Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif. Ramai yang sudah menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka sepenuh masa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ramai blogger (separuh atau sepenuh masa) yang terlalu tertumpu dengan optimasi enjin carian sehinggakan mereka mengabaikan ciri utama yang lain iaitu teknik penyampaian maklumat yang baik.
Menulis ini mempunyai seninya yang tersendiri, blogger A belum tentu boleh menulis seperti blogger B dan begitu juga sebaliknya. Ini bukanlah masalah bahkan ia merupakan perkara yang membuatkan industri blogging ini begitu menarik. Blogger Paling Kacak dengan kerenah dan gelagatnya, manakala Blogger Penggemar Affiliate pula dengan pelbagai teknik dan tips nya.
Ini semua mendatangkan manfaat yang berbeza-beza mengikut pilihan topik atau perkara yang ingin diceritakan. Namun begitu, ramai blogger(bukan semua) yang begitu taksub atau terlalu menumpukan perhatian kepada teknik SEO sehinggakan mereka lupa menulis untuk menyampaikan maklumat dengan baik. Pengulangan kata kunci yang tidak relevan menyebabkan pembaca hilang fokus dalam pembacaan artikel tersebut.
Mempelajari atau memperbaiki teknik penulisan kita adalah penting sekiranya kita ingin menjadikan blogging sebagai kerjaya utama kita. Walaupun mungkin kita telah selesa dalam teknik atau cara penulisan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya, ia bukanlah penghalang atau alasan untuk kita tidak boleh memperbaiki atau menaikkan taraf penulisan kita ke peringkat yang lebih baik.
[box type=”info”]
Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya.[/box]
Dalam penulisan blog ini, ada banyak lagi perkara yang boleh kita ambil berat seperti:
- Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
- Bagaimana membina jaringan
- Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
- Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
- Membina perniagaan menerusi blog
- Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
- Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog
- dan banyak lagi…
Semua ini adalah sebahagian perkara yang perlu kita titik beratkan sekiranya ingin menjana pendapatan menerusi blog dan menjadikannya kerjaya kita sepenuh masa. Akademi Denaihati sentiasa cuba untuk membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran blogging mereka dengan menyediakan Kelas Master WordPress yang membolehkan anda mempelajari teknik-teknik atau strategi untuk meningkatkan tahap blog ada ke aras yang lebih baik.
102 Comments
agak menyampah gak baca blog yg terlalu mengejar SEO..lg bosan drp baca buku teks skolah hahah
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
benar, blogging bukan sekadar seo. cara penulisan dan penyampaian kita pun penting untuk menarik para pembaca datang ke blog
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
selain mendapatkan uang, juga menyalurkan inspirasi menulis kita di blog. tentunya yang bermanfaat untuk semua orang
Curahan rasa cara cantik alami @ ..Agen Penjualan SNE Beutskin Medan
Memang betul blogging bukan untuk SEO semata-mata…bayak yang perlu diberi perhatian lagi ……
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Blogging Bukan Untuk SEO Semata-Mata
Saya cuba untuk fokus pada satu niche sahaja. Mungkin tak ramai peminat. Harap-harap berjaya. Biar pengunjung yang datang berkualiti. Terima kasih atas panduan yang diberi.
Curahan rasa Ros @ ..Panduan Jahit Sendiri Tudung Chiffon 3 Layer
saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit..
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Cara Buat Column Dalam Posting Entry
saya setuju sangat-sangat… kalau nak harap SEO je susah juga.. sebab benda tu semua hot time trending jek… lain lah keyword yg org search sepanjang masa.. yg penting sekali.. perhubungan sesama manusia… ahaha.. betul tak ni?
Curahan rasa silenceblogz @ ..Live Streaming Malaysia vs Barcelona 2013
Salam..
Saya setuju dengan anda, tujuan blogging adalah share
Curahan rasa eby @ ..Kitab Shahih Muslim
Salam….
Saya juga mempraktikkan SEO dalam blog saya…bagaimanapun tumpuan saya lebih kepada kualiti artikel. Saya setuju dengan apa yang Eizil nyatakan. Seeloknya selarikan kesemua teknik2 di dalam blog.. Betulkan 🙂
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Konvensyen Usahawan Muslim 2013 #KUM2013
masih banyak kena belajar tentang seo dan blogging.
kena ambil masa sikit demi sikit.
Curahan rasa encik bakul @ ..Dapat bayaran komisen Jobdirumah lagi.
sedang mempelajari benda ni..
Suka baca entri ni..walaupun dah baca entri ni, namun ia tetap memberikan saya motivasi dalam dunia blogging..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Sedu Sedan
Tips yang baik. Lama jugak x menjenguk ke sini. Macam-macam info yang dikongsikan bersama. Macam saya, saya lebih prefer untuk menulis dengan hati. Bila menulis dengan hati, hasilnya lebih menakjubkan…
Curahan rasa Shaffik @ ..Panduan Solat Yang Mudah Difahami
Comments are closed.