Bounce Rate 64.55%. Blog anda?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernahkah teman-teman blogger kisah dengan bounce rate blog anda atau mungkin ini kali pertama mendengar keywords “bounce rate“.  Mengikut Google Analytics maksud bounce rate adalah : Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy. Sengaja aku tidak terjemahkan supaya tidak lari maksud apa itu bounce rate.

Kalau mengikut terjemahan Saudara Steward John melalui komen beliau maksud bounce rate ini adalah : Yang saya pernah terbaca bounce rate ni peratusan pembaca yang datang dekat page kita tanpa menyelak page lain.. stay dekat frontpage jer.. Contoh paling terbaik, aktiviti berblogwalking.. singgah dekat blog orang lain, tinggalkan jejak lepas tu larik pegi tempat lain.

Mengikut pakar Google Analytics, Avinash Kaushik jika bounce rate di bawah 30% adalah yang terbaik tetapi sekiranya melebihi 60% bermakna blog atau website tersebut bermasalah. Ada banyak cara untuk kira mengurangkan bounce rate yang akan dibincangkan dalam entri-entri yang lain. Aku sekarang sedang bereksperimentasi dengan berbagai cara untuk mengurangkan bounce rate blog denaihati.

Masihkah teman-teman ingat entri Plan 100 hari dimana aku berazam untuk mengurangkan bounce rate bawah 50%. Bounce rate yang tertingi pernah direkodkan oleh Google Analytics untuk blog ini adalah 79.31%. Setelah membuat berbagai study dan cuba mempraktikan secara berperingkat hari ini bounce rate blog ini telah menurun ke 64.55%. Banyak kesilapan telah dilakukan dalam usaha mengejar trafik sehingga terlupa untuk menguruskan setiap pelawat yang datang ke blog ini. Alhamdulillah dah nampak ada cahaya cerah tetapi masih jauh dari angka 50%. Mungkin juga contest iPad 2 untuk teman setia akan dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan bounce rate blog ini.

Sumber dari Google Analytic

Kenapa aku kisah dengan bounce rate kerana bounce rate ini akan memberi gambaran sejauh mana berkualitinya blog di sisi masyarakat online. Jika lebih 70% pelawat yang singgah sebentar dan terus berlalu ini bermakna apa yang aku tulis selama ini adalah SAMPAH bukan ILMU. Perubahan yang paling ketara apabila bounce rate blog ini menurun dari 79.31% ke 64.55% adalah bertambahnya pelawat organik daripada 27.44% ke 41.33%. Bayangkan lah kalau blog ini mempunyai 80% trafik organik mesti bestkan macam blog Kakjie. Semuanya perlukan strategi dan kerja kuat … insyallah akan terus berusaha kan bijak pandai ada berkata carilah ilmu hingga ke liang lahat. Maknanya kita tak boleh berpuashati dengan apa yang ada sekarang.

Ada macam-macam cara untuk kurangkan bounce rate .. ada yang nak berkongsi ilmu ke?


Spread the love

156 Comments

  1. Haa bounce rate…
    Untuk memahami relevancy bounce rate dengan kualiti blog kita, kita hanya perlu (betul-betul) memahami definisi bounce rate itu sendiri –
    “Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page.”
    (yang “Use this metric to measure…” hanyalah cadangan GA, bukannya definisi. Ianya lebih ditujukan kepada website, bukan blog).
    Saya beri satu senario:
    10 minit lepas saya datang direct ke post ini melalui link di Kujie.com. Selepas saya tinggalkan komen, kemungkinan besar saya tak akan ke page yang lain sebab kebanyakannya saya dah baca. Saya akan close tab Denaihati pada browser saya.
    Saya rasa Denaihati suka pelawat macam saya (perasan) sebab saya datang, baca dan tinggalkan komen (panjang pulak tu).
    Okay, berbalik kepada bounce rate. Bila saya close tab nanti, apa kata Google Analytics? Malangnya by definition lawatan saya ini dikira BOUNCE!
    Itulah kelemahan GA, kalau pelawat stay pada satu-satu page/post ia dikira bounce. Sedangkan inilah yang dilakukan oleh pembaca setia kita, yang subscribe, follow. Mereka datang ke blog kita setiap kali kita publish post baru direct ke post terbaru tersebut. Bila habis baca (dan komen), mereka beredar begitu saja sebab post-post yang lain mereka dah baca semuanya. Dan lawatan mereka semuanya dikira BOUNCE.
    Avinash Kaushik sendiri di dalam post yang sama dengan penerangan 30%-60% di atas, mengecualikan blog dari rule tersebut (dia mention asalkan kurang dari 98% kira okay).
    Kalau kita fikir betul-betul, memang bounce rate tak sesuai untuk mengukur kualiti blog. Setiap post adalah destinasi, bukan transit macam landing page pada website.
    bersambung….
    (panjang komen weh, but it’s still a bounce)
    Curahan rasa GreenLava @ ..Free Designer Blogger template- Tinted PanesMy Profile

