Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT percubaan untuk menganjurkan seminar di bulan Ramadan mendapat sambuatan yang sangat mengalakkan. Ramai yang memberi maklumbalas negatif apabila Akademi Denaihati Network mengumumkan akan menganjurkan “Seminar Sembang Hartanah”. Teringat kata Tn Hj Mohamad Sahar semasa merasmikan seminar katanya Ramadan bulan mujahadah, bulan berjuang, bulan beribadah dan bulan menambah ilmu BUKAN bulan bermalas-malasan.
Klik untuk tahu rahsia buat duit dengan Rumah Lelong
Syukur lebih daripada 60 peserta telah menyahut semangat perjuangan bulan Ramadan menghadirkan diri untuk menimba ilmu hartanah dari panel-panel hebat yang telah dijemput iaitu Tuan Samsudin Kadir, Tuan Saufi Karim, Tuan Faizul Ridzuan dan panel misteri Tuan Saiful. Semua ini nama besar dalam pelaburan hartanah bumiputera yang banyak pengalaman dan ilmu. Untuk mengetahui biodate mereka boleh baca dalam entri Blogger Ensem di “Seminar Sembang Hartanah“.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014019.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014111.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014212.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”430″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/20130723-014300.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Antara perkataan yang paling melekat dalam minda ini adalah ucapan daripada En. Zainudin Kayat wakil Pengurus PKNS yang merupakan salah satu penaja utama Seminar Sembang Hartanah :
Lebih baik kita mencipta peluang supaya kita tidak perlu bersaing dengan orang lain
Memang dalam maksud tetapi penuh dengan inspirasi bagi yang memahami dan merupakan motivasi terbaik untuk dijadikan pedoman untuk melangkah lebih jauh dalam dunia yang semakin mencabar.
[box type=”shadow”]
Tuan Hj Mohamad Sahar, President Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang juga penaja utama seminar sembang hartanah juga banyak berkongsi informasi berguna yang boleh dijadikan panduan. Antara statistik yang dikongsikan adalah pelabur Bumiputera hanya menguasai kurang dari 7% bangunan komersial dan hanya ada 3% sahaja pemaju Bumiputera di Malaysia tidak termasuk syarikat yang dipunyai oleh GLC dan Agensi Kerajaan.[/box]
Sangat tepat usaha sungguh-sungguh yang dilakukan oleh AbangEnsem untuk menyedarkan kita semua betapa besar vacum Bumiputera dalam pelaburan hartanah jika dibandingkan dengan bangsa lain. Alhamdulillah kalau dahulu terlalu sedikit di kalangan Bumiputera yang ada minat untuk belajar ilmu hartanah tetapi kini semakin berubah. Belum terlambat untuk kita menceburi bidang hartanah yang telah melahirkan ribuan juatawan di Malaysia.
[box type=”info”]
Tuan Hj Mohamad Sahar juga berkongsi pengalaman main kutu hartanah bersama 40 orang rakan-rakan untuk membeli rumah kedai yang boleh kita tiru. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat dengan dianggotai oleh 40 orang dan setiap bulan setiap ahli akan membayar RM500 jadi jumlah terkumpul RM20,000 sebulan. Dalam tempoh 30 bulan mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM600,000 dan telah digunakan untuk membeli sebuah rumah kedai dua tingkat di Bandar Baru Bangi tanpa perlu pinjaman bank. Mungkin kita juga mampu bergerak bersama-sama begini tanpa perlu mengharap pinjaman bank untuk membeli bangunan komersial sebagai pelaburan.[/box]
Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh para panel yang membuka mata peserta. Ilmu sudah ada yang penting untuk bertindak dengan berani tanpa rasa takut untuk gagal. Pengalaman akan menjadi cikgu terbaik untuk membawa kita ke peringkat berbeza dari masa kesemasa. Terus bersama Blog AbangEnsem.com dan tunggukan seminar hartanah yang akan dianjurkan secara berkala .. jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu untuk buat duit dengan pelaburan hartanah.
No related posts.
55 Comments
bagus program macam ni untuk tambah ilmu dan juga untuk berjinak-jinak dengan bidang hartanah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
tahun ni masih ada lagi seminar sebegini? bagus drp seharian tidur di rumah kan heheh
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Sememangnya pelaburan hartanah ni akan mendatangkan satu hasil yang sangat lumayan.
Comments are closed.