Blogging bukan untuk SEO semata-mata

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif. Ramai yang sudah menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka sepenuh masa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ramai blogger (separuh atau sepenuh masa) yang terlalu tertumpu dengan optimasi enjin carian sehinggakan mereka mengabaikan ciri utama yang lain iaitu teknik penyampaian maklumat yang baik.

Menulis ini mempunyai seninya yang tersendiri, blogger A belum tentu boleh menulis seperti blogger B dan begitu juga sebaliknya. Ini bukanlah masalah bahkan ia merupakan perkara yang membuatkan industri blogging ini begitu menarik. Blogger Paling Kacak dengan kerenah dan gelagatnya, manakala Blogger Penggemar Affiliate pula dengan pelbagai teknik dan tips nya.

Bagaimana membina blog yang baik
Sekadar gambar hiasan – kredit : topseopicks.com

Ini semua mendatangkan manfaat yang berbeza-beza mengikut pilihan topik atau perkara yang ingin diceritakan. Namun begitu, ramai blogger(bukan semua) yang begitu taksub atau terlalu menumpukan perhatian kepada teknik SEO sehinggakan mereka lupa menulis untuk menyampaikan maklumat dengan baik. Pengulangan kata kunci yang tidak relevan menyebabkan pembaca hilang fokus dalam pembacaan artikel tersebut.

 

Mempelajari atau memperbaiki teknik penulisan kita adalah penting sekiranya kita ingin menjadikan blogging sebagai kerjaya utama kita. Walaupun mungkin kita telah selesa dalam teknik atau cara penulisan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya, ia bukanlah penghalang atau alasan untuk kita tidak boleh memperbaiki atau menaikkan taraf penulisan kita ke peringkat yang lebih baik.

[box type=”info”]
Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya.[/box]

Dalam penulisan blog ini, ada banyak lagi perkara yang boleh kita ambil berat seperti:

  • Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
  • Bagaimana membina jaringan
  • Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
  • Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
  • Membina perniagaan menerusi blog
  • Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
  • Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog
  • dan banyak lagi…

Semua ini adalah sebahagian perkara yang perlu kita titik beratkan sekiranya ingin menjana pendapatan menerusi blog dan menjadikannya kerjaya kita sepenuh masa. Akademi Denaihati sentiasa cuba untuk membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran blogging mereka dengan menyediakan Kelas Master WordPress yang membolehkan anda mempelajari teknik-teknik atau strategi untuk meningkatkan tahap blog ada ke aras yang lebih baik.


Spread the love

102 Comments

  1. SEO ini suatu bidang yang sangat mencabar.. Dah menjadi hobi
    sesetengah blogger.. & juga saya ^_^ – Ketagihan yang tak boleh dielakkan..

    Point2x yang diberikan itu juga ada kaitan dengan SEO..
    Kerana SEO itu: pengurusan kualiti kandungan web.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Jurutera SEO Malaysia
    PAKAR NIAGA
    Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..MELAYU BOLEHMy Profile

  2. saya sendiri tidak ambil pusing sangat pasal SEO dalam blog saya, kalau kebetulan tu mungkin tapi kebanyakkannya saya lebih suka bercerita tentang apa yang baru saya rakamkan dengan lensa kamera hp saya.
    kisah anaklah yang lebih memberi jiwa kepada saya dalam menulis di blog, rasa dekat dengan perkembangan anak.
    bila dibaca semula boleh terukir senyuman di wajah tanpa disangka, 🙂
    Curahan rasa ejam @ ..Sweetnya Anak Papa.My Profile

  3. Ya, saya setuju benar dengan pendapat penulis.

    Dari dulu lagi saya telah berpegang dengan prinsip ‘content is king’ walaupun rakan2 yg lain asyik tertumpu dengan teknik SEO.

    Ini nyata terbukti dengan update demi update yg diakukan oleh Google utk menyahkan kandungan2 sampah dari ranking SERP.

    Tidak dinafikan teknik SEO juga perlu tetapi usahlah hingga merosakkan struktur ayat dan lebih buruk lagi isi kandungan yang ingin disampaikan dengan keyword stuffing dan article spinning yg berlebihan.

    Cuma pastikan on-page SEO anda tu mantap dan untuk off-page SEO, elakkan terlalu byk permainan keyword.

    Syabas denaihati.com kerana highlight perkara ini 🙂

      1. Ya, Puan 🙂 Saya juga ada menawarkan PPL + PPS Madu Acacia.

        Klik pada nama saya di komen ini jika berminat.

        Maaf tuan denaihati, berkempen secara tak sengaja 🙂

    1. Permainan ‘keyword’ banyak terlibat dalam aktiviti OnPage SEO (kandungan web).

      Manakala, kualiti kandugngan web akan menjadi semakin kuat & baik dengan adanya ‘introducer’ aka recommender web lain yang setanding @ niche sama. Ia Takrif untuk OffPage SEO secara mudah difahami.. (backlink / link exchange / social sharing…. atau apa sahaja cara yang medatangkan pautan dari web orang lain ke web sendiri)

      Ikhlas,

      Amin Johar
      Jurutera SEO Malaysia
      PAKAR NIAGA
      Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..MELAYU BOLEHMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!