan kaedah tersebut kerana situasi benci apabila di klik sahaja link itu. ia akan buka di page yang sama. Tak tahu pula sebenarnya ia ada kaitan dengan bounce rate. dan kini memang dah tahu..

        kaedah penggunaan coding untuk OPEN IN NEW TAB / OPEN IN NEW WINDOWS adalah seperti contoh di bawah ni.

        TAJUK

        berlainan pula yang selalu ada di blog ini iaitu codingnya adalah seperti di bawah

        TAJUK

        Boleh juga digantikan target=”blank” tersebut kepada target=”_blank” …

        itu adalah penting untuk meningkatkan masa pelawat di blog kita. Juga untuk mengurangkan bounce rate seberapa rendah yang mungkin.

        semoga perkongsian ini lebih baik untuk blog ini. (^_^)
        Curahan rasa Pendekar @ ..@UJANG!! BAIK KAU MENGAKU!! KAU BUAT APA KAT SINI WEIII!! KURANG AJAR!! CISSS!!My Profile

        1. Dari wikipedia sendiri dikatakan, rumus perhitungan Bounce Rate adalah:

          Total Jumlah Kunjungan Satu Halaman Saja dibagi dengan Total Jumlah Kunjungan Keseluruhan x 100%

          Perhitungan di atas adalah perhitungan sederhana yang disetujui banyak master, meskipun Google memiliki perhitungan yang jauh lebih spesifik termasuk mempertimbangkan waktu kunjungan.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto dan Video Konser Justin Bieber di IndonesiaMy Profile

          1. Bounce Rate adalah nilai untuk mengukur, seberapa lama pengunjung bertahan pada satu halaman web dan kemudian pergi dari halaman itu. Tentu saja ini bergantung pula pada fungsi dari halaman itu sendiri. Apakah yang ditampilkan pada halaman itu cukup dimengerti informasinya, sehingga hanya perlu waktu singkat bagi pengunjung untuk mendapatkan apa yang diinginkan dari halaman tersebut. Ataupun, banyak atau tidaknya aktivitas yang bisa dilakukan pengunjung pada suatu web page (ini berkaitan dengan rendahnya nilai Bounce Rate, bila pada suatu web page terdapat banyak URL yang bisa di klik).
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto dan Video Konser Justin Bieber di IndonesiaMy Profile

    1. “Bounce Rate adalah persentase kunjungan satu halaman (yakni kunjungan yang yang didapatkan saat pertama kali ia masuk) Bounce Rate yang tinggi secara umum menunjukkan bahwa halaman masuk (arahan) tidak relevan dengan pengunjung Anda. “

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!