      1. GreenLava memang BEST lah sebab memberi erti bounce rate dari sudut yg berbeza. Pasti ramai yg menunggu sambungan tu dan pasti aku akan jadikan satu entri khas dengan kebenaran.

    1. …sambungan
      Walau bagaimanapun saya masih setuju bounce rate lebih rendah adalah lebih baik, cuma benchmarking rate tu kena ubah. Berdasarkan pemerhatian saya bounce rate untuk sesebuah blog adalah sekitar 70%.
      Terdapat satu web analytics yang berbeza daripada yang lain dari segi pengiraan bounce rate –Getclicky. Cara pengiraannya saya rasa lebih sepadan dengan tanggapan kita, bahawa pelawat bounce kerana mereka tak suka blog kita. Getclicky mengkelaskan bounce berdasarkan masa lawatan. Kalau kita lawati hanya satu page dan stay kurang 10 saat, itu dikira bounce. Kalau stay lebih 10 saat ia dah dikira tak bounce. Jadi asalkan saja pelawat singgah di blog kita melebihi 10 saat, ia dah tak bounce, tak kesah berapa page yang pelawat masuk.
      (Saya ada terbaca somewhere bahawa pelawat hanya mengambil masa lebihkurang 5 saat untuk memutuskan samada nak stay atau nak blah (bounce), jadi pelawat yang melepasi 10 saat tu sememangnya yang nak stay, nak baca post kita.)
      Saya cadangkan pasang kedua-dua analytics dan tengok perbezaannya.
      Curahan rasa GreenLava @ ..Tips to Make Your Writing More InterestingMy Profile

  2. oo cmtu rupanya Bounce Rate.

    rasanya kalau utk blogger, kebanyakan akan pasang LinkWithin yang akan attract readers utk singgah ke topik lain yang menarik di blog kita.

    Selain tu mungkin kita boleh letak backlink di dalam artikel.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Scandinavian ala New YorkMy Profile

    1. betul tu antara cara utk kurangkan bounce rate adalah gunakan related link, linkwith dan link ke entri lama pada setiap entri baru kita.

  3. Oh! pertama kali maza baca dan tahu .. hehehehe

    ilmu baru dalam berblog ni.. hehehe
    terima kasih gitew..

    lepas ni maza akan kurangkan lantun-lantun gitew.. ahaks..

  4. Terjawab sudah teka teki mana yg bagus bounce rate tinggi atau rendah.. ingatkan tinggi bagus.. rupanya rendah lagi bagus.. syukur buat masa sekarang ni bounce rate blog myvitrd di bawah 60% dan bercita-cita berada dibawah 50% insyaallah

  5. Blog saya bounce rate 15.54% untuk bulan lepas tapi ia tidak reflects kepada jumlah trafik ke blog saya. Kalau hendak dibandingkan blog yang mempunyai bounce rate tinggi tapi trafik juga macam graf roket.

    Pendapat saya tidak seberapa walaupun bounce rate tinggi disebabkan pengujung sekadar singgah blog, sumbangan unique trafik adalah yang dicari 🙂
    Curahan rasa akubiomed @ ..Pemakaian tali pinggang keledar kepada kanak-kanak SelamatkahMy Profile

  6. Setakat hari ini blog aku punye bounce rate 10.8%. Ape kate try buat analisa berkenaan dari page mane yang menyebabkan bounce rate tinggi dan cube buat penambahbaikkan terhadap page tersebut untuk menarik pengunjung surf ke page2 lain pula.
    Curahan rasa techtikus @ ..How To Reduce Your Bounce RateMy Profile

    1. memang betul lah tu kita perlu mengenal pasti dan buat analisa entri yg tinggi bounce rate dan buat sedikit perubahan supaya visitor ada minat ke page lain.

  7. sepertinya perlu dipasang related links yang banyak agar pengunjung betah berlama-lama browsing di website kita.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!