Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada teman blogger yang respond entri Adakah blogger kenal blog sendiri dan sudi bantu denaihati untuk selesaikan isu url yang lebih daripada 100 mengikut Meta Tag Analyzer. Pada awalnya mengikut analisa tersebut blog denaihati ada 132 url dan ini boleh menyebabkan masalah di search engine tertentu. Jumlah url terbaik yang dicadangkan adalah kurang dari 100. Aku dah nampak masalah ini sejak setahun yang lalu dan ini adalah antara sebab aku berhijrah ke domain sendiri. Aku pun tak beberapa faham sangat isu walaupun dah cuba beberapa kali mengubahsuai. Yang jadi masalah bagi aku adalah mengenal pasti link mana yang dikira berlebihan tu.
Mengikut panduan Kak Jie owner blog kujie2.com dan Azuanrazi owner blog azuanrazi.com cara mudah untuk mengenalpasti adalah dengan menggunakan tool SEO Doctor adds on yg boleh dipasang di firefox. Aku pernah nampak cerita SEO doctor ni di blog kak jie tapi tak berapa faham sangat. Mengikut SEO doctor semua dofollow link akan berwarna kuning. Sekarang dah faham dah.
Antara panduan yang boleh aku kongsikan untuk mengurangkan jumlah url di blog yang telah aku lakukan adalah :
1. Panduan dari kak jie yang di email kepada aku adalah :
a. Jadikan link dofollow di mainpage kepada link nofollow dengan memasukkan rel=”nofollow” di hadapan link yang terdapat di mainpage contoh rel=”nofollow” href=”http://twitter.com/denaihati”
b. Kurangkan bilangan entri di mainpage lagi pun kan dah ada recent posts. Aku kurangkan dari 10 ke 5.
c. Buang link yang tak penting jadi aku dah buang link FB sebab dah ada FB Fanpage.
2. Panduan dari Greenlava owner blog BloggerSentral.com melalui komen beliau di entri Adakah blogger kenal blog sendiri :
a. Kurangkan katogeri jadi aku dah buang lebih daripada 10 katogeri dan tukar jadikan tag.
b. Unlink kan comment count. (Aku tengah fikir nak buat macam mana tapi pasti ada cara dan kesannya.
Semua panduan di atas benar-benar telah mengurangkan jumlah url dan Meta Tag Analyzer dah bagi warna hijau. Ada sesiapa lagi nak tambah panduan mengurangkan url sangat-sangat dialu-alukan. Bak kata pepatah orang tua Sharing is caring. Kepada pengguna wordpress boleh install plugin All in One SEO untuk memantapkan Meta Tag. Semua ni penting kalau kita betul-betl serious nak berblog tak percaya baca entri terbaru Ariffshah.com.
Next projek aku nak tukarkan warna merah Web Page Analyzer ke warna hijau. Ada yang boleh bantu ke? Kepada yang nak membantu sila check result denaihati di http://analyze.websiteoptimization.com.
[ad#nuffnang336]
180 Comments
woh..masih fenin2 blur2 baca pasal benda ni… :p
sy gune plugin Platinum SEO .. lebih kurang jer rasenye dgn all-in-one seo kan?
Comments are closed